Wednesday, May 17, 2017

Seram...

#misiturunkanberatbadan
#kisahjiran


Teman kala sendirian dan mengupdate
blog ketika malam sunyi.

Untuk beberapa hari ini aku sukar untuk melelapkan mata dan tidur malam. Mungkin di sebabkan udara sekeliling agak panas walaupun di luar hujan, lembab dan sejuk.

Bunyi lolongan anjing yang panjang dan sayup menakutkan serta menyeramkan. Bila aku tengok jam ia seringkali kedengaran pada pukul tiga pagi. Kemudian dikuti bunyi seakan burung-burung terbang bertebaran. Adakalanya aku merasakan seolah-olah ada seseorang menjenguk di luar pagar.

Hingga ketika azan subuh kedengaran aku masih lagi terkebil-kebil. Sedang orang lain sudah mulai sibuk keluar mencari rezeki baru aku boleh tidur lena. Pernah beberapa hari lepas sebaik azan subuh di laungkan tiba-tiba di sahut lolongan anjing seakan-akan terperanjat dan kemudian senyap.

Di hujung lorong selang empat pintu dari rumah kawasan tempat tinggal aku ini ada satu kawasan hutan belukar. Yang dipisahkan oleh satu longkang besar. Kawasannya sedikit berbukit dan berlembah, sejuk serta suram. Seingat aku dahulu ada sebatang anak sungai. Sekarang aku tak pernah lagi menjenguk ke situ... takut terserempak dengan ular. Jiran yang tinggal di hujung sekali ada beritahu dia pernah terlangkah seekor ular kapak/tedung yang sedang menyusur dalam longkang besar di situ.

Dan beberapa bulan lepas seekor ular sawa telah menangkap anak kucing peliharan jiran yang tinggal selang satu pintu dari rumah aku. Ular sawa itu dapat di tangkap oleh JPAM dan anak kucing tersebut dapat di selamatkan.

Bercerita dengan kakak aku tentang apa yang aku dengar dan alami akhir-akhir ini... dia sarankan aku ambil wuduk dan baca Al-Quran. Dan kalau terdengar benda yang pelik-pelik di luar rumah jangan jenguk atau 'tegur'. Mengikut kata-kata arwah nenek aku dulu... kakak aku beritahu itu penanggal. Terbang melintas pergi 'berburu'. Maksud pergi berburu itu tidaklah aku faham... apa yang di burunya. Dan kalau terdengar seperti bunyi pasir berserakkan itu langsuir kata adik ipar aku.

Kakak aku cakap sentiasa beringat dan kuatkan semangat. Tambah-tambah aku tak berapa sihat kebelakangan ini. Teringat suatu petang... sebelum aku diserang sakit kepala yang melampau beberapa minggu lepas... aku berjalan-jalan dengan tujuan untuk mengeluarkan peluh di lorong rumah aku ini. Sampai di hujung lorong aku nampak sebatang pokok kekabu sedang berbunga lebat. Aku cakap dengan jiran yang tinggal berhampiran tentang  bunga pokok kekabu itu... elok diambil dan buat bantal. Pantas jiran tu cakap, "ish! ada penunggunya. Dah ramai yang nampak". Aku antara percaya dengan tidak dengan kata-kata jiran tu. Selesai exercise hujan turun rintik-rintik. Waktu itu hampir senja.

Selang beberapa hari selepas itulah aku di serang sakit kepala yang teramat sangat. Serangan tiba-tiba itu datangnya waktu senja. Bermula dengan kedua-dua kaki aku rasa berat-berat. Kemudian naik ke perut... rasa senak dan nak muntah... dan terasa sakit di ulu hati. Tak semena-mena kepala rasa sakit dan berdenyut-denyut seakan-akan urat darah akan pecah.

Turutan dari itu, setiap waktu senja aku akan mengalami sakit ulu hati dan sukar bernafas. Hubby ada tanya, ada tak aku terpijak atau terlanggar apa-apa waktu aku exercise petang itu. Katanya cuba ingat balik... entah! Rasanya tak ada cuma time tu perasaan aku ada rasa kurang tenteram. Seolah-olah ada yang memerhati...

(nota mak: selalunya sebelum masuk tidur selepas isyak aku akan buang sampah dulu... tapi rasanya lepas ini tidak lagi... serammm! Teringat cerita jiran teman jogging yang aku ceritakan sebelum ini...)

6 comments:

  1. Aihhh... seram pula baca... 😱

    ReplyDelete
  2. memang seram baca entry ni..berdiri bulu roma. kalau badan lemah senang benda2 halus menumpang. minta dijauhkan...
    cuba swetie pergi berubat dgn ustaz utk hilangkan sakit kepala yang menyerang tu

    ReplyDelete
  3. Sweetie....seramnya.Lebih baik jumpa org2 yang arif sweetie sebelum ianya berlarutan.
    Saya ni duk kg sweetie,kalau pukul 3 pagi tu bukan hantu yg menganggu tapi budak2 rempit yang berkumpul depan jalan,biasanya riuh berbual.

    ReplyDelete
  4. betul tue , zaman sekarang nie macam-macam hal berlaku dan masih ramai lagi yang 'membela' untuk kesenangan diri . yg pasti kena waspada dan ingatlah Allah lah pelindung yang maha hebat ;)
    p/s:semoga sweety cepat sembuh yer dari segala kesulitan .

    ReplyDelete
  5. Moga mslh sweetie segera diatasi..berhati hati dgn gangguan2 yg xkita sedari

    ReplyDelete
  6. Cubalah akak berubat dengan ustaz kak, pergi darus syifa' ke, mana tahukan ada yang mengganggu, kakak saya dulu macam tu sakit kepala teruk dan kadang2 dia jadi takut dengar yang bukan2..pergi berubat di darus syifa'.. alhamdulillah ok

    ReplyDelete