#misiturunkanberatbadan
#kisahjiran
Semalam aku dah mulakan berjalan seribu langkah
sehari sekitar kawasan perumahan. Berjalan sambil menikmati
suasana petang yang nyaman. Hari pun tak panas.
Selama bertahun-tahun berulang alik dari rumah ke tempat kerja... setiap hari... dari mula terbitnya matahari hinggalah terbenam... Selagi tak habis selagi itulah tak balik rumah. Malah sudah di tunggu bulan baru beransur pulang. Di kalangan rakan-rakan yang sealiran ungkapan "datang diiringi matahari balik di teman bulan" itu sudah biasa.
Pernah juga jiran-jiran bertanya, "kau kerja apa, dah malam baru balik!" Puaslah aku menerangkannya untuk beri mereka faham akan tugas dan kerja aku. Itupun banyak kali juga mereka menanya aku soalan yang sama sampai aku dah malas nak jawab.
Kerana dah time kerja aku begitu jadi selama bertahun-tahun itu juga aku jarang berbual dengan jiran-jiran. Dan tak tahu sangat tentang apa-apa kisah di kalangan jiran-jiran aku. Time cuti dan tak bekerja memang waktu untuk relaks dan duduk santai-santai di rumah. Melapangkan fikiran dari macam-macam yang membuat otak serabut. 'Politik' di tempat kerja ni kadang-kadang buat kita tension.
Rupanya 'politik' jiran-jiran dan surirumah ini lagi hebat dan daring. Banyak kisahnya. Yelah, selama ini bekerja, jadi aku tak ambik 'pot' dan malas nak campur tapi bila dah jadi housewife ni sedikit sebanyak terlibat juga. Aku tak 'pergi' mereka yang datang bercerita. Aku dengar jelah. Sekadar mendengar... tak komen apa-apa...
Boleh percaya ke? Dalam zaman IT ni ada orang bela hantu. Tapi itulah cerita yang aku dengar sepanjang berjogging dengan sorang kawan ni.
Sepanjang jalan sejauh setengah kilometer tu dia bercerita tentang jiran sebelah rumahnya bela hantu. Mereka dah lama tak bertegur sapa sebab itulah. Katanya, dia selalu nampak hantu jirannya itu merayau-rayau dan di lepaskan masuk ke dalam rumahnya. Aku memang tak percaya. Tak masuk akal langsung kan.
Beberapa tahun lepas dia pernah sakit dan di masukkan ke hospital. Tapi doktor tak dapat kesan penyakitnya. Atas saranan bekas kawan sekerjanya dia pergi berubat dengan bomoh. Dan bomoh tu cakap dia terkena buatan orang. Orang yang 'buat' tu tak jauh, Sebelah rumah jer... mudahnya.
Itulah ceritanya... dan sepanjang jalan kami berlari-lari anak itu dia tak henti-henti bercerita. Aku angguk-anggukkan saja. Conclusion aku perbalahan antara jiran-jiran ini sebab cemburu je. Macam-macam benda boleh mendatangkan cemburu.
(nota mak: aku cakap dalam hati jangan campur...)
betul tu sweetie dengar saja tapi jangan campur, cumanya tak mustahil juga benda2 macam tu sekarang ni, tapi bab jumpa bomoh dan cakap tentang hantu jiran sebelah tu susah juga nak percaya, biasa kalau jumpa ustaz dia tak cakap benda tu dari mana
ReplyDeleteItulah yang payah saya nak percaya mama aryan. Kalau betul pun selalunya yang 'menengokkan' tu tak kan cakap siapa yang punya angkara. Bomoh atau ustaz akan cuba pulihkan je... kan!
Deletesemoga dilindungi dari hasad dengki manusia..
ReplyDeleteMudah-mudahan tidaklah. Tak suka dengan perkara-perkara mcm ni semua.
DeleteBETUL SWEETIE JANGAN CAMPUR..DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN
ReplyDeleteSaya memang tak nak campur dengan benda-benda macam ni Acik. Bergaduh dan bermasam-masam muka dengan jiran-jiran ni mmg saya cuba elakkan.
Deletezaman sekarang masih ade lagi orang gune benda-benda nie sume kak.. semoga kite sume dilindungi dari hasad dengki manusia..
ReplyDeleteEntahlah E'in... agak susah saya nak percaya. Betul tu, janganlah kita terlibat dengan rasa hasad dengki sesama manusia ni. Tak senang hidup di buatnya.
DeleteKlau penduduk ramai melayu memang terjadi benda mcm ini sweety. Sifat cemburu tak boleh orang lain lebih.
ReplyDeleteSetuju kak Zai, ndak-ndak kawasan rumah pemindahan atau kos rendah.
DeleteBaca tajuk pun dah menyeramkan.. haha
ReplyDeleteHehehe... Baru betul2 extreme KN. Orang sibuk bela binatang eksotik.. ular sawa, buaya... ha... ni bela hantu... Lagi gempak.
DeleteBetullah sweety ,jangan campur...sekadar mendengar je masuk telinga kanan keluar telinga kiri udah...biasalah kehidupan berjiran ni macam2 hal.
ReplyDeleteMasih ada yang percaya hantu lagi walaupun hidup di tengah kota metropolitan ya ...
Bukan saja nak campur, dengar pun kalau boleh taknak Saniah. Saya takut bergaduh Saniah.
DeleteDENGAR JELAH SWEETIE XDE APA NKBUAT BERCERITALAH APA SAJA..KALAU TMBH DGN KOMEN PNJG PULA CITERNYA HEH..HEH..
ReplyDeleteSejujurnya saya tak gemar dengar cerita sok sek sok sek jiran2 ni PI. Bukan apa takut terlibat dan akhirnya jadi berpuak-puak dan bermasam-masam muka.
Deletemalas kan nak dengar cerita2 mcm ni, kita nak hidup harmonis dgn jiran2..
ReplyDeleteSetuju nohas. Mencampuri cerita2 mcm ni akan buat kita berpuak-puak.
DeleteHihihii..... macam-macam cerita kan..kita dengar yang baik2 jelah kan Sweetie...
ReplyDeleteBetul Wa, dengar boleh tapi pakai jangan.
DeleteWalaupun saya surirumah, saya tak pernah libatkan diri dengan cerita2 yang melibatkan jiran2 ni... jaga hal masing2 sudahlah kan... takut sebenarnya...
ReplyDeleteSaya pun sama Nora... Dah hampir 7 bulan saya bersara... tapi saya jarang keluar rumah. boleh dikatakan kalau tak ke pasar dan jogging masa saya banyak di habiskan memerap dlm rumah.
DeleteAduhhh ....serba salah jugak kalau jiran dah bercerita mcm tu.
ReplyDeleteTak perlah tadah ajelah telinga...
Hanya Allah yg maha mengetahui...
Sebenarnya nak tadah jer telinga pun saya tak sanggup Anom... Takut terpengaruh.
Deletedengar boleh, percaya jangan... tapi hati kena sado, supaya x terpengaruh
ReplyDeleteHmmm betul!
Deletekak.lamanya sy tak msuk blog sweetie ni..
ReplyDeletedah pencen bolh relax bolh jln2, excersice..
errrr mcm cam je tempat ni, klu tak salah area setiawangsa-keramat haha (tah salah ke betol)hikhik
Saya pencen awal... nak rehat.
DeleteYa ini area Setiawangsa - Keramat. Saya selalu berjogging di laluan ini hingga ke Taman Tasek depan Dewan Serbaguna tu.