Wednesday, August 21, 2019

Singgah Makan di Luxembourg...

(catatan siri jalan-jalan Europe 16)

Kesesakan lalulintas dalam perjalanan pulang dari Tasik Titisee, Jerman.

Badan dah mula rasa penat dan lesu. Perjalanan dari satu negara ke satu negara mengambil masa tidak kurang dari sembilan jam. 

Mak tinggalkan bumi Jerman dengan perasaan yang berat. Dalam hati masih rasa tak puas... kalau boleh ingin 'mengembara' jauh lagi di negara ini. Dari sudut mata mak Jerman begitu menarik untuk di lawati. Tapi apakan daya, mak dalam kembara bajet. 

Dari titisee lake Jerman, mak dan rakan-rakan meneruskan kembara menuju ke Belgium. Seperti perjalanan sebelum ini, mak menyaksikan kawasan pertanian yang luas sepanjang lebuhraya. Ada ketikanya kelihatan sekumpulan rusa liar berkejaran di kawasan ladang berkenaan. 

Bagi mak dan rakan-rakan pemandangan begitu memang asing. Sayangnya kamera yang kami bawa tidak memiliki peralatan canggih untuk merakam situasi itu dalam jarak jauh. Mentelahan pula dengan kelajuan kenderaan yang kami naiki mustahil dapat merakamkannya cuma dengan kamera dari talipon.

Kenderaan semakin banyak ketika menghampiri sempadan Perancis.

Melintasi sungai Rhine sempadan Perancis dan Jerman.

Dari Jerman mak dan rakan-rakan masuk semula ke Perancis. Dan kenderaan yang kami naiki dipandu melalui kawasan pinggir Perancis sempadan Jerman menuju ke Belgium. 

Oleh kerana perjalanan mak dan rakan akan melalui Luxembourg yang bersempadan dengan Jerman, Perancis dan Belgium kami sepakat singgah di Luxembourg city untuk makan tengahari dan solat.

Hampir lima jam perjalanan dari Titisee Lake Jerman akhirnya sampailah di Luxembourg. Sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk sekitar setengah juta orang. Kerana saiznya yang kecil, Luxembourg adalah ibukota juga negara yang mempunyai nama yang sama. Maksudnya ia negara dan ia juga ibu negeri.

Sinar mentari memancar terang sebaik kami turun dari kenderaan yang di parkir di kawasan berhampiran Gëlle Fra. Suasana di Luxembourg city lengang dan tenang sekali. Tiada kesesakan traffic malah jalan-jalan di sekitar bandar ini sunyi dari kesibukan lalulintas. 

Dan kami memilih sebuah restoran Turki di lorong Rue Chimay untuk makan dan menumpang solat.

Seperti negara-negara Eropah lainnya, Luxembourg juga di penuhi bangunan-bangunan bersejarah. Malah filem Harry Porter turut memilih Luxembourg sebagai lokasi pengambaran. Dan menurut satu kajian pada tahun 2011 Luxemborg merupakan negara atau bandar paling selamat untuk di duduki.

Tugu peringatan perang Gelle Fra.

Simbol penyatuan... jambatan Adolphe di tengah-tengah Luxembourg 
City. Di bina antara tahun 1900 dan 1903 gabungan senireka Paul Sejourne 
seorang rakyat Perancis dan Albert Rodange dari Luxembourg.

Mak di hadapan pejabat Datuk Bandar Luxembourg.

Kambing panggang. Harganya 12 euro... Makanan tengahari 
mak di Luxembourg. 

Mak dan rakan-rakan tidak lama di Luxembourg. Usai makan dan solat kami bergegas semula ke kenderaan untuk meneruskan perjalanan ke Brussel, Belgium.

6 comments:

  1. Replies
    1. Best ke tak tu bergantung pada diri masing2 tp pada saya seronoklah. Negara2 dlm benua eroupe ni mmg cantik.

      Saya dulu pun gitu... tgk snow... musim bunga... autum mcm diruntun2 hati nak pergi merasai... Alhamdulillah! sampai juga kehendak hati.

      Delete
  2. rasa tak puas tu mmg selalu hadir kalau gi tempat2 yg cantik..rasa nak berlama-lama meneroka yg lain2..

    kambing panggang..sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duit banyak mau je duk sebulan kat situ... hehe.

      Kambing panggang tu kenalah dgn selera saya.

      Delete
  3. Replies
    1. Ya.. tp saya suka pi negara2 western cik bunga.

      Delete