Untuk menambat selera... masaklah 'cantik-cantik
macam ni, tapi masih tak 'jalan' jugak.
Sekarang ni akulah tukang masak dan chef tersohor di rumah aku sendiri. Dan hari-hari aku pening kepala memikirkan menunya. Kalau tak kena gaya... makanan yang dimasak tak berusik.
Memandangkan harga barang basah seperti ikan dan sayur mahal aku terpaksa 'berkira-kira' kalau ke pasar. Ambil dan beli mana yang akan dimakan oleh anak-anak. Susah juga memilih dan memikirkannya. P. Ramlee saja yang kata dalam lagunya, .."tukang masak kerjanya enteng. Hari-hari masak nasik goreng..." Cubalah masak nasi goreng hari-hari... alamatnya sekuali nasi goreng tu nanti kita sorang je yang perabiskan.
Satu lagi masalah yang aku hadapi atau mungkin juga masalah pada mak-mak yang lain jugak... anak-anak tak suka makan sayur. Ini memang masalah 'besar' pada aku. Masaklah... buatlah macam manapun... sayur bukan favorite anak-anak aku. Kalau masak sayur di rumah, hanya aku sorang saja yang makan.
Sabtu lepas Ojet temankan aku ke pasar tani. Melihatkan harga barang-barang basah begitu mahal dia agak terkejut. Ikan kembung saja RM20 sekilo. Sardin RM14. Sotong RM34 sekilo. Nampak dia belek-belek sotong aku tanya.., dia nak makan sotong ke?.. Ojet senyum dan kata tak. Katanya dia cuma geram tengok sotong tu besar-besar.
Langsung aku cakap "dah tengokkan, harga barang kat pasar mahal... sebab tu jangan demand... makan saja apa yang mak masak".
Masing-masing suka ala-ala western... tapi takkan hari-hari
nak masak lamb chop, spaghetti, macaroni dan yang sewaktu
dengannya... Mabuk barat di dapur mak nanti...
kesian chef pening memikir nak masak apa
ReplyDeleteBaru tau kannn, susah jugak jadi chef ni.
Deletebetul tu sweetie kadang tak tahu nak masak apa bila hari2 memasak...western food memang sedaplah, tapi paling menggoda sayur beraneka warna tu, saya suka sayur
ReplyDeleteDirumah saya, kalau masak sayur tak ada siapa yang akan makan. Dah buat berwarna warni mcm tu campurkan dengan udang pun tak ada siapa yang makan.
DeleteSaya pun suka sayur, lebih-lebih lagi sayur2 kampung... bila saya teringin nak masak dan makan sayur saya akan ajak kakak saya makan di rumah...
Cantek sayur campur tu sweety...warna warni.
ReplyDeleteBetullah sweety jadi chef kat rumah ni pening nak fikir kan menu.Kat rumah saya ni dah tinggal ber3 ni si ayah dan si bongsu tak makan sayur...payah nak fikir kan apa yang nak dimasak setiap hari.
Ikan kembung 20 hinggit sweety...aduhaii mahalnya.
Sayur tu campuran capsicum kuning, merah dan kailan.
DeleteBetul Saniah 20 ringgit sekilo di pasar tani dekat kawasan perumahan saya ni. Mcm tak munasabah kan harganya.
udang rimau yang terendam seharian kat giant 48 sekilo cik kak.. pengsan.
ReplyDeleteSaya jarang membeli lauk-lauk basah di supermarket KA, sebab dahla tak segar mahal pulak.
DeleteKlau tengok harga barang sekarang memang melampau kan sweety. Mcmanalah yg punya anak ramai kan.
ReplyDeleteSamalah kat rumah kak Zai pening memikirjan apa nak dimasak.
Kadang-kadang bila tengok harga barang keperluan di pasar mcm tak masuk akal... terutama pasar tani. Sepatutnya lebih murah berbanding pasar besar sebab hasil-hasil yang di jual tu terus dari peruncit/penoaga itu sendiri tak melalui orang tengah.
DeleteSusah juga jadi cheff kat dapur kalau harga barang melambung melebehi bajet...pening nk suaikannya
ReplyDeleteHari2 pening PI memikirkan apa yang nak di masak. Nak kena juga dengan selera seisi rumah. Barang2 mentah yang di masak pula mahal bukan main lagi.
Deletepening chef kt rumah...Gen Y hari2 makan western pun takpe, kita2 ni le yang kurang, mesti nak nasi jg..
ReplyDeleteBetul nohas, kite2 ni kalau tak jumpa nasi satu hari menggigil dan pening kepala.
Deletewak ingtkn mula2 ayat tu bunyi mcm "Untuk menambat suami kat rumah.." hahar2
ReplyDeletehehehhe... kite takmo tambat suami kat rumah wak... kalau tambat nanti dia takleh gerak dan kena suapkan dia makan pulak...
Deletedulu kalau pegi pasar bawak RM100 cukup dah beli stok barang basah & sayur2 seminggu. sekarang? tutup mata je la. ye la, takkan tak bagi anak2 makan kan? huhu...
ReplyDeleteanak2 saya pun tak suka sayur, kecuali brokoli jer ratah sampai licin.
Zaman saya mula-mula kerja dulu, saya beri arwah mak duit RM50 untuk buat belanja pasar dia kata banyaknya... dan boleh beli stok barang basah untuk sebulan. Kerang masa tu 10sen je sekati.
DeleteItulah masalah anak-anak sekarang... tak makan sayur. Macam-macam cara dah buat tapi tak jalan jugak...
Ye lah kak..
ReplyDeleteJadi tukang masak ni tak boleh syok sendiri..
Penyudahnya kita yg kena makan kasi habis..
Nak ikut tekak masing2..
Tak terdayo lah pulak omak ni kan :)
Sama je masalah kita ni kan... Kadang2 bila blogwalking di blog resipi dan tengok pelbagai masakan teringin nak cuba... tapi masalahnya bila dah masak nanti makanan tu terbiar sepi tak diusik pun.
DeleteMemang masalah surirumah adalah bila nak masak hari-hari. Memang kalau tak kena gaya... memang tak bermakan... biasanya saya kalau lauk xhabis, esoknya saya mogok masak.. hahahahha
ReplyDeleteSaya kalau mogok mcm mana pun tak jalan jugak Nora.
Delete