Beberapa minggu kebelakangan ini aku cuba mengubah cara pemakanan. Bukanlah nak cantik atau slim macam anak dara tapi nak turunkan sikit berat badan. Sejak bersara ni memang terasa sangat badan berat-berat and one of the part tu macam dah terlebih saiz. Ada juga beberapa helai baju yang terasa macam ketat dan sendat.
Tak tahulah sampai bila boleh bertahan makan
makanan macam ni. Heheheh... kuat betul cabaran nak
turunkan berat badan ni...
Diet yang aku buat ni tak follow mana-mana pun. Makan macam biasa tapi kurangkan kuantitinya dari biasa. Kurangkan minyak dan minuman manis. Itu saja. Sayur-sayur aku rebus dan lauk-lauknya seperti ikan dan ayam cuma di panggang. Kalau boleh tak mahu lagi goreng-goreng. Dapur pun bersih takde percikan minyak. Aku nak try buat dalam masa sebulan ni. And no more makanan ringan bila tengok tv.
(nota mak: "cuba" untuk mengurangkan berat badan sebanyak 5 kg.)
Good luck ya! semoga sentiasa konsisten. fuhhh bukan senang ni nak sekat nafsu makan hehe.
ReplyDeleteBetul!
DeleteSemoga berjaya sweetie..acik dah malas dah nak diet..yang acik harapkan cuma sihat
ReplyDeleteInsaAllah acik... mcm saya kata, bukan nak lawa tp bila berat badan naik nak solat pun rasa payah. Nak bangun dari sujud tu... Allah saja yg tahu siksanya saya.
DeleteKuat kan semangat sweety... Insyallah boleh.... Hihiii saya pandai cakap je đŸ˜† saya sendiri sukar nak lakukan , apatah lagi ada makanan febret.... Laju je .
ReplyDeleteSaya tengah cabar diri saya skrg ni Saniah. Mmg sukar sgt nak melawan nafsu makan tu. Tapi saya akan cuba. Bila berat badan bertambah bukan lutut je sakit... tekanan darah pun naik dan sakit kepala pun menyerang.
Deletein shaa Allah, boleh, sambil2 tu buat exercise di rumah..5kg..byk jg tu..
ReplyDeleteBetul nohas, 1kg pun payah... tp saya akan cuba juga. Tunggu lepas sebulan... kalau tak ada n3 pasal ni maknanya saya tak berjaya...
Deletesemoga berjaya sweetie
ReplyDeleteHarap2 begitulah mama aryan.
DeleteMogajaya seweetie dgn usha berterusan demi lshtn yg baik,
ReplyDeleteMoga2 yer PI. Kite tengok jaya ke tak lepas sebulan ni.
DeleteSemoga berjaya kurus kak..
ReplyDeleteBukan nak kurus Yati sebab mmg takkan dapat kurus tp saya nak turunkan sikit berat badan.
DeleteSemoga berjaya sweety.. Insyaa Allah blh klau kuat disiplin. Doktor pun suruh kak Zai berdiet makan nasi satu senduk bykkan sayur dan buah katanya.
ReplyDeleteInsyaAllah! Semangat ni bila kawan2 blog bagi sokongan. Saya pun dah lama doktor cakap suruh kecikkan tang perut ni kak Zai. Tp saya tak kisahkan... bila dah sakit baru ingat nak buat... jaga makan dan senam2 sikit.
Deletemoga dapat berat idaman..semoga berjaya Sweetie
ReplyDeleteHarap2 begitulah nieda.
DeleteI pun mencuba..turun naik x habis2..heee
ReplyDeleteYang paling payahnya dalam usaha utk menurunkan berat ni ialah disiplin Yan... asyik terbabas dan 'tak apa' tu yg tak turun2 tu.
Deletechaiyok sweety
ReplyDeleteHehehe.. kita tunggu hasilnya lepas sebulan ni ye cik Bunga.
DeleteGood luck... saya pun sedang mencuba ni... huhu
ReplyDeleteMari kita sama-sama lipat gandakan usaha agar keinginan untuk mendapatkan berat badan idaman itu berjaya Nora.
DeleteSaya pun selalu berangan nak turunkan berat badan Sweetie. Tp tulah kalau bab makan tak pernahnya berangan hihi...
ReplyDeletePantang jumpa!
Saya pun macam tu jugak... PANTANG JUMPA... disiplin nak kena kuat... tapi kadang2 saya terbabas jugak..hehhehe.
Delete