Sunday, August 4, 2019

Misteri Black Forest ...

(catatan siri jalan-jalan Europe 14)

Pagi datang lagi dengan senyuman si sang mentari. Menyapa mesra dengan hangat sinarnya. Terasa nyaman dan segar. Ketenangan pagi si Weil Am Rhine mengusik jiwa. Seolah berseloka mengucapkan selamat jalan pada mak dan rakan yang akan meninggalkannya pagi ini.

Mak heret beg pakaian yang kian sarat dengan pelbagai cenderahati ke tempat kenderaan yang di letakkan jauh dari hotel penginapan. Perjalanan mak di benua Eropah telah menempuh empat negara. Hari ini sebelum meneruskan ke destinasi seterusnya... dan dengan persetujuan rakan-rakan kami merancang untuk ke Titisee Lake, Jerman.

Pokok-pokok belum lagi mengeluarkan daunnya 
kerana musim sejuk baru saja berlalu.

Rasa lapang dan tenang menyaksikan keindahannya.

Landasan keretapi bersebelahan dengan jalan raya.

Perjalanan menuju ke Titisee amat menarik. Walaupun yang kelihatan cuma bukit-bukit dan pokok-pokok tapi pemandangannya sungguh cantik. Kenderaan yang mak naiki melewati satu kawasan yang di panggil Black Forest atau Schwarzwald dalam bahasa Jerman.

Sedang leka melayan pemandangan yang cantik tiba-tiba kenderaan yang mak naiki terasa perlahan benar pergerakkannya. Kenderaan di hadapan juga begitu malah sudah berderet-deret... Di tanya kenapa... rupanya kami sedang melewati kawasan penempatan penduduk. Pemandu kenderaan di wajibkan memperlahankan kenderaan mereka... cuma 30 km/j.

Saat itu serta merta timbul rasa kagum mak pada setiap pemandu kenderaan yang melalui kawasan ini... betapa mereka begitu patuh pada syarat yang di wajibkan penduduk untuk mereka menggunakan jalan tersebut.

Semua kenderaan bergerak perlahan saat melalui kawasan ini.

Seperti namanya... Black Forest merupakan kawasan hutan tebal, redup dan gelab... dan tidak ditembusi cahaya matahari. Kerana situasinya yang begitu ia dikatakan misteri dan banyak menyimpan kisah-kisah dongeng yang menjadi inspirasi untuk koleksi buku Brothers Grimm seperti Hanzel & Gretel, Rapunzel, Snow White, Cinderella, The Frog Pince, Sleeping Beauty dan banyak lagi... malah menurut ceritanya di hutan ini juga didiami oleh seorang ahli sihir.

Malah banyak mitos dan kisah-kisah lagenda yang di kaitkan dengan Black Forest ini.

Antaranya tentang kisah seorang kesatria dari Kastil Falkenstein telah pergi ke lembah Hollental yang terletak dalam kawasan Black Forest untuk mencari rusa. Kemudian dia ternampak seekor rusa berwarna putih lalu mengejarnya hingga ke jurang Hirschsprung... kerana ketakutan dan untuk menyelamatkan diri, di katakan rusa tersebut telah melompat melepasi jurang Hirschprung selebar sembilan meter.

Dan untuk memperingati tentang kejadian itu satu tugu rusa telah di dirikan di selekoh atas tebing tinggi antara Breitnau dan Buchenbach. Setiap pengguna jalan raya yang melalui jalan ini boleh melihatnya.

Laluan jalan raya yang melintasi kawasan Black Forest.

Jurang Hirschsprung... kelihatan tugu rusa yang di dirikan 
sebelah kanan. Diceritakan di situlah rusa tersebut melompat 
melintasi jurang ini hingga ke tebing di sebelah kiri.

(nota mak: terima kasih Dr. Jamaluddin yang berkongsi foto-foto sepanjang laluan di Black Forrest.)

6 comments:

  1. Byk kisah legenda Black Forest...teringat kek black forest..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... dlm siri buku Harry Potter pun ada menceritakan ttg Hutan Gelab... mungkin penulis buku tersebut dapt inspirasi dari black forest ni jugak kot...

      Kek black forest sedap!

      Delete
  2. Black forest... Memang banyak citer nyer🌲🌲🌳🌳

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... selain dari cerita dongeng dan seramnya... asal usul jam cuckoo pun dari sini jugak.

      Delete
  3. bestnye dapat pegi eropah
    nenguk gambar pun jadilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya benua Eropah cantik sebab itu saya menyimpan hasrat utk berjalan di sini.

      Delete