Puding karamel memang kegemaran kami siisi keluarga. Rasanya yang pahit-pahit manis itulah yang menambat selera. Selain dari itu aku suka ianya lembut dan halus macam tofufah.
Walaupun dah selalu buat tapi resipi yang selalu aku guna pudingnya agak 'padat' dan berlubang-lubang di dalamnya. Resipi tu aku ambil dari satu majalah. Dalam berkira-kira nak buat puding karamel... teringat satu pemilik blog yang banyak buat entri tentang puding karamel ni. Dan aku terus pi selongkar lemari resepinya.
Puding Karamel
(sumber resipi dari blog Azie Kitchen
Ikut resepi ni boleh dapat 20 bekas plastik
kecil-kecil macam dalam gambar)
Bahan-bahan:
1 tin susu pekat manis (jika tak
suka manis guna 3/4 tin sahaja)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata/tali pusat
Esen vanilla
Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
Cara-caranya:
1. Cairkan gula hingga perang. Bila bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. Tutup api dan biarkan sejuk.
2. Telur dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati dan tapis.
3. Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.
4. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.
Dari nota Azie, kalau nak sedap, seeloknya air gula hangus di simpan semalaman dalam peti ais sebelum di gunakan. Ojet pun puji dan suka rasa puding dari resipi ini yang lemak-lemak manis.
Resipi-resipi masakan ni, walaupun nampak simple dan mudah... kadang-kadang kita kena tahu jugak teknik dan tips-tips yang membuatkan rasanya berbeza dan sedap walaupun resipi yang kita guna sama.
perghhh daapnye kaksweetie. Saya pun pernah try resipi puding kak azie ni..mmg ummphh!
ReplyDeleteTak cukup satu bekas kecik tu kalau makan puding ni. Anak-anak suka kalau gula hangusnya tu terasa pahitnya.
Deletesedapnya puding bila disejukkan..nyaman rasanya..
ReplyDeleteApa-apa puding pun kena sejukkan dulu dlm esbok baru sedap makan.
Deletesaya pun selalu ikut resepi dari blog Azie Kitchen. biasanya sy yg tak berapa terer masak ni pun boleh masak jadi sedap. Awww :)
ReplyDeleteSaya pun tak terer tapi suka mencuba. Bila dah selalu buat lama-lama jadi terer jugak Ain.
DeleteLama tak buat puding karamel ni kak sweetie..
ReplyDeleteUdah teringin tapi skrg tengah sibuk kita buat masa singgang lah nanti..
Minta satu bekas boleh kan ehe :)
Sambil berlari keluar kedalam je mengadun resipi puding ni Yatie... hahahha..
DeleteAlamak! lambat cakap! dah habis pun...
Mudah resepi nya ya sweety.Bubuh dalam bekas2 kecil gitu mudah budak2 nak makan.Teringin nak buat tapi anak2 xde kat rumah pulak .
ReplyDeleteBahannya pun tak banyak kan Saniah...susu pekat manis dan susu cair. Cuma yang leceh sikit nak buat gula hangus tu... kena hati-hati kalau biarkan anak-anak yg buat.
DeleteNampak sedap dan cara pembuatan pun simple.. Boleh cuba buat.. Letak bekas kecil senang bawa ke office.. Thanks sweety for sharing this recipe.. 😍
ReplyDeleteHmm mmg simple dan mudah nak buat puding ni LZ. Sama-sama... saya pun ambik resipi ni dari blog orang jugak tapi saya catatkan semula di blog saya sebagai rujukkan di masa akan datang.
Deleteacik pun suka ni sweetie..tapi acik buat tak ikut resepi..ikut apa yang kakak acik pernah buat je..
ReplyDeleteNext time cer acik ikut resipi Azie ni... Tapi resepi Azie ni tak boleh kukus dalam loyang besar kena buat dalam bekas kecik-kecik... sebab ianya lembut sangat.
Deletepernah cuba hari tu..memang lain rasa pudingnya , sedap
ReplyDeleteAda mcm rasa lemak-lemak sikit kan Nieda.
DeleteHmmm...dap ni.. kak sweetie. Masuk list dulu ye...nnt klu arajin lyza pon nk cuba gak..
ReplyDeleteHai lyza, saya baru je nak skodeng blog lyza... saya dah dah berkenan satu resipi tu. Nanti kalau jadi buat saya postkan n3-nya ya.
Deleterajin sweeti sedap tu..boleh cuba bila2
ReplyDeleteBoleh simpan dalam peti ais dan dimakan pada bila-bila masa PI.
Deletewahhh kalau untuk orang bujang lelaki pass tak nak buat puding ni? hehehe.
ReplyDeletesaya singgah dan follow blog ni ya. jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)
Mesti lulus... senang je nak buat... sambil pejam mata pun boleh.
DeleteInsyaAllah saya akan ke blog anda dan baca apa kisahnya yer..
saya pun suka puding karamel ni sweetie
ReplyDeleteSedap makan time duk santai2 sambil tgk TV.
DeleteWah... memang sedap ni....
ReplyDeleteFavorite anak-anak saya ni Nora.
Delete