Wednesday, April 12, 2017

Carrots Cup Cakes...

#misiturunkanberatbadan
#kisahjiran

Beberapa hari ni cuaca tak berapa cantik. Setiap petang hujan. Membuatkan aktiviti jogging terpaksa di tangguhkan. Setelah lebih sebulan misi turunkan berat badan dilancarkan... aku berjaya mengurangkan 2 kg dari sasaran iaitu 4 kg.

Melihat ke luar jendela cuaca gelab di sertai dengan guruh dan petir. Sesekali kilat sambar menyambar membuatkan hati berdebar-debar dan takut. Masuk ke dapur dan buka peti sejuk. Ada empat batang carrot yang entah bila tarikhnya aku beli... tapi masih segar.

Begitulah selalunya. Masa beli tak 'hengat'... main ambik saja dari atas rak-rak di supermarket. Geram tengok segar-segar...  Nak masaknya tak tahu bila. Tau-tau dah busuk dalam peti sejuk.

Tiba-tiba teringat nak buat carrots cup cakes. Simple dan mudah saja resipinya. Tak perlu banyak bahan. Dan bahan-bahan yang diperlukan semua bahan asas yang sentiasa ada dalam kabinet dapur. Sifat aku ni kalau buat kek cari resipi yang simple-simple saja. Kadang-kadang yang simple itulah yang sedap.

Carrots Cup Cakes
(sumber resepi dari You tube)


Lembab dan lemak-lemak manis rasanya.


Bahan-bahannya:
3 batang lobak merah (diparut)
3 biji telur (aku guna gred B)
3/4 cawan minyak masak (aku guna minyak sunflower)
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat


Cara-caranya:

1. Ayak tepung bersama barking powder dan soda bikarbonat

2. Pukul lobak, telur dan minyak masak. Kemudian masukkan tepung dan gula. Gaul rata.

3. Sudukan dalam acuan cawan kertas dan bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

28 comments:

  1. Betullah sweety,cuaca skg tak menentu,yang takutnya tu ada guruh petir....walaupun dah tua2 ni kecut juga .
    Cantik jadinya kek cawan tu sweety....kalau dekat nak mintak satu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat tak payah minta, keluar je dari oven... saya hantarkan terus pada Saniah.

      Delete
  2. Sg Buluh pun minggu lepas je nampak panas kejap.. sebelum2 tu hujan angin petir, minggu ni hujan balik tapi x la selebat 2 minggu sudah..

    Alhamdulillah masa kami buat kenduri panas seminggu... risau jugak kalau hujan...

    p.s. jelwsnya sweetie dah turun 2kg.. makchaq ni rasanya naik lagi 2kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu apa lagi, meh ler kita sama-sama lancarkan misi #seribu langkah sehari.

      Delete
  3. adoiiiii....nmpk sungguh sedap cup cake nie;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah resepi tu cik Bunga. Boleh buat minum-minum pagi dan petang jugak.

      Delete
  4. Replies
    1. Kalau awak buat kek tu, buh topping coklat sekali Irfa.

      Delete
  5. sedapnya..lembab-lembab sikit tu yg best, kurang suka cupcake yg kering..

    ReplyDelete
  6. kena saave resepi nanti senang nak buat.untung ada blog utk kita tak lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,.. tak delah risau buku resipi hilang. Simpan dlm blog boleh 'bawak' kemana-mana.. yg penting ada tnet.

      Delete
  7. KAK SUKA KEK CARROT NI SEDAP SGT RASANYA

    ReplyDelete
  8. Terima kasih share resepi sweetie.nampak macam senang buat sendiri tak tau la ni sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg senang acik, kalau tak de pemukul telur, blend je dalam blender.

      Delete
  9. Sedap ke kak? saya kurang gemar carrot. tak dapat bayang macam mana rasa dia.

    ReplyDelete
  10. Ni dapat seketul pun dah kenyang dah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg keknya lembut, lembab dan padat KN, sesuai sgt buat sarapan atau utk minum2 petang dan mengenyangkan.

      Delete
  11. Replies
    1. Try adam, senang sangat buat kek ni. Nanti post kat blog gambar ye...

      Delete
  12. Lapor pulak tengok muffin karot akak ni..
    Kira rajinlah akak ni..
    Kalau saya mahu dah berakar karot tu dlm peti hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya saya macam tu jugak Yati... beli sebungkus carrot tu, sampai dah tumbuh dlm esbok... tapi sebab hari tu hujan, tak ada apa aktiviti nak buat itu yg selongkar esbok jumpa carrot... then terfikir nak buat kek... google jap cari resipi.

      Delete
  13. Replies
    1. Lepas tu kita pun gebu-gebu jugak mcm tu kalau selalu makan.

      Delete