Thursday, May 4, 2017

Dia minta kurang... alih-alih ini yang aku dapat...!

#misiturunkanberatbadan
#kisahjiran

Beberapa minggu ni badan tak beberapa sihat. Dua minggu sudah aku tiba-tiba di serang sakit kepala yang teramat sangat. Tak dapat nak gambarkan bagaimana kesakitannya yang terpaksa aku tanggung ketika itu. Yang terlintas dan terbayang dalam fikiran... mungkin 'saat' ku telah tiba.

Peluh dingin membasahi seluruh tubuh. Aku letakkan kepala atas pangkuan kakak sedang adik perempuan serta Ojet kelam kabut menuam kepalaku dengan airbatu. Aku menangis menahan kesakitan... dan berpesan dengan kakak, sekiranya aku mati tolong jagakan abang dan Ojet. Sayup-sayup dengar kakak aku cakap, "mengucap dan ingat Tuhan."

Sehinggalah kehari ini... saat aku menulis coretan ini, denyutan kesakitan itu masih terasa. Tapi aku gagahi juga bangun dan bergerak melakukan kerja-kerja rumah. Dan menyiapkan tempahan tart.


My homemade blueberry cheese tart.

Ceritanya, sejak bertahun aku ambil tempahan membuat tart dan kek, belum pernah lagi customer complain tentang harga. Dan aku amat percaya harga yang aku beri tu memang murah... sebab aku dah survey harga dari peniaga lain juga harga di kedai-kedai kek. Malah ada dua orang pelanggan yang tiap kali buat order dengan aku akan sentiasa bayar lebih dengan alasan untuk duit tol dan minyak aku menghantar pesanan mereka. Walaupun aku tak melalui tol pun. Mereka tu bekas rakan sepejabat aku dulu.

Dan ada seorang manager sebuah bank yang juga pelanggan tart aku kata boleh naikkan sikit harga tu sebab katanya murah sangat... dan tanyanya... "boleh dapat untung ke?" Tapi aku tak sampai hati nak naikkan harga sebab memikirkan keadaan ekonomi orang sekarang macam mana. Pada aku dapat balik pusingan modal dan sedikit keuntungan sudah memadai.

Tapi bila seorang jiran aku ini kata tart yang aku jual tu mahal, aku terdiam kejap. Inilah pertama kali customer cakap mahal. Dia minta kurang harga... padahal aku dah beritahu harganya awal-awal lagi sebelum dia buat tempahan. Itupun dia dah minta kurang 20 sen setiap biji... dan bila dia minta kurang lagi masa penghantaran tu aku cakap memang aku tak boleh kurangkan lagi harganya. Itupun aku cuma dapat balik modal dan untung sikit. Kalau aku beri dia harga yang diminta bukan saja untung malah modal pun lesap. Dahlah masa aku hantar tart tu ke rumahnya, dia pura-pura lupa pasal tempahan tu.

Nampak airmuka jiran ni tak puashati masa membayar pada aku. Sebelum aku bergerak meninggalkan rumahnya, sempat dia cakap.. "orang pencen.. kan selalunya banyak duit, Pergi melancong ke sana kemari..." Aku diam dan senyum terpaksa!

Dan sebaik aku sampai rumah dia hantar WhatsAPP pada aku... tulisnya "duit sana sini apa guna kalau tak berkat.., duit ringgit dan reta banyak tak boleh bawak mati..., hidup mewah di dunia tapi miskin di akhirat..!" Astagfirullah! Ada juga manusia macam ni yer.

Bila dingatkan balik, memang aku menyesal berurusan dengan orang macam ni. Cukuplah sekali ini... lepas ini aku tak mahu lagi ambil tempahan dari jiran-jiran. Menyesal aku bila mengingatkannya. Dahlah masa memasak tu badan tak sihat... alih-alih ini pulak yang aku dapat.

(nota mak: Mahu je aku jawab mesejnya tu begini, "Kalau dah tahu tak mampu, jangan nak berselera besar!" Geram tau! Tapi bila di fikirkan balik, tak perlu dilayankan orang macam ni. Buat apa nak panjang-panjangkan lagi. Anggap je dia macam katak bawah tempurung.


...dan ini pemberian dari seorang customer 
yang kerap buat order malah tolong promote lagi dengan
 kawan-kawan sepejabatnya. Terima kasih!)

