Tuesday, May 28, 2019

Kasut Untuk Abang...

(siri jalan-jalan Europe 3)

Pagi di Heston Hyde Hotel, Hounslow... udara dingin menyapa sebaik keluar dari pintu hotel. Bila bercakap keluar wap putih dari mulut... 

Sementara menunggu beg-beg pakaian di masukkan ke dalam kenderaan mak berfoto di laman hotel. Destinasi pagi ini terminal feri di Dover. Dari situ mak dan rakan akan menaiki feri menyeberangi Selat Inggeris menuju ke Calais, Perancis.

Dalam perjalanan ke Dover kami singgah sekejap di Designer Outlet Ashford. Mak mulanya tidak bercadang untuk membeli apa-apa di situ memikirkan mak cuma ada seratus lima puluh pound saja dalam tangan.

Berselfie di pintu masuk..

Ashford Designer Outlet, branded shopping outlet 
terbesar di UK.

Kasut untuk abang... empat puluh lima pound.

Namun sebaik saja melangkah masuk ke dalam kawasan itu mak jadi teruja. Ada beratus kedai barangan berjenama. Luas, teratur dan bersih persekitarannya. Tandasnya juga bersih.. itu yang penting.

Mak menapak dari satu kedai ke satu kedai. Mana yang berkenan mak singgah dan belek-belek... sehinggalah mak sampai di pintu kedai kasut berjenama popular... terus teringatkan abang. Dan belikan abang sepasang kasut. Walaupun dia dah bekerja dan mampu beli sendiri tapi sifat emak dah memang begitu. Anak-anak sentiasa menjadi keutamaan.

(nota mak: ...dan mak beli purse jenama Fossil untuk diri sendiri.)

12 comments:

  1. Replies
    1. Clarks, sebagai hadiah birthday untuk raya dan dipakai ketempat kerja juga kak PI.

      Delete
  2. Terimakasih infonya,.. http://bit.ly/2QvS75v

    ReplyDelete
  3. betul, mak mesti teringat kt anak2, naluri keibuan..pegi dgn kawan2, girls' outing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dgn kawan2, bukan girls outing... mak-mak outing...

      Delete
  4. Sampai ke france pula...bestnya mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Nieda, dah lamo ngidam nak poie France, dulu ajak abg tapi dia tak nak bawak... last2 mak poie sendiri ngan kengkawan.

      Delete
  5. mak2 biasanya memang macam tu kan apapun mesti teringatkan anak2 juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun anak tu dah besar gajah... hahaha...

      Delete