Sunday, January 30, 2011

Hari-hari nangis....

(Dua kotak cheese tart untuk kawan sepejabat Laila yang
menyambut
ulangtahun ke 25 perkahwinannya hari ini . Happy
Anniversary,
Semoga
Berkekalan. Terima kasih La...)

Sejak akhir-akhir ni dah jadi rutin mingguanku membuat tart. Semalam dalam kelam kabut sempat juga aku siapkan tart untuk adik ipar yang nak balik ke Kelantan. Walaupun Tie kata kalau tak dapat siapkan sebelum dia balik ke kampung tak apa, tapi hatiku ralat pulak. Sebab dia teringin nak makan tart, lebih-lebih lagi dah nak berjalan jauh. Aku takut kempunan.

Bayangkan aku sampai rumah pukul 7.00 malam. Tidak terus balik ke rumah aku singgah sembahyang maghrib di rumah kakak dan makan malam di rumahnya (kami tinggal satu taman). Lepas tu terus berkejar ke Giant nak beli cheese sebab simpanan cheese di rumah dah kehabisan. Balik je dari rumah terus meluru ke dapur. ...dan alhamdulillah siap semuanya.
Sempat aku hantar kerumahnya di Gombak pukul 11.00 malam.

Waktu dalam perjalanan menghantarkan cheese tart kerumah adik di Gombak ‘kembar’ Ojet, Ain talipon. Sambil memandu aku curi-curi dengar perbualan mereka.

“Aku dalam kereta ni dengan mak. Ain, kau camna kat sana?” “Hmmm!” "Ya, haah, ok!"

Sebaik saja Ojet memutuskan talian aku cepat-cepat tanya Ojet.

“Apa yang Ain nak?”

“Tak ada apa-apa, dia saja-saja talipon!”

“Dia macam mana kat sana?”

“Dia cakap hari-hari dia nangis!”

Kesian Ain. Sempat lagi mengadu perasaannya dengan Ojet. Bukannya teruk sangat, cuma sedang mengikuti latihan di kem PLKN Sungkai, Perak. Dalam hatiku, 'kuruslah Ain balik dari PLKN ni nanti."

Monday, January 17, 2011

Cik gu online...

(Tart shell yang aku buat semalam rasanya lebih
sedap dari yang selalunya. Mungkin sebab aku bakar
lama sikit jadi rasanya lebih garing.)

“Dik Da! Dik Da! mari rasa tart ni. Rasanya lebih sedap dari yang lepas-lepas!”

“Hmmmm! Mak buat macamana yek?”

“Mak bakar lama sikit. Lebih garing. Sedap kan? Ojet pula suka makan tart shell yang aku buat. Dia pernah minta aku buatkan dia tart shell tu untuk dia makan-makan.

Beginilah aku menghabiskan hujung minggu. Buat adunan tart shell banyak-banyak. Senang, bila ada order nanti taklah aku terkejar-kejar menyiapkannya. Selalunya tart shell ni boleh tahan di simpan sebulan. Minggu ni ada dua tempahan yang perlu aku siapkan. Syukur alhamdulillah!

Ahad pagi, jeritan message dari talipon mengejutkan tidur. Penghantar message kawan lamaku dari Kuantan, Qamariah.

"Salam. Nak tanya, acuan tat nak kena glis tak.”

“Tak Perlu....”

“Ok.. Doh memang lembek ke?”

“Agak-agak macam adunan biskut tu. Boleh tekan dalam acuan...”

Hmm! diam tak diam sejak akhir-akhir ni jadi guru masakan on line pulak.

(Cup cakes. Saja-saja buat nak beri kawan-kawan
di pejabat
. Dah lama juga aku tak 'bermain'
dengan
buttercream ni.)

Monday, January 10, 2011

Risaunya, Ojet kerja...

(Kerja tangan Ojet. Katanya teringin nak makan
tart buah.)