20 comments:

  1. aduh boleh pulak macam tu kan, lain kali tak perlu ambil lagi customer macam tu, ikutkan geram memang kalau saya pun jawab macam tu juga. kita pun kalau boleh taknak bebankan orangkan tapi kenalah fikir juga kos beli bahan2 tu bukannya murahkan..moga rezeki akak lebih murah.

    teringin juga nak order tart tu nampak macam sedap je ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mama aryan, kos bahan2 terutama cream cheese tu yg mahal. InsyaAllah, saya ni bukan sepenuh masa buat benda tu, sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang.

      Kalau mama aryan nak rasa saya boleh bagi, tak perlu order. Setakat Shah Alam tu bukan jauh mana pun... tp sampai ni saya masih belum dapat tunaikan janji nak bagi tart tu pada sorang blogger tu.. hehheheh...

      Delete
  2. semoga Sweetie cepat sembuh, banyak kan berehat..sedih dgr ayat 'saat telah tiba'..

    sakit hati betul dgr ayat2 perli mcm tu...siap whatsapp2 lg..bersabar je lah..jg stress2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nohas atas doa tu. Ya, masa di serang kesakitan tu, saya mmg ingat mati jer.

      Sedih mmg sedih nohas, sampai terbawa-bawa dalam tidur dgn kata-katanya tu.

      Delete
  3. rambuut sama hitam hati lain2...sukar nak mentelah hati org...sedihnya diperlakukan begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedih sangat2 Nieda. Beribu kali sesal saya bila mengingatinya.

      Delete
  4. Assalammualaikum ;)
    cikbunga doakan sweetygirl sentiasa sihat dan dalam lindungan Dia ;)

    p/s: biarlah mereka dengan sikap mereka , dan kita dengan sikap kita sendiri ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam. Terima kasih atas doa tu.. semoga kita sama-sama dalam lindungan Dia.

      Saya kalau boleh mmg sentiasa jaga tutur kata dan hubungan baik dengan kawan2 dan jiran2... tapi mereka pulak yang 'dtg' buat hal dan menguji kesabaran.

      Delete
  5. Semoga sweetie bertambah sihat...pelanggan bgitu usah dilayan kerenahnya menyakitkan hati saja..msh ramai yg memahami kesukaran memasak apa saja n menghargainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak PI, terima kasih atas doa tu. Mmg lepas ni saya tak mahu lagi berurusan dengan dia.

      Delete
  6. YaAllah
    Mcm tu punya perangai pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak paham Irfa... samada dia mmg tak tahu rege tart yang di jual di luar sana lagi mahal dari yang saya punya ni atau dia buat pura2 tak tahu.

      Delete
  7. Laaahai, awat jiran cakap macam tu.....kalau ikut makcik, hmmmm pi hantaq balik duit, mau dia terasa seumoq hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah Makcikkantin... apa masalah dia... Sepatutnya buat mcm tu... tapi tak kuasa nak panjang2kan lagi...

      Delete
  8. Assalam ksweetie..Masya Allah macam2 kerenah manusia ni kan kak. Moga kaksweeetie tak dipertemukan lagi customer yg seperti ini. Memang jadi lagi sakit kita dibuatnye. Jaga kesihatan tu elok2 ye kak. Take care dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... dalam kita berkawan, bersangka baik dan terpesona dgn tutur kata rakan dan jiran, rupanya mereka tak seperti yang kita sangkakan.

      Mmg saya berharap tak akan jumpa customer mcm ni lagi. Serik dah Ina.

      Delete
  9. Salam kenal Sweetie..oh geng pencen baru nekcik ni ye..iyalah sweetie..mengarut na lah customer tu..dah..lenkali klau dia oder ..cakap lah..duit pencen dah banyak..xmo ambik oder dah..dah kaya dah kata kat dis. Ha..ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan nekcik. My asben pun cakap tu jugak.

      Delete
  10. Ya Allah... jiran yang ni dengan jiran yang ambil pasu bunga tu boleh jadi geng. Tah spesis mana tah. Ke mereka orang yang sama?!

    Moga kak sweetie banyak bersabar dengan karenah jiran-jiran ni. Moga rezeki akak bertambah-tambah lagi lepas ni... Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Nora... mereka org yang berlainan.

      InsyaAllah! Aminnn.

      Delete