Tuesday, April 4, 2017

Kisah tiga kenduri dan lauk hilang...

#misiturunkanberatbadan
#kisahjiran


Simple saja pelamin pengantin di hulu... 
sekadar untuk duduk berfoto-foto.

Kalau nak di listkan kisah kenduri kendara ni memang banyak. Asal niatnya memang baik. Menjemput saudara mara yang dekat dan jauh serta jiran-jiran berkumpul. Mengeratkan hubungan siratulrahim. Dulu-dulu time beginilah dapat berkumpul dan masak ramai-ramai bersama. Tapi sekarang ramai guna khidmat catering. Lebih mudah dan rumah kemas.

Apa yang aku nak cerita #kisah jiran kali ini tentang majlis keduri kahwin yang aku hadiri minggu lepas. Ada beberapa jemputan yang aku terima. Semuanya serentak pada hari yang sama. Tapi aku tak sempat memenuhi kesemuanya. Mana mungkin aku boleh hadir kesemua jemputan itu sebab lokasinya satu di hulu, satu di hilir, satu di darat, satu di baroh... dan setaman. (Aku andaikannya hilir, hulu, darat dan baroh untuk menggambarkan kedudukan undangan yang aku terima.)

Jemputan di 'hulu' majlisnya kecil-kecilan saja. Cuma majlis akad nikah di masjid. Pelamin yang di hias pun sekadar sebagai tempat untuk pasangan mempelai berfoto. Selesai akad nikah tetamu di hidangkan dengan makan tengahari di perkarangan masjid. Tak ramai jemputannya. Cuma kaum keluarga terdekat dan beberapa jiran tetangga. Hidangannya cuma nasi putih, sayur kobis dan ayam goreng berempah. Dan sedikit kuih muih... sedap dan dalam sedar aku makan banyak jugak. (mak terlupa diet). Lagipun perut tengah lapar.

Selesai majlis di hulu aku beransur ke jemputan majlis di 'hilir' yang di adakan di dewan besar di tengah-tengah bandar KL. Meriah dan berkonsepkan moden. Waktu aku sampai mempelai tengah bersanding. Ramai tetamunya dan seperti satu majlis reunion apabila kebanyakan tetamu yang hadir adalah bekas rakan-rakan sekolah tuan rumah. Hidangannya nasi beriani dan nasi putih. Ada kuih muih, cendol dan bubur. Sebab perut dah kenyang aku sekadar mengambil sesenduk nasi beriani dan acar saja.

Oleh kerana tetamu yang hadir kebanyakkan dari bekas rakan-rakan sekolah tuan rumah, aku perhatikan mereka ini seperti tak alert dengan tetamu yang lain. Duduk berlonggok di beberapa buah meja... tidak makan atau minum... dan berborak-borak saja tanpa menghiraukan ramai tetamu lain yang berdiri-diri sambil memegang pinggan makanan menunggu meja dikosongkan. Aku tak lama... selesai makan dan bertemu tuan rumah aku minta diri untuk pulang.

Aku tinggalkan undangan di darat dan baroh sebab aku dah tak larat lagi. Dengan cuaca yang agak membahang di tambah pula terpaksa mengharungi kesesakan lalulintas. Harap-harap tuan rumah memahami dan memaafkan ketidakhadiran aku ke majlis mereka.

Apa yang aku nak cerita ialah kenduri jiran setaman. Dengan jemputan seramai seribu orang... tuan rumah telah memasang khemah melewati dua belas pintu rumah jiran tetangga. Meriah sungguh. Setiap rumah-rumah jiran yang terlibat dengan pemasangan khemah di gunakan sebagai tempat acara. Bermula dengan rumah pertama sebagai tempat meletakkan barang-barang berupa cenderahati untuk tetamu.

Rumah jiran kedua pula di jadikan tempat candy bufet khas untuk kanak-kanak. Di hadapan rumah ketiga di bina pelamin untuk pengantin dan meja makan beradap. Set untuk karaoke pula di susun di porch rumah ke empat. Dan rumah-rumah selepas itu di jadikan tempat untuk meletakkan periuk-periuk makanan dan pengendali catering menyediakan hidangan.

Kemudian ada booth untuk kuih muih, bubur, kambing panggang, aiskerim, goreng pisang, kuetiaw goreng, apam balik dan banyak lagi. Aku tengok dah macam satu pesta dan festival makanan pulak. Maaf, aku bukan nak mengata tapi sebagai tetamu yang hadir suasana jadi agak kelam kabut dan bersesak-sesak dengan kebanyakan tetamu bersimpang siur ke sana kemari 'mencari makanan kegemaran' mereka. Kawasan pula agak sempit. Ini membuatkan tetamu yang duduk makan jadi tidak selesa.

