#kisahjiran
Memandangkan sekarang ini cuaca tak menentu... pagi petang hujan... memang tak ada apa aktiviti luar rumah yang dapat di lakukan. Tambahan lagi sekarang aku pun tak berapa sihat. Masih pening-pening lagi. Bila tak boleh pergi berjogging... aku bawak jugak badan bangun dan berjalan-jalan luar rumah supaya dapat udara luar dan sekurang-kurangnya ada juga exercise sikit. Paling tidak pun membelek pokok-pokok yang aku tanam dalam pasu-pasu tepi pagar rumah.
Sejak bersara, adalah aku buat aktiviti menanam satu dua pokok macam pandan, kunyit dan cili dalam pasu. Tengok pokok-pokok tu membesar dan memberikan hasil... hati rasa seronok. Lagi bersemangat nak tambah dengan tanam-tanaman lain.
Ajak kakak temankan beli lagi pasu dan tanah. Dalam hati bercadang nak tanam pokok halia, lengkuas, limau purut, pokok kari dan pokok kantan. Ini semua rempah ratus masakan yang selalu aku gunakan hari-hari.
Pokok daun kesum, pandan, kunyit dan
sebelah pasu pokok kunyit itu pokok kemangi.
Buah sulung... hanya dua tangkai,
Agaknya kurang baja. Pokoknya pun kecil.
Oleh kerana aku bercadang nak tanam halia, lengkuas dan kantan, aku belilah pasu yang besar. Mahal jugak tapi pada aku tak apalah bila mengenangkan hasil yang akan aku dapat nanti. Selain dari itu boleh juga jadi ganti pokok-pokok hiasan.
Menengokkan aku yang begitu bersemangat menyusun pasu-pasu di luar pintu pagar, jiran sebelah pintu tegur. Katanya, tak takut ke pasu-pasu tu di ambil orang. Jawapan aku... dah tentulah tidak, lagipun siapalah yang nak ambil. Jiran tu senyum dan tak cakap apa-apa. Dia ni surirumah sepenuh masa. Dan aku pun offer, nanti dah tumbuh cantik pokok-pokok tu, kalau dia memerlukan... ambil sajalah... tak perlu minta kebenaran dari aku lagi.
Rupanya aku memang silap... selama bertahun-tahun tinggal di sini... ditambah dengan kesibukkan bekerja memang aku tak begitu 'rapat' dan mengenali jiran-jiran aku. Ada jugak yang cepat tangan dan suka ambil barang orang rupanya. Patutlah jiran sebelah pintu tu 'hint-hint' aku macam tu.
Tanpa sedar pasu-pasu tu hilang dan tepi pintu pagar kosong... Teringatkan kata-kata jiran sebelah pintu... aku rayau sampai ke hujung barisan lorong rumah aku dan terjumpa tiga buah pasu aku yang cantik tersusun di rumah jiran selang beberapa pintu dari rumah aku.
Bayangkan, aku terus tanya dan cakap dengan suami tuan rumah. Aku cakap itu pasu aku. Aku nak balik. Mahal aku beli tu. Mula-mula dia cakap "mana ada"... tapi aku cakap, aku kenal itu pasu aku. Langsung dia cakap,.. dia nak tolong jagakan jer... nanti dia gantikan dengan pasu lain... lalu di hantarkannya pasu-pasu lama, kecil dan dah sumping ke rumah aku untuk menggantikan pasu-pasu aku yang dah diambilnya.
Ralat betul rasa hati. Dahlah aku beli mahal... dekat nak RM80 aku beli tiga buah pasu tu... alih-alih senang-senang je diambil orang. Dan tiap kali aku lalu depan rumahnya dan terpandangkan pasu-pasu aku tu... gerammmmmmm je hati. Walaupun si abang kata, "halalkan jelah mak" tapi dalam hati aku kata "tak!"
Ya Allah...ada juga orang macam tu ye, tak malu pulak tu dengan jawapannya tu, siap bagi pasu lain, adehh tak boleh nak hadam saya dengan perangai yang macam ni.
ReplyDeletemoga2 terbuka la pintu hati dia satu hari nanti untuk tidak melakukan benda2 macam tu lagi.
Sejak dah jadi surirumah sepenuh masa ni, nampaknya macam2 ragam dan tabiat 'pelik' jiran-jiran yang saya jumpa mama aryan... 'telan' jelah walaupun tak tak boleh nak hadam.
