Tuesday, January 29, 2013

Hari Pertama di London...

Pagi hari pertama di London... malam pertama sampai memang aku tidur lena habis sampai tak perasan pintu bilik tidak berkunci sampai pagi... bila bangun waktu nak ke bilik air baru sedar pintu tak berkunci. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku... macam mana aku boleh terlupa nak mengunci pintu...

Bunga-bunga segar yang dijual di station Hammersmith...

Suratkhabar percuma... 

Walaupun suhu 2 darjah celcius tapi aku tetap mandi dan bersiap-siap untuk memulakan langkah pertama di kota London... Hari ini nak bertemu seseorang... siapa lagi kalau bukan si abang... tapi temu janji kami pukul 4 petang sebab dari Sheffield abang akan terus ke Heathrow untuk menjemput kawannya yang akan sampai dari Egypt. Untuk melengah-lengahkan masa dan menenangkan hati aku keluar berjalan-jalan sekitar Hammersmith... kemudian menaiki train untuk ke Central London.

Tapi hari ini aku sudah ada teman, adik dan kawannya Adrian, seorang lelaki Inggeris yang berjanji akan membawa kami (aku dan adik) meronda-ronda kota London. Sebenarnya Adrian ni pernah bekerja di Malaysia dua tahun lepas dan dia juga sudah mengenali seluruh keluarga aku... dan juga baik dengan Ojet. Malah dia banyak membelikan buku-buku tesl untuk Ojet masa Ojet buat Asasi tesl di UiTM.

Tempat pertama yang kami tuju sudah tentunya Buckingham Palace... sebelum sampai ke Buckingham sempat juga kami menyinggah di beberapa tempat menjual barang-barang souvenir...tapi aku cuma tengok-tengok saja... lagi pun tujuan masuk ke dalam kedai itu cuma untuk memanaskan badan saja.

Dari Buckingham Palace... kami melintasi St James Park di hadapan istana untuk sampai ke Trafalgar Square. Tiada apa pun di Trafalgar Square... padaku tempat tu lebih kurang macam Dataran Merdeka. Kalau dulu banyak burung merpati di situ tapi kini tiada lagi. Majlis perbandaran telah menghalau mereka tapi masih boleh jumpa seekor dua lagi... malah sebenarnya kemana saja kita pergi di London kita akan jumpa banyak burung merpati cuma kita dilarang memberi mereka makan. Kalau tertangkap ketika memberi mereka makan kita boleh didenda.

Longgokkan salji dan merpati di St James Park.

Deretan basikal untuk di sewa di laluan pejalan
kaki tepi sungai Thames.

Keluar dari Trafalgar Square... kami berjalan menghala ke Sungai Thames. Sepanjang menyusuri Sungai Thames aku nampak ramai orang berjogging... Perjalanan kami tentunya menghala ke London Bridge untuk berfoto di hadapan Tower Bridge yang terkenal tu. Walaupun kami dah berjalan beberapa kilometer tapi tak rasa penat dan berpeluh pun. Cuma yang tak tahannya bila angin bertiup... sejuknya macam nak tertanggal kulit dari badan... Adrian mulanya mencadangkan kami ambik train tapi aku sendiri yang menyarankan supaya kami berjalan kaki saja...

Lepas bergambar-gambar di London Bridge.. kami berpatah semula menghala ke Parliment House... waktu ni abang dah talipon dan beritahu dia dah on the way to hotel penginapan aku... jadi kami tak sempat memetik kamera di situ.. Adik pulak dah tak tahan kesejukkan... jadi kami mengambil keputusan kembali semula ke Hammersmith untuk bertemu dengan abang.

7 comments:

  1. wahhh..live from London gituuu...take care kak! Jgn lupa tutup pintu lepas nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh... pintu dah tutup.. lupa kuncikan pintu. hehehehe....

      Delete
    2. Yati: saya dah janji ngan kengkawan dan update dan masukkan gambar2 sepanjang berada di UK ni dlm FB. tunggulah... nantilah saya akan masukkan juga gambar2 tu di blog ni.

      Dolly: kunci pintu tu pun saya dah pulangkan pada kaunter pendaftarannya.. he..he..he.. skrg saya ada di Sheffield.

      Delete
  2. Wah, entry langsung dari London ni!
    Kiranya dah jumpa buah hati lah ni ye Sweetie.. Tentu rindu dah terubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok guna internet di UK ni Sal... laju...

      Dah, dah jumpa buah hati dah.. rindu dah terubat.. tp dah syg plak nak tinggalkan... he..he..

      Delete
  3. letih sgt la agaknya tu smapai lupa kunci pintu
    nasib baik x berlaku apa2

    merpati dah takde ker?
    kalau ada pun nanti dia berak kat tudung akak.hehe

    ReplyDelete