Aku tengok isteri tuan rumah keletihan. Yelah nak melayan tetamu yang ramai. Kemudian si suami datang sebelah isterinya dengan muka masam dan agak marah-marah. Kebetulan aku berada dekat dengan mereka berdua, jadi aku pun pasang telinga jugak nak tahu kenapa... (maaf yer.... dah mak ni bekas wartawan pencen... hehehe..)

Rupanya-rupanya lauk banyak 'hilang' dan tak cukup. Si suami marah-marah sebab tempat periuk lauk-lauk di letakkan tak ada orang jaga. Ada beberapa orang jiran dah tapau siap-siap sebelum jemputan datang. 

Pada aku jiran sebelah menyebelah yang rumah mereka di gunakan untuk majlis adalah tuan rumah juga. Kerana percayakan merekalah tuan rumah telah mengamanahkan untuk menjaga lauk-lauk yang bakal dihidangkan untuk tetamunya yang hadir. Sepatutnya mereka dahulukan tetamu jemputan. Lagipun selalunya selesai majlis, bila ada makanan lebih tuan rumah akan bungkuskan untuk jiran-jiran yang terlibat dengan majlis. Akhirnya majlis yang sepatutnya menjadi memori manis jadi sebaliknya. Hubungan dengan jiran-jiran sepatutnya jadi lebih akrab tapi akhirnya bermasam-masam muka pulak dan terbuku dalam hati.

(nota mak: Tak paham betul aku dengan perangai orang yang suka menapau ni. Dah orang tu ajak makan bawah khemah sama-sama, makan jelah banyak mana yang boleh, Lagipun depan rumah sendiri... ulang je berapa kali pun. Ini tidak ceduk berbesen-besen bawak masuk rumah. Tak malu ke buat perangai macam tu sampai tetamu orang tu datang makan nasi tanpa lauk. Anyway mak hilang 1 kg lagi.)

21 comments:

  1. Kesian tuan rumah kan sweetie..kalau majlis dah selesai tuan rumah pun pandai nak bagi jiran

    ReplyDelete
  2. pergh sweety besar2an sungguh majlis dorang ya kalau dah merangkumi 12 rumah.
    Yalah kesian tuan rumah ,sepatutnya jiran2 prihatin dengan keadaan .Rasanya tak perlu menapau kalau dah kata berjiran tu pasti ada lah pemberian tuan rumah kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan rumah menerima menantu pertama Saniah, itu yang buat besar-besaran.

      Sepatutnya begitulah, selesai kenduri selalunya akan ada bahagian untuk jiran2 yg membantu.

      Delete
  3. CB dtg baca kat sini ;)
    memang ade joran yg cam gitu. sabau jer kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kok iye pun tunggu-tunggulah dulu... sampai majlis selesai.

      Delete
  4. meriah nya kenduri sampai 12 pintu pasang khemah...

    ReplyDelete
  5. kenduri setaman tu boleh bayangkan kelam-kabutnya, mesti ramai beratur nak ambik kambing panggang & aiskrim..hihi..

    Menapau utk dinner pulak..hihi..berdosa kan kalau tuan rumah tak halalkan..nauzubillah. kenduri kat surau pun mcm tu jg, asingkan siap2 utk bawa balik rumah sedangkan kenduri blm start lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg besar kendurinya... terima menantu pertama.

      Org skrg bercakap pasal halal haram bukan main lagi... tp tulah cakap je tp diri sendiri pun tak dapat hadam mcm mana yg dikatakan halal dan haram tu.

      Delete
  6. kalau kami pegi kenduri, x suka tapau menapau ni. kecuali pihak tuan rumah dah siap tapaukan, kenalah terima kan. rezeki tu... tp sy lg suka suasana kawen d kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nour... dapat makan di majlis tu pun dah cukup. Kadang2 org ni tapau je tp balik rumah bukan dimakannya... lg pun ambik banyak2 boleh habis makan ke.

      Delete
    2. Kan dah membazir tu. Kalau kat rumah ada kucing atau ayam, boleh juga bagi makan dorang. Kalau takda? Dibuang begitu saja la jawabnya kan

      Delete
  7. Dah lama saya tak dengar perkataan baroh. Are u from johor and which part?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No.. I'm not from Johor. Tp biasa jumpa perkataan tu dalam buku2 sastera lama dan saya faham maksudnya.

      Delete
  8. Samalah kita Sweetie, tak suka perangai orang suka manapau ni.. Pendapat LZ mereka ambil tanpa izin (kalau dengan izin tentu takde kejadian 'lauk hilang').. Malulah..

    Beza sangat kenduri dengan di hulu dan di hilir.. Pendapat LZ, seelok-eloknya amalkan sikap sederhana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul LZ bersederhana dalam apa jua perkara itu lebih baik lebih2 lagi dalam suasana ekonomi dan barang2 mahal sekarang. Tapi apapun bergantunglah pada kemampuan masing-masing kan.

      Delete