Saturday, April 8, 2017

Mengejutkan seisi rumah...

#misiturunkanberatbadan
#kisahjiran

Hujung minggu ni ketepikan diet dan tinggalkan jogging. Tiba-tiba datang selera nak makan nasi biryani yang di buat sendiri. Terpandang pula gambar nasi biryani yang di post oleh 'jiran' FB dan Instagram. Bila teliti bahan-bahan terutama beras basmati yang memang ada dalam kabinet dapur aku pun decide nak try resipi ni.

Apapun ada jugak perubahan yang aku buat. Empunya resipi guna periuk noxxa tapi aku guna periuk biasa. Lagipun 1 kg beras tu banyak sangat untuk hidangan di rumah aku... jadi aku ubah kuantitinya bukan resipinya. Tak salah kan?


Inilah rupanya nasi biryani pakistan yang aku 
masak. Sebenarnya aku tak ikut pun tips mengacau 
nasi yang diberikan. Kekok nak menggaul nasi 
seperti yang sarankan.


Biryani Pakistan
(Sumber asal resepi dari blog kak Noor)

Bahan Untuk Perapan Ayam:
1-2 kg ayam (drumstick or thigh or keduanya sekali)
1 inci halia parut
3 ulas bawang putih parut
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam untuk perasa

Cuci bersih ayam dan perahkan sedikit lemon untuk mewangikan ayam. Perap selama 1 - 2 jam .

Bahan untuk tumisan.


Bahan Untuk Nasi Biryani:
1 kg beras basmathi
60 gm rempah Bombay Biryani Masala (1 paket)
1 cawan yogurt
1 batang kulit kayu manis
Beberapa biji bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
3 labu bawang besar di dadu kecil
4-5 biji tomato di dadu kecil
Secukupnya daun pudina
Secukupnya daun ketumbar
Secukupnya cili hijau di potong dua
Sedikit safron
Sedikit garam untuk perasa
2 sudu minyak sapi// butter // minyak zaiton (terpulang selera sendiri)

Tips cuci beras:
Jangan diramas, cukup sekadar mengesel ketepi cooker atau besen yang diguna untuk mencuci, Lakukan dengan cara yang lembut untuk mendapat nasi yang cantik.


Aku tumis dan masak dalam periuk 
biasa. Dengan 3 cawan beras yang aku masak 
banyak juga hasil nasinya.

Cara Memasak Nasi:
1. Cuci beras sehingga airnya jernih kemudian rendam untuk selama 1 - 2 jam dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dalam periuk.
3. Tumis bahan rempah, bawang besar, tomato, pudina dan ketumbar sehingga wangi.
4. Masukkan rempah briyani dan kacaulah sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan yogurt dan ayam yang telah di perap.
6. Biar sehingga ayam separuh masak baru masukkan beras dan sedikit garam.
7. Masukkan air atau chicken stock secukupnya bergantung berapa banyak beras yang kita gunakan.
8. Biarkan mendidih dan air kering. Selepas 7 minit masukkan sedikit cairan safron. Tutup sekejab kemudian buka kembali, biarkan wapnya hilang dengan sendiri baru di gaul nasinya.

Tips mengacau/menggaul nasi biarlah dari dinding cooker ke tengah untuk mengelakkan nasi patah dan tak cantik.

Keseluruhan hasilnya aku berpuas hati dan nasinya sedap. Masa aku menumis seluruh ruang dapur dan rumah semerbak dengan aromanya serta mengejutkan seisi rumah. Masing-masing menjenguk ke dapur. Dengan tiga cawan beras yang aku masak banyak juga nasinya untuk hidangan keluarga kecil aku.

(nota mak: Kalau nak lebih detail berkenaan dengan resipi nasi biryani ni jenguk terus ke blog kak Noor. Sebab macam yang aku cakap... empunya resipi memasak dalam periuk noxxa.)

18 comments:

  1. Saya baca aja, nak masak tak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je masak ni Adam. Ikut je resipi mesti jadi... sedap atau tak tu... kita yg buat, tak manis tambah gula... tak masin tambah garam... mcm tu je.

      Delete
  2. Tak berapa layan Nasi Briyani ni. Tapi kalau tetiba teringin nak makan, haaa laju2 godek2 internet cari resepi 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama. Kalau gi kenduri, ada nasi biryani dan nasi putih... saya ambik nasi putih. Tapi kalau tetiba teringin... buatlah ikut resipi.

      Delete
    2. Kan 😄 Nasi putih tetap jadi pilihan 😉

      Delete
    3. Betul, tambah-tambah saya tgh berdiet skrg.

      Delete
  3. Teringin jugak nak cuba ni sweetie tapi tak tau bila dapat mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa anak2 semua ada di rumah acik baru best makan ramai2.

      Delete
  4. Rajinnya akak masak nasi briyani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm tulah Flavnesz,.. bila kita begitu teringinkan sesuatu sedaya upaya kita akan cuba untuk memenuhi keinginan tu...

      Delete
  5. MASAK NASI BRIYANI DH LNGKAP LAUK SAYURNYA SDP TU SWEETIE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang PI, puas makan... pun anak-anak komplen jugak lauknya tak banyak. Masing2 request mintak buat lagi tapi lengkap dengan acar buah, ayam masak merah, kurma daging dan dalca...

      Delete
  6. Secukupnya daun pudina
    Secukupnya daun ketumbar
    Secukupnya cili hijau di potong dua
    Sedikit safron
    Sedikit garam untuk perasa

    Ini yang saya tak paham sweety. Sedikitnya macam mana. Serious ni, saya tak pernah walau sekali pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh gini Adam, seckupnya tu maksudnya, kita agak-agaklah.

      Ok, mcm saya ni, dengan tiga cawan beras yang saya masak, saya cuma gunakan tiga rumpun daun ketumbar. segengam daun pudina, (genggaman saya kecik je, sebab tangan saya comel... hehhee, ok gurau).

      Safron tu kalau tak ada... tak apa sebab ia cuma berfungsi sebagai pewarna...

      ...dan garam tu agak-agaklah sendiri, jgn nasi tu terlebih masin. Macam kita masak nasi lemak, bubuh garam sekadar nak bagi rasa nasi tu sedap2 je.

      Cili hijau tu letaklah 3/4 tangkai.

      Pesan saya, masakan ni kita yang buat ia jadi sedap. So pandai2lah kita mencampurkan bahan2nya. Contoh: mcm membancuh teh, kita kena pandailah banyak mana nak masukkan susu dan gula supaya rasanya jadi kaw...

      Percubaan pertama mungkin rasanya tak berapa dan dari situ kita akan tau kekurangannya. Second time bila kita buat lagi, kita tahulah dimana nak tambah bahan dan dimana nak kurangkan. OK! clear?

      Delete
  7. nak masak sy tak reti, tapi kalu tgn mak2 masak sedapnya lahai walupun tgok gambar je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Zie, bukan susah sangat nak memasak. Tapi betul, kalau mak yang memasak mesti sedap! Bagi saya yg takde mak lagi ni, kakak yang sulunglah kalau memasak mmg sedap mcm masakan mak.

      Delete