Wednesday, May 29, 2019

Dari Dover ke Calais...

(catatan siri jalan-jalan Europe 4)

Dover sebuah bandar pesisir (coastal town) yang terletak di Kent tenggara England. Juga merupakan terminal pelabuhan feri ke Calais, Perancis.

Ketika kenderaan yang dinaiki memasuki bandar dan menghampiri perlabuhan kelihatan istana Dover yang di dirikan atas tebingnya yang tinggi. Dulu ianya dibina untuk mengusir pencerobohan dari Selat Inggeris, Di bawahnya terdapat terowong yang di panggil Tunnels Wartime Secret. Tebing kapur yang berwarna putih merupakan simbol perlindungan dan daratan paling dekat dari Britian ke benua Eropah. Ia juga dikenali sebagai Cliffs of Dover atau Cliffs Putih.

Cliffs of Dover atau Cliffs Putih... di atasnya ada sebuah istana yang
dipanggil Dover Castle dan dibahagian bawahnya terdapat terowong rahsia.

Ketika sampai di kawasan perlabuhan kelihatan banyak lori-lori
besar dan kereta berbaris panjang masuk ke terminal untuk
menyeberangi Selat Inggeris ke Calais, Perancis.

Feri P&O yang membawa penumpang dari Dover
untuk ke Calais, Perancis.

Suasana dalam feri P&O.

Sebaik saja kenderaan yang kita naiki masuk ke perut feri, semua penumpang di minta turun dari kenderaan masing-masing... dan naik ke tingkat atas di mana terdapatnya cafe, kaunter pengurup wang (money changer) dan juga mini market. 

Besar juga feri P&O ini dan ada beberapa tingkat. Untuk tidak tercari-cari atau sesat apabila ingin kembali semula ke kenderaan yang ditinggalkan di bahagian bawah, penumpang sentiasa diingatkan supaya menggunakan tangga atau lift yang sama ketika naik dan turun. 

Setiap tangga dan lift di tandakan dengan warna-warna. Kalau ketika kita naik menggunakan lift atau tangga yang dilekatkan dengan warna kuning, jadi gunakan tangga dan lift yang sama juga ketika turun. Untuk yang dah biasa mungkin perkara ini tidak menjadi masalah. Tapi bagi mak yang pertama kali memang keliru juga.

Perjalanan menyeberangi Selat Inggeris dari Dover ke Calais mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Oleh kerana musim winter baru saja berlalu hembusan bayu Selat Inggeris terasa sejuk dan dingin. Kebanyakan penumpang cuma duduk berbual dan minum saja di cafe bahagian dalam feri. 

 Sepanjang pejalanan menuju ke Calais, mak rasa pening kerana
feri terasa terumbang ambing sedikit oleh alunan ombak.

(nota mak: Dah janji dengan Ojet, mak akan hantar mesej padanya sepanjang dalam kembara ini. Bila mak beritahu dah nak ke Paris, dia balas "Owh! nak masuk negara yang tak pernah masuk la ni... hati-hati mak, jaga barang-barang!")

6 comments:

  1. tk mabuk laut..lama jg sejam lebih..bye London, welcome Paris..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir-hampir mabuk jugak nohas. Kepala rasa pening2.

      Delete
  2. Replies
    1. Pening di lambung ombak ni ubatnya tido je cik Bunga. Tpi mak pestime naik feri lalu selat inggeris ni tentulah nak tengok pemandangan... klau tido rugi...

      Delete
  3. wah bestnye..pengalamn yang pasti tak dapat dilupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya saya ikut laluan terowong bawah laut... tp sebab tercepat sampai pelabuhan jadi saya dpt tiket ferri.

      Delete