Friday, May 31, 2019

Sampai Juga ke Paris...

(catatan siri jalan-jalan Europe 5)

Senja menanti kedatangan mak dan rakan di Paris. Seharian di jalan raya. Penatnya tak dapat digambarkan. 

Sepanjang perjalanan dari Calais menuju ke Paris mak melihat ladang-ladang pertanian di kiri kanan jalan. Saujana mata memandang. 

Petani di sini bertani mengikut musim. Musim panas tanam tanaman lain, musim bunga tanam benda lain pula dan begitulah musim-musim seterusnya. Bertukar-tukar ikut kesesuaian keadaan dan cuaca.

Kelihatan juga wind turbine didirikan dalam kawasan ladang. Dapat di lihat merata-rata... Gunanya untuk menjana kuasa elektik. Satu wind turbine boleh menjana kuasa elektrik untuk 800 buah rumah.

Sepanjang melalui highway ini mak tak nampak pun 
papan-papan iklan macam highway di negara kita.

Wind turbine... 

Sesuatu yang mak paling tak lupa dan kenang selama perjalanan ini ialah berhenti di satu RnR untuk solat. Tidak ada surau atau ruang lapang di RnR tersebut yang boleh mak dan rakan jadikan tempat untuk solat. Jadi kami solat di luar... atas rumput.. tepi jalan.

8.30 malam mak dan rakan sampai di hotel penginapan. Vienna House Magic Circus yang terletak di Avenue de la Fosse des Pressoirs. Cantik hotelnya. Macam castle lama-lama. Hiasan dalamnya pun menarik... dengan tema warna kuning dan merah. Dan hotel ini terletak berhampiran dengan taman tema Disneyland, Paris.

Pintu bilik di lukis dengan gambar langsir.

Sebaik saja masuk ke bilik mak teruja melihat suasana
dalamannya. Ada katil quens dan katil dua tingkat. Mak tidur atas
katil dua tingkat bahagian bawah.

(nota mak: Bila mak call Ojet cerita pasal solat tepi jalan tu, sebab masa dalam feri asyik berborak dia jawab, "tak memasal..."

Habis nak buat macam mana, hotel jauh lagi. Takut tak sempat nak jamak zuhur dan asar.)

10 comments:

  1. keadaan darurat, mat saleh depa faham...cutenya gambar langsir kat pintu, sib baik tak selak..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi mat saleh perancis ni penuh dgn sifat curiga dengan org luar, terutamanya org Islam. Masa lepas solat tu saya perasan ada sorang driver van tu duk perati je kami.

      Raya ni boleh tiru style tu, takyah beli langsir, lukis je kat pintu atau tingkap... hehhehe.

      Delete
  2. Saya terperasan ganti nama diri dah bertukar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Nieda, bila dah berumur ni rasanya lebih 'indah' membahasakan diri 'mak'

      Delete
  3. Semoga sihat selalu Dan travel ke serata dunia🌹🌹

    ReplyDelete
  4. memang nampak cantiklah dalam bilik hotel tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiasan dlm hotel ni sesuai dgn namanya magic circus house.

      Delete