DeleteYalah sweety ...takde perasaan betul kan org yang ambil pasu tu.Boleh ke kata nak jaga pulak tu....kalau saya pun geram .
ReplyDeleteBila lah masa dia buat keja mengangkut tu ya sweety?
Entahlah Saniah. Mungkin malam-malam time saya sekeluarga tidur kot.
DeleteYa Allah..ada jugak rupanya manusia macam ni Sweetie..tak sangka langsung.. tapi memang best bila hasil tanaman kita berbuah kan..
ReplyDeleteSejak kejadian tu saya dh tawar hati nak tanam pokok2 tu semua. Takut nanti kena ambil lagi. Ya Wa, cili tu walau cuma dua tangkai, tapi saya rasa seronok sangat tengok.
Deletemacam ni pun ada..pelik sungguh manusia ni..sesuka hati je pi ambik barang orang..
ReplyDeleteBukan pasu tu je dengan pokoknya sekali dia ambik nohas. Ada satu pasu tu kakak saya tanamkan dengan pokok harum malam... pun dia kebas. Itu yg paling saya sayang sebab pemberian kakak saya... tapi apakan daya dah 'jatuh' ke tangan 'penyamun'.
DeleteSalam kak, iskh..iskh..iskh..buruk bebenor perangai...agaknya mereka mengamalkan konsep harta mu hartaku juga kut...hehehehehe...inshallah ada rezeki lain tuhan akan balas...
ReplyDeletew/salam fzy fuzzy... mungkinlah kot...hehehehe. saya ketawa tp hati sya ni terbakar tau!
DeleteMak aiihhh..macam2 perangai jiran akak ye? saya yg membaca ni pun..naik hangiinnn jadinye. Grrrrrrr!!
ReplyDeleteSaya pun tak tahu nak kata apa Ina, tak sangka ada orang yang berperangai begitu. Mmg susah utk di terima akal. Tapi itulah yang saya hadapi.
Deletememebaca entry ini terasa lucu dan pelik pula ...ada juga org yg berperangai macam ni. tak takut ke azab Allah
ReplyDeleteBetul Nieda.., Orang yang tak lalui, tak tengok mmg sukar nak percaya dan tak sangka ada orang jenis mcm ni kan.
DeleteSabarlah sweetie tapi mmg geram rasa di hati kan..sekali kena lain kali beringat.
ReplyDeleteItulah yang saya buat skrg ni kak PI... tapi terus terang, hati tu meluap-luap jugak bila lalu depan rumah dia dan terpandangkan pasu saya tu.
DeleteKalau saya kak Sweetie..
ReplyDeleteSaya angkut balik pasu saya tu..
Terima kasih tolong jagakan ye..
Geram juga hati saya membacanya..
Pastu boleh pulak ganti pasu yg sumbing..
Tak ada perasaan betul..
Nak angkat balik mcm mana Yatie... pasu tu besar, dah letak tanah... berat tak terangkat.
DeleteEh gile ke hapa? First time bca kisah cmni
ReplyDeleteSaya yg jadi 'mangsa' ni pun tak tahu nak cakap mcm mana Irfa. Mmg susah org nak percaya cerita saya ni. Saya pun tak ada jawapan kenapa dia buat mcm tu. Tp saya tak nak panjang2kan cerita sebab saya taknak bergaduh dan bermasam2 muka pulak. Tp dlm hati ni tetap sakit.
DeleteYa Kareem...awaat lah lagu tu..sesuka hati jer..x rasa bersalah pulak tu..hi..hi..mmg nsik darah nekcik kalau dapat jiran gini
ReplyDeleteTak paham saya nekcik kenapa dia lagu tu... agaknya dia geram tgk pasu saya tu besar2... nak beli syg pulak nak keluar duit. AGAKNYALAH... dia tgk saya ni kecik je beranilah dia buli saya... hehehe.
DeleteAllahuakbar... ada juga orang macam tu? Astaghfirullahala'zim... tolong jaga pula... Allah... speechless saya. Tak sangka boleh ambil hak orang macam tu je...
ReplyDeleteSelama saya tinggal di sini hampir 42 tahun, dah macam-macam perangai manusia dan jiran yg saya jumpa Nora.
Delete