#misiturunkanberatbadan
#kisahjiran
Beberapa minggu ni badan tak beberapa sihat. Dua minggu sudah aku tiba-tiba di serang sakit kepala yang teramat sangat. Tak dapat nak gambarkan bagaimana kesakitannya yang terpaksa aku tanggung ketika itu. Yang terlintas dan terbayang dalam fikiran... mungkin 'saat' ku telah tiba.
Peluh dingin membasahi seluruh tubuh. Aku letakkan kepala atas pangkuan kakak sedang adik perempuan serta Ojet kelam kabut menuam kepalaku dengan airbatu. Aku menangis menahan kesakitan... dan berpesan dengan kakak, sekiranya aku mati tolong jagakan abang dan Ojet. Sayup-sayup dengar kakak aku cakap, "mengucap dan ingat Tuhan."
Sehinggalah kehari ini... saat aku menulis coretan ini, denyutan kesakitan itu masih terasa. Tapi aku gagahi juga bangun dan bergerak melakukan kerja-kerja rumah. Dan menyiapkan tempahan tart.
My homemade blueberry cheese tart.
Ceritanya, sejak bertahun aku ambil tempahan membuat tart dan kek, belum pernah lagi
customer complain tentang harga. Dan aku amat percaya harga yang aku beri tu memang murah... sebab aku dah
survey harga dari peniaga lain juga harga di kedai-kedai kek. Malah ada dua orang pelanggan yang tiap kali buat
order dengan aku akan sentiasa bayar lebih dengan alasan untuk duit tol dan minyak aku menghantar pesanan mereka. Walaupun aku tak melalui tol pun. Mereka tu bekas rakan sepejabat aku dulu.
Dan ada seorang
manager sebuah bank yang juga pelanggan tart aku kata boleh naikkan sikit harga tu sebab katanya murah sangat... dan tanyanya... "boleh dapat untung ke?" Tapi aku tak sampai hati nak naikkan harga sebab memikirkan keadaan ekonomi orang sekarang macam mana. Pada aku dapat balik pusingan modal dan sedikit keuntungan sudah memadai.
Tapi bila seorang jiran aku ini kata tart yang aku jual tu mahal, aku terdiam kejap. Inilah pertama kali
customer cakap mahal. Dia minta kurang harga... padahal aku dah beritahu harganya awal-awal lagi sebelum dia buat tempahan. Itupun dia dah minta kurang 20 sen setiap biji... dan bila dia minta kurang lagi masa penghantaran tu aku cakap memang aku tak boleh kurangkan lagi harganya. Itupun aku cuma dapat balik modal dan untung sikit. Kalau aku beri dia harga yang diminta bukan saja untung malah modal pun lesap. Dahlah masa aku hantar tart tu ke rumahnya, dia pura-pura lupa pasal tempahan tu.
Nampak airmuka jiran ni tak puashati masa membayar pada aku. Sebelum aku bergerak meninggalkan rumahnya, sempat dia cakap.. "orang pencen.. kan selalunya banyak duit, Pergi melancong ke sana kemari..." Aku diam dan senyum terpaksa!
Dan sebaik aku sampai rumah dia hantar
WhatsAPP pada aku... tulisnya "duit sana sini apa guna kalau tak berkat.., duit ringgit dan reta banyak tak boleh bawak mati..., hidup mewah di dunia tapi miskin di akhirat..!" Astagfirullah! Ada juga manusia macam ni yer.
Bila dingatkan balik, memang aku menyesal berurusan dengan orang macam ni. Cukuplah sekali ini... lepas ini aku tak mahu lagi ambil tempahan dari jiran-jiran. Menyesal aku bila mengingatkannya. Dahlah masa memasak tu badan tak sihat... alih-alih ini pulak yang aku dapat.
(
nota mak: Mahu je aku jawab mesejnya tu begini, "Kalau dah tahu tak mampu, jangan nak berselera besar!" Geram tau! Tapi bila di fikirkan balik, tak perlu dilayankan orang macam ni. Buat apa nak panjang-panjangkan lagi. Anggap je dia macam katak bawah tempurung.
...dan ini pemberian dari seorang customer
yang kerap buat order malah tolong promote lagi dengan
kawan-kawan sepejabatnya. Terima kasih!)