Kedua-dua permata hatiku dah bekerja. Seperti mana yang di rencanakan... sebaik tamat pengajian setahun yang lalu kedua-duanya mendapat tempat dalam sektor pekerjaan.
Dan kalau dah namanya suri rumah, tugas memasak tu memang tidak dapat di pisahkan. Bila-bila ada kelapangan aku try resipi dari blog kawan-kawan yang aku 'singgah'.
Muffin Chocolate Chip
Bahan-bahannya:
(sumber resipi dari blog INAHAR'S )
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk coklat / serbuk koko
1 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1 cawan fresh milk
1 biji telur dipukul sikit
1/3 cawan minyak / butter yang dicairkan
1 sudu kecil esen vanila
choc chips secukupnya
Cara-caranya:
1. Campurkan tepung, gula, serbuk coklat/koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayak dan ketepikan. (Bahan A.)
2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak. Kacau rata kemudian masukkan Bahan A. dan choc chips. Gaul rata.
3. Sudukan 3/4 penuh ke dalam cup muffin dan tabur sedikit coklat cip diatasnya dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak. (tips: untuk memastikan muffin gebu dan moist, pastikan kacau campuran bahan kering dan basah hanya sebentar sekadar rata saja menggunakan senduk kayu (kalau di kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yang kering dan keras).
2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak. Kacau rata kemudian masukkan Bahan A. dan choc chips. Gaul rata.
3. Sudukan 3/4 penuh ke dalam cup muffin dan tabur sedikit coklat cip diatasnya dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak. (tips: untuk memastikan muffin gebu dan moist, pastikan kacau campuran bahan kering dan basah hanya sebentar sekadar rata saja menggunakan senduk kayu (kalau di kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yang kering dan keras).
(nota mak: Mak dapat elaun bulanan. Dan masuk tahun baru ni elaun mak dinaikkan. :) :))
Alhamdulillah seronok ye sweetie..dapat mencuba pelbagai resepi..Alhamdulillah juga ada elaun bulanan syukur
ReplyDeleteMemasak dan mencuba resepi tu buat saya rasa happy walaupun berat badan makin naik acik...hehe...
DeleteSal elaun tu saya tak mintak tapi mereka yg suka nak bagi.
al-hamdulillah ;)
ReplyDeleteseronok nyer , minta CNP yer ;)
Jangan copy n paste je cik Bunga... try buat tau... simple je tapi sedap!
DeleteRAJIN SWEETIE MENCUBA RESEPI BARU..SEDAP TU.
ReplyDeleteSedap muffin ni PI, moist dan tak manis sangat.
Deletetahniah sweetie....
ReplyDeleteelaun mak mesti tinggi dalam USD
Taklah banyak sangat Nieda... tapi cukuplah untuk bayar bil api, air dan tnet.
Deletetenang fikiran tu yg best..sambil boleh cuba2 resepi..and dapat elaun..Alhamdulillah..
ReplyDeletelepas ni terima menantu..hihi..
Menantu? eh! haah ye... hehhehe.
Deleteuntungla mkcik dpt elaun bulanan dlm zaman kegawatan ekonomi mcm skrg nih., hehe2
ReplyDeleteHehehe... alhamdulillah! TQ pada anak2. Mak tak mintak tp dorang yg nak bagi wak.
DeleteOhhh...baru sebulan ye berhenyi keje. Saya dah hampir 5 tahun Sweetie.
ReplyDeleteAda org cakap boring duk rumah ni tp entahlah saya suka duk rumah walaupun katanya tak de duit bulan bulan. Apa yg ada sudahlah....
Betul tu, mmg rasa lapang fikiran kan.
Enjoy je kan...
DeleteSaya dah jadi surirumah sejak 2012... happy je rasa... tapi tang naik berat badan tu ye la jugak kot. Hahahaha tapi kepala memang tak pening dah la mikir masalah lain selain hal family...
ReplyDeleteNora, setakat ni berat badan saya masih kekal. Cuma sejak tak kerja ni kuat tidur pulak.
Deleteamboii gebus gebass mapin dia ek! mekaseh kak menerai resipi choc muffin ni ye! muuaah!
ReplyDeleteSesama... next time kita selongkar lemari resepi awak lagi cari mana2 yg berkenan di hati kite.
Deletebestnya mak dapat elaun bulanan..
ReplyDeleteBolehlah mak buat belanja dapur dan bayar bil bulan2.
Delete