Friday, August 23, 2019

Telekung Pula Hilang Di Belgium...

(siri jalan-jalan Europe 17)

Selamat sampai di Belgium ketika jam di tangan menunjukkan pukul 8.00 malam. Cahaya matahari masih kelihatan. Kami di beritahu waktu maghrib pada pukul 8.46 malam.

Pemandangan dari balkoni bilik. Masih cerah
walaupun sudah pukul 8 malam.

Dari pintu kamar kelihatan kerdipan lampu-lampu
dari rumah penduduk sekitar...

Perjalanan hari ini 'panjang'  dan begitu meletihkan. Dari Titisee Lake Jerman, masuk semula ke Perancis. Kemudian singgah pula di Luxembourg. Penatnya usah cerita walaupun duduk saja dalam kenderaan melihat keindahan bumi Eropah. Mata juga jadi letih.

Dapat saja kunci mak bergegas ke pintu lift untuk ke bilik... dan menghempas diri di katil... dan bergolek-golek sambil menggeliat... meluruskan pinggang serta memejamkan mata. Suasana amat sunyi sekali.

Dalam ingatan terbayang wajah anak-anak yang di tinggalkan jauh di tanahair. Entah apalah yang mereka lakukan sekarang ini. Subuh kot kat Malaysia time gini... Mak capai talipon dan cuba bervideo call dengan adik yang kini menetap di Connecticut, Amerika.

Alhamdulillah! dapat... dan kami berbual sambil bergelak ketawa. Sesekali terdengar suara suaminya Daryl menyampuk perbualan kami... "jangan lupa makan coklat, curos dan waffle Belgium!" Ya, esok aku cari!

Hilang sedikit rasa penat, mak buka beg dan cari tuala. Kemudian ke bilik air membersihkan diri. sambil tu sudah plan... lepas mandi nak solat jamak maghrib dan Isyak. Kemudian makan.

Waktu hendak sembahyang itulah baru perasan, beg yang berisi telekung dan make-up tidak ada. Puas fikir... tertinggal di mana.... di restoran Turki di Luxembourg ke?... Tak mungkin sebab bila belek2 gambar dalam phone masa berfoto depan pejabat mayor Luxembourg siang tadi, beg itu masih di tangan.

Kemudian mak turun ke lobby hotel dan cari pemandu kenderaan kami... dan sama-sama ke kenderaan yang di parkir di kawasan letak kereta. Cari beg tu. Tapi tak jumpa. Katanya... dia dah kemaskan semua tapi beg tu mmg tak ada.

Time tu memang mak rasa down. Besok macam mana. Bedak, lipstik, cream muka dan sunblock semua ada dalam beg yang hilang tu.

8 comments:

  1. Sedihnya barang tertainggal...mood mesti merudum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Telekung tu boleh pinjam ngan kawan bila nak solat tp make-up tu mmg saya cerewet sikit. Tak lalu nak tenyeh kat muka lebih2 lagi lipstik.

      Delete
  2. tak best kan kalau barang2 hilang/tertinggal..kena beli lain lah nampaknya..kena tunggu citer seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak beli kat mana. Malam2 kedai2 dah tutup. Hotel plak jauh dari kawasan2 perniagaan lain. Mmg saya tak boleh nak buat apa dah. Frust... bilik kawan2 lain pun tak tahu kat mana. Saya tido sorang je dlam bilik tu.

      Delete
  3. alahai..tercicir atau tertinggal barang masa travel memang boleh buat hilang mood.. kena sabar yg tinggi..

    ReplyDelete
  4. Kalau barang hilang memang mood pon akan berubah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... terutama barang2 make-up tu... rasa kurang lawa bila kluar dikhalayak bila tak berbedak.. hehe.

      Delete