Wednesday, August 28, 2019

Hanya Semalam Di Belgium...

(catatan siri jalan-jalan Europe 18)

Subuh terdengar ketukan di luar bilik. Mak bergegas lari ke pintu dan buka. Kawan mak datang sebab dah pesan dengannya semalam tolong kejutkan mak. Sebelum tidur memang mak risau sangat kalau tak terjaga waktu subuh. Bateri talipon memang dah kosong. Pengecasnya ada bersama dalam beg telekung dan make-up yang hilang.

Bersiap ala kadar saja... tanpa berbedak dan bergincu mak turun ke cafe untuk bersarapan. Pagi ni perasaan mak kelat. Keyakinan diri itu kurang. Rasa kurang lawa dengan wajah yang pucat tanpa di touch-up dengan solekan.

Mak duduk sendirian di satu meja bila sepasang suami isteri datang dan duduk di meja sebelah. Orang Malaysia. Kemudian si isteri tegur mak dan tanya... "kenal ke dengan orang yang punya beg ni... dia tunjuk beg dan kad nama yang ada dalam beg tu...

Spontan mak terjerit kecil dan jawab... "itu saya punya!" Sukanya waktu tu tak terucap. Beg yang hilang yang buat mood mak down sepanjang malam di jumpai semula. Dan si isteri pun beritahu macam mana beg itu ada padanya.

Ada seseorang memberikan padanya masa di lift petang semalam. Ya baru mak ingat... waktu nak naik ke bilik petang semalam suasana agak kelam kabut sikit. Agaknya waktu itulah beg telekung dan make-up mak tercicir. Mood yang muram jadi ceria... baru rasa nak ambil sarapan.

Strawberry bersalut coklat antara hidangan pagi yang di sajikan.

Sarapan pagi di hotel yang mak inap meriah. Ada strawberry bersalut coklat dan bermacam-macam lagi yang sudah semestinya menjadi hidangan utama kerana Belgium terkenal dengan coklatnya yang bermutu tinggi.

Susunan makanannya pun agak 'teratur'. Yang halal dan tak halal di letakkan berasingan. Tidak seperti cafe di hotel-hotel yang mak dan rakan-rakan inap sebelum ini. Susunannya bercampur-campur. Dan mak di beritahu, ramai pekerja di hotel ini beragama Islam. Malah hampir tujuh puluh peratus rakyat Belgium beragama Islam. Itu dari apa yang di beritahu pada mak.

Kemas... roti, bijirin, buah-buahan dan butter.

Sebelum meninggalkan Belgium mak memotretkan kenangan
di Hotel Charleroi Van Der Valk yang terletak di daerah Gosselies.

Selepas sarapan mak bergegas semula ke bilik. Mengemaskan barang-barang dan mengoles wajah dengan cream muka, bedak dan lipstik. Sebelum meninggalkan bilik mak pastikan betul-betul semua barang milik mak ada bersama.

Hanya semalam saja mak dan rakan-rakan di Belgium. Pagi ini sebelum ke destinasi negara seterusnya, kami akan melawat atomium di dataran Heysel, taman mini Europe dan Grand Place.

12 comments:

  1. Alhamdulillah... Dpt balik barang sendiri memang suka yaaa amat😁
    Sib baik ade yg baik hati... Kat negara orang plak tue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg suka sgt dpt balik barang... makeup tu yg penting sgt tu.... hahaha.

      Delete
  2. hahaha nasib baik awal pagi mood dah okey... hati2 ye mak jauh berjalan kat tempat orang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah! Lepas ni mak akan lebih berhati2.

      Delete
  3. Alhamdulillah jumpa balik ye beg tu..syukur..mood mak pun berubah ceria..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... klau tak mmg tak syoklah nak berjalan-jalan.

      Delete
  4. Alhamdulillah, dapat balik beg..ramai gak orang Malaysia duduk kt hotel tu..

    Alhamdulillah, agama Islam tersebar luas di Eropah, ramai imigran dari negara2 Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel ni dekat dengan airport nohas.

      Ya... saya pun terkejut juga bila salah sorang pekerja cafe hotel tu cakap dia muslim.

      Delete
  5. Alhamdulillah..dapat balik beg yg hilang..baru boleh seronok balik kan kak..hihii

    ReplyDelete
  6. Okey
    Khatam semua post
    Best giler ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok! So lepas ni saya bagi soklan dari siri jln2 europe ni boleh jawablah hehehe... hadiahnya sekeping fridge magnet.. tungguuu sapo copek dio dapek...

      Delete