(Petang tak ada apa nak buat dan lepas hantar Ojet
ke Jalan Ampang aku
buat lopez ubi ni.)

“Mak tahu tak bangunan Chinese Chamber kat Jalan Ampang tu”

“Tau, kenapa”

“Kawan Ong, Arfah ajak kerja.”

“Kerja apa?”

“Aaa catering. Satu hari je. Orang tu bayar RM50 satu hari. Masuk pukul 3 habis 10 malam.”

Aku benarkan Ojet bekerja semalam. Fikirku biarlah dia merasai pengalaman. Lagi pun satu hari saja.

Pukul tiga semalam aku hantar dia ke restoran Chinese muslim tu. Dekat je dengan rumah. Janji pukul sepuluh malam nanti dia talipon untuk datang ambil dia balik.

Tapi sebenarnya tak siapa yang tahu, aku risau sebenarnya melepaskan dia. Padaku Ojet kecil lagi. Aku takut dia ditipu orang di luar sana. Pukul sembilan malam aku dah mula resah. Ojet belum talipon lagi. Tak pernah aku biarkan dia diluar sendirian. Lebih-lebih lagi malam-malam begini.

Pukul 10.30 malam Ojet masih tak talipon. Aku bergegas ke rumah kakak.

“Along! Along kau dah tidur ke?” Aku ketuk pintu rumahnya bertalu-talu.

“Haah, kenapa?” sayup-sayup suaranya menyahut di tingkat atas.

“Ojet nilah, tak talipon-talipon lagi. Janji tadi dia balik pukul 10. Ni dah pukul 11. Ni yang buat aku risau ni.”

“Kat mana dia kerja?”

“Kat bangunan Chinese Chamber, Jalan Ampang tu! Menyesal betul aku lepaskan dia. Aku nak pergi tengoklah kat tempat tu!” Sebenarnya tak sampai lima minit pun aku memandu dari rumah ke restoran yang dimaksudkan. Sampai di hadapan restoran aku tengok ramai orang. Ada majlis perkahwinan sepasang pengantin Cina. Orang Melayu pun ada juga.

Lama juga aku menunggu dalam kereta, baru Ojet talipon. Katanya dia habis pukul 12 nanti.

“Ong tengah susun-susun pinggan, kejap lagi. Tapi kalau mak tak dapat ambik Ong tak pa lah. Nanti Ong balik dengan Arfah.”

“Mak dah ada depan restoran ni!”

“Okeylah!” Lama juga aku menunggu Ojet dalam kereta di depan restoran tu. Sambil tu bermacam-macam yang berlegar dalam kotak fikiran ku. “Ya Allah! dijauhkanlah segala yang buruk-buruk.

Tok! tok! lamunan aku terhenti. Di luar Ojet mengetuk cermin pintu kereta. Nampak wajahnya baru senang hati.

”Macam mana?”

“Ok! seronok. Cina kahwin tadi. Orang tu kata nanti kalau nak guna pembantu dia nak panggil Ong lagi!” Aku diam. Belum pasti sama ada aku akan benar lagi ke tidak!

Sunday, January 9, 2011

Ha! dah pukul 12.00 tengah hari...

(Anak saudaraku Nina (berkaca mata) dan Nabella.)

Irama deringan telefon genggam yang aku letakkan tepi bantal mengejutkan tidur. Dalam hati merungut, “siapalah yang menalipon pagi-pagi minggu ni. Aku nak tidur tinggi hari sikit pun tak boleh.”

“Mak Anis, ini Anisah ni!”

“Hmmm....”

“Saya nak tanya, macam mana nak keluarkan tart yang dalam acuan ni..”

“Terbalikkan dan ketuk sikit dengan sudu.”

“Saya dah buat, tapi tak mahu... Saya tengah cuba buat tart dalam acuan kecik ni.”

“Bolehhh, ketuk-ketuk banyak kali...”

