Thursday, July 25, 2019

Teruja menyeberangi Jambatan Tiga Negara...

(catatan siri jalan-jalan Europe 13)

Bersiar-siar di atas Passerelle des trois pays atau 'jambatan tiga 
negara' menghubungkan Huningue dengan Weil am Rhein.

Hampir senja waktu mak dan rakan kembali semula ke Weil Am Rhine, Jerman tempat kami menginap. Dalam hati seperti tak puas menyaksikan keindahan Switzerland.

Seperti ketika di tinggalkan... suasana di Weil Am Rhine memang lengang. Kenderaan pun tak banyak yang lalu lalang. Mungkin penghuninya keluar bercuti ke tempat lain memandangkan ketika ini musim panas.

Melihatkan cuaca yang cantik, mak dan rakan mengambil peluang itu untuk bersiar-siar di atas jambatan yang menghubungkan Jerman dan Perancis.

Oleh kerana ia menghubungkan dua negara, Perancis dan Jerman, dan berhampiran Switzerland maka ia dinamakan 'jambatan tiga negara'  atau Passerelle des Trois Pays dalam bahasa Perancis.

Dari atas jambatan kelihatan pelabuhan yang terletak di Basel-Kleinhuningen, Switzerland. Penduduk di ketiga-tiga negara ini bebas ke luar masuk tanpa sekatan... malah pelancong juga.

Panorama petang yang indah dari atas passerelle des trois pays... 
Kelihatan pelabuhan Basel-Kleinhuningen, Switzerland.

Tanda sempadan Jerman dan Perancis yang diletakkan atas 
jambatan di tengah-tengah sungai Rhine.

Kelihatan kapal kargo yang belayar dari pelabuhan Basel, Switzerland.

Ketika melalui passerelle des trois pays suasananya sungguh indah dan mendamaikan. Udara terasa segar. Aliran air sungai Rhine nampak begitu tenang sekali. Kelihatan juga beberapa buah kapal kargo dan kapal persiaran belayar dari arah Basel Switzerland. Ketika ini matahari masih lagi memancarkan sinarannya.

Mak leka dengan keindahan petang di atas passerelle des trois pays. Keterujaan mak dan rakan membawa kami terus ke Huningue, Perancis. Sebuah bandar lama dan merupakan kubu pertahanan dalam beberapa siri peperangan hingga membawa terbinanya passerelle des trois pays pada tahun 2007. Antaranya berkaitan dengan pertikaian mengenai hak memancing antara Huningue dan Kleinhüningen.

Kini Huningue terkenal dengan pisciculture dan merupakan pengeluar utama telur ikan.

Untuk waktu yang begitu terhad sebelum kembali semula ke Weil Am Rhine, kerana persekitaran telah gelab mak dan rakan mengabadikan beberapa keping foto di Abbatucci square. Abbatucci mendapat namanya dari Jenderal Abbatucci yang terbunuh kerana mempertahankan Huningue.

Senja di Abbatucci Square,Huningue, Perancis.

Berfoto dan mengabadikan kenangan di Abbatucci Square.

Menikmati suasana petang di Huningue, sebuah bandar 
dengan senibina lama di Perancis yang masih terpelihara.

10 comments:

  1. bestnya..jalan kaki ronda2 3 negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik tempat ni nohas... terutamanya Huningue. Ada mcm2 aktiviti boleh dilakukan klau melancong ke sini. Sungai2nya cantik dan boleh berkayak pada yg suka. Tp saya pergi dah nak mlm. Takde apalah.

      Delete
  2. Teringin nak jejak kaki kat sane🌹🌹
    Tenang dan damai jer kan 3 negara itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, apalagi cik bunga... carilah masa dan peluang melancong ke sana...

      Delete
  3. Seronoknya berjalan hingga ke Switzerland...
    Negara indahkan..
    Subahanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Yati... mmg seronok menyaksikan pemandangan yang cantik2 di sana.

      Delete
  4. pengalaman yang sangat menarik...

    mesti best kalau merantau dan melihat negara lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Tuan Hanafi, banyak pengalaman yang dapat di kutip dan kenangan yang di gendong utk di bawa pulang ke tanah air.

      Delete
  5. Salam rindu k.sweetie..lama kita berhibernasi kan..hihi. akak pekabo? Bestnye jln2 mkn angin ye. Saya bizi sebulan dua ni uriskn anak no 3 & 4 (bongsu) msk kolej. Hmm fenin kak..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ina... saya sihat. Ya saya mengembara bersama rakan-rakan ke benua Europe barat.

      Owh! masih ada lagi yang menuntut. saya dah settle semua, dua anak-anak dah bekerja.

      Delete