Saturday, May 13, 2017

Cabaran untuk kurus...

#misiturunkanberatbadan
#kisahjiran

Misi turunkan berat badan aku ini akan berakhir selepas ramadan nanti. Dari target nak capai 4 kg nampaknya hanya berjaya kurangkan 2 kg saja. Lepas ramadan nanti bulan raya... faham-faham sajalah.

Antara cabaran untuk mengurangkan berat badan ini apabila kita suka memasak dan gemar makan. Dua hari lepas dalam masih ada saki baki rasa pening-pening tu sempat juga aku mengadun resipi japanese cotton cheese cake. Dan cantik pulak naik gebunya. Habis, macam manalah nak kurus kan.

Japanese cotton cheese cake


Lembut, halus dan gebu.


Sebaik keluar dari oven terus potong 
dua slice dan hmmmm! sedapnya menikmati 
kek yang di buat sendiri

Bahan-bahannya:

(1)
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sdk garam
60 gm tepung kek / tepung superfine
20 gm tepung jagung

(2)
140 gm gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar

Cara mengadun:

1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati. Ketepikan. (Bahan A)

2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama cream of tartar sampai berbuih-buih (foamy). Kemudian tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). (Bahan B)

3. Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek bulat berukuran 8 inci, yang digriskan bawah dan tepi serta alas dengan kertas baking. Tuangkan adunan.

4. Letakkan acuan kek atas dulang pembakar yang berisi air. Bakar kek lebih kurang sejam pada suhu 160 C / 325 F.

12 comments:

  1. tahniah..2kg pun ok, inshaa Allah, boleh maintain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak maintain tu yang payah... lagi-lagi sejak hari-hari ujan ni... apalagi kalau dok bertapa je dlm rumah... koje nya nyum-nyum lah.. hehehehe...

      Delete
  2. Tengok gebu kek tu pun dah terliur Sweetie, mana boleh tolak bila depan mata..
    Mesti sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dah terhidang depan mata... fresh bake pulak dengan baunya yang menggoda selera mmg tak terdaya menolaknya.

      Delete
  3. waw waw gebu gebasssnyaaa.. Hsna plak jenis yg makan apa pun tade efek pada berat badan pun...best dak?? hahahha.. tapi 2kg tu kira byk jugak lahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg gebu sangat jadinya Husna.

      Bestnyer makan banyak2 tapi tak jadi apa pada berat badan. Lagipun Husna muda lagi kot... tahap metabolism tu tinggi lagi.

      Delete
  4. wow, mengiurkan.
    alamak sedapnya , rasa lemon sikit dalam gigitannya alahai ..nyum,nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Favorite si Ojet ni Nieda... Dialah yg minta buatkan... Saya cuma makan dua potong tu je...

      Delete
  5. sedapnya...kalau dekat ni mau saya minta sepotong dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dekat tak payah minta... keluar oven je terus potong dan hulurkan kat pintu dapur mama aryan...

      Delete
  6. Cantik nampak jadinya kek tu...

    ReplyDelete