“Ha ok! Terima kasih!”

Ooo Anisah rupanya, Minggu sudah dia datang belajar buat tart. Pagi ni dia beritahu dia tengah mencuba resipi yang aku beri.

Aku sambung tidur lagi, sedar-sedar dah pukul 12.00 tengah hari. Huh! gila punya tidur sampai tengah hari tak sedar. Kain baju tak berbasuh. Rumah berselerak. Memang aku penat, semalam seharian aku berjalan dengan anak-anak saudara di Shah Alam.

Lepas pendaftaran Aliff di kolej PTPL kami round-round sekitar Shah Alam sekejap. Sempat juga singgah di litar go-kart. Lepas tu kami makan di Plaza Alam Sentral dan beli durian. Pagi ni (eh! tengah hari) aku rasa pening-pening sikit! Tak tahulah sama ada sebab makan durian atau bangun tidur tinggi hari.
(Sempat juga beli kasut di satu kedai di Plaza Alam
Sentral. Kakak ipar tolong bayarkan. Terima kasih kak
tolong bayarkan harga kasut ni!"

Wednesday, January 5, 2011

Cheese tart lagi...

Sebenarnya 'aktiviti dapur' ni dah lama aku tinggalkan. Kira-kira lama jugalah, agak-agak ada tiga tahun. Tapi sejak akhir-akhir ni kembali aktif. Dah tak ada apa nak buat. Nak berenang tak ada kawan. Anak-anak sibuk dengan study dan aktiviti mereka sendiri dan aku selalu kesorangan.

Dari duduk-duduk saja tak buat apa-apa baik aku buat tart. Galakan dari anak-anak dan kawan-kawan tu yang membuatkan aku seronok melakukannya. Dan dapat juga pendapatan sampingan. Terima kasih semua!

Cheese tart ni buat Mislina. 30 biji di bahagi
dua dengan jiran sebelah rumahnya. Mislina
suka yang
garing dan dia siap bawa bekas sendiri
dari rumah. Katanya dia naik motor jadi senang
nak bawa. Terima kasih ye awak!

Monday, January 3, 2011

Dah tak ke sekolah lagi....

(Hanisa dan Ojet belajar buat tart.)


(Ini fruit tart Hanisa.)


(Blueberry cheese tart untuk Lin. Terima kasih Lin.)


Heh! Tahun baru dah! Mulai tahun ni tak ada lagi aku berulang alik ke sekolah menghantar anak-anak. Ojet dah tamat tingkatan lima dan tengah tunggu result SPM. Abang sedang menghabiskan foundationnya satu semester lagi sebelum berangkat ke UK.

Bila di hitung kembali ada sebelas tahun aku berulang alik ke sekolah. Bermula dari abang masuk tahun satu pada tahun 1999 sehinggalah Ojet tamat tingkatan lima tahun 2010.

Nampak ibu bapa menghantar anak-anak tahun pertama sekolah aku teringat kisah menghantar abang masa mula-mula masuk sekolah. Masih segar lagi diingatan dengan kata-katanya pada hari pertama aku bawa dia ke sekolah. Dalam kereta dia cakap, “Mak nanti abang nak kawin dengan Amalina.”

Ha.. ha.. Bukan dia cakap tentang cita-cita nak jadi cikgu ke, doktor ke tapi dia bercita-cita nak kawin dengan kawan satu tadikanya.

“Heh!, belajar dulu pandai-pandai, kalau tak pandai Amalina pun tak nak kan abang!”

Dan alhamdulillah! syukur, tak sia-sia nampaknya usaha aku berulang alik kesekolah. Setakat ini abang sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Paling terbaru dia dapat four flat dalam foundation semester pertamanya.

Dan bila aku tanya, masihkah dia bercita-cita untuk kahwin dengan Amalina, abang cuma senyum je!


(Blueberry cheese tart untuk Odi. Terima kasih Odi.)