Monday, July 15, 2019

Panorama Lucerne yang mengasyikkan...

(catatan siri jalan-jalan Europe 12)

Puas menggelongsor dan berfoto atas hamparan salji di puncak Titlis. Usai solat di tepi excalator stesen cable car, mak tinggalkan Engelberg dan Titlisnya dengan segendong kenangan manis yang bakal di bawa pulang bersama ke tanahair.

Dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan di Weil am Rhein, Jerman. mak dan rakan singgah di Lucerne. Sebuah bandar yang terletak di pinggir tasik Lucerne di mana airnya keluar ke sungai Reuss yang mengalir di tengah bandar Lucerne.

Deretan pelancong mengambil kesempatan berehat-rehat 
di tepian tasik Lucerne.

Tasik Lucerne yang sangat jernih airnya hinggakan 
nampak ikan-ikan berenang di dalamnya.

Ketika mak dan rakan sampai di Lucerne cuaca agak panas. Kelihatan ramai pelancong duduk di pinggir tasik... berfoto dan menyaksikan panorama bandar Lucerne yang begitu mengasyikkan... di kelilingi banjaran gunung dan tasik yang jernih airnya dengan ikan-ikan dan itik bebas berenang di dalamnya serta burung-burung riang berterbangan.

Memandangkan harga barang seperti handbag, jam tangan, coklat termasuk key chain dan fridge magnet begitu mahal di Switzerland mak simpan saja duit. Dalam tangan cuma ada 200 swiss franc (CHF). Rasa sayang nak belanjakan.

Ada tidaknya mak cuma beli fridge magnet sebagai kenang-kenangan. Selebihnya masa yang ada mak gunakan kesempatan itu untuk bersiar-siar di atas chapel bridge sambil menunggu rakan mak berbelanja di kedai jam.

Lucerne menjadi tarikan pelancong kerana chapel bridgenya... iaitu satu-satunya jambatan kayu tertua di Eropah.

Di bina menyerong merentangi Sungai Reuss pada abad ke-14 ia berfungsi menghubungkan bandar lama di tebing kanan sungai Reuss ke bandar baru di tebing kiri. Uniknya jambatan ini kerana ia di hiasi beberapa lukisan yang di hasilkan sejak abad ke-17. Namun kebanyakan lukisan tersebut musnah dalam satu kebakaran pada tahun 1993.

Terdapat juga Wasserturm atau menara air yang tingginya 34.5 meter. Dahulu menara air tersebut digunakan sebagai penjara, ruang penyiksaan dan kemudiannya di jadikan sebagai arkib perbandaran Tetapi kini ia telah ditutup kepada orang ramai dan pelancong.

 Di belakang adalah jambatan kayu chapel/kapellbrücke yang
di bina menyerong merentangi Sungai Reuss

Chapel bridge dan menara air merupakan simbol bandar
Lucerne dan tarikan utama pelancong.

(nota mak: Di Lucerne juga dibina satu monumen singa atau lion monument yang seolah-olah bersedih untuk memperingati pengawal Swiss yang dibunuh ketika Revolusi Perancis di Tuileries Palace, Paris. Ketika rakan mak pergi melawat monumen tersebut, mak cuma menunggu di tempat letak kenderaan.)

8 comments:

  1. CANTIK SUNGGUH PANDANGAN LUCERN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak PI, Berangin dan menghayalkan bila duduk-duduk di pinggir tasik tu.

      Delete
  2. Cantik ler nyeee..dpt ke idok ke sini ek.

    ReplyDelete
  3. bersiar-siar, melihat & ambik gambar tmpat cantik, lagi best dari shopping..rugi ya lukisan2 antik semua habis terbakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nohas, bila melancong tempat mahal-mahal gini mmg saya simpan je duit. Dlam matawang dorang duit tu nampak kecik je, tpi bila diconvertkan ke RM.. berbintang mata...

      Ya, sayang, cuma adalah tinggal satu dua...

      Delete
  4. Pokok tinggai ranting pun lawa kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... tapi rasanya pokok tu mmg gitu rupanya... kalau tak silap yg macam ranting hujung2 tu bunganya. Time saya sampai ni europe dlm musim panas. First day sampai London tu banyak saya jumpa pokok ni sepanjang jalan ke hotel.

      Delete