(catatan siri jalan-jalan Europe 2)
Menyusuri kaki lima kedai sepanjang Oxfort Street. Orang begitu ramai. Boleh dikatakan semua kedai-kedai di situ sesak dengan pengunjung.
Tidak seperti pertama kali mak datang enam tahun dulu. [link] Terasa seronok menyusuri dari satu kedai ke satu kedai. Setiap sudut berhenti bergambar. Kini tidak lagi. Barangkali kerana usia yang semakin meniti senja. ... cepat terasa penat dan tidak ada apa yang menarik di situ untuk seorang perempuan tua seperti mak.
Mak tengah kira duit syiling...
Dalam tangan ketika itu hanya ada seratus lima puluh pound sahaja. Mak bercadang membelikan baju raya untuk anak saudara... si kembar Alya dan Alyah.
Dengan duit seratus lima puluh pound itu tentulah pilihannya gedung Primark. Murah dan sesuai dengan bajet mak. Kalau pandai memilih memang dapat yang cantik-cantik. Dengan harga lapan pound mak kira boleh dapat sehelai gaun kanak-kanak perempuan.
Sebaik saja melangkah masuk Primark orang ramai bersesak-sesak. Mungkin kerana hari itu hari Sabtu, kebanyakan warga London keluar bershopping. Mak rasa macam nak pitam. Kaki pulak terasa berat-berat untuk melangkah. Walaupun jumpa gaun yang mak cari tapi kerana Q yang terlalu panjang di kaunter bayaran... mak letak balik barang... tak jadi membeli.
Singgah solat di London Central Mosque
Briyani kambing.
(nota mak: kali ni mak ke London bersama rakan sewaktu sekolah rendah dulu. Setelah puluhan tahun tidak berjumpa tiba-tiba dia menghantar mesej mengajak bertemu dan melancong)
Sedap beriani kambing...besar portion nya..
ReplyDeleteSepinggan boleh makan berdua.
DeleteSama laaa ngan cikbunga kalau q panjang berjela ...sanggup letak balik tak beli pon tak ape kalau lama ssngst nak q🌹🌹
ReplyDeleteBetul... tpi kalau barang yang di beli tu mmg penting sgt, saya tunggu jugak... Redha je beratur panjang..
Delete