Sunday, March 26, 2017

Macam-macam nampak...

#misiturunkanberatbadan
#kisahjiran

Sudah tiga minggu mengawal cara makan dan exercise dengan berjalan sekitar taman perumahan. Badan ada rasa agak ringan sikit. Timbangan jarum penimbang kurang 1 kg.


Hari ini berjaya ke pasar dengan berjalan kaki
sejauh 200 meter kemudian naik LRT.

Di bawah sinaran matahari dan angin pagi yang sesekali menyapa perlahan... dan menampar manja pipiku yang tak mulus seakan membisikan lagu kehidupan... perjalanan ke pasar tak terasa penatnya. Sambil menggalas beg sandang yang bakal di isi dengan barang-barang aku melenggang santai.

Sepanjang jalan macam-macam dapat tengok. Terpandang pagar rumah jiran cantik... aku cakap dalam hati, "nanti nak buat pagar macam tu."

Nampak laman rumah jiran penuh dengan tanaman dan bunga... aku berhenti melangkah... dalam hati.., "cantiknya." Ada sebatang pokok mangga tumbuh di tepi pagar dan sedang mengeluarkan buah... air liur aku kecur kejap.

Jumpa si meow sedang berjemur di bibir jalan... aku tengok dan panggil. Dapat belai-belai kejap bulunya yang bersih dan lembut, jadilah... berkata dalam hati, "mesti ada orang yang punya."

Pendek kata memang seronok berjalan kaki. Aktiviti yang dah bertahun-tahun di tinggalkan sejak dapat pakai kereta. Tapi bila terpandang suami si A 'mengurat' janda B aku tak terkata apa. Pejam mata dan cepat-cepat melangkah. Penat otak aku memikirkan... "si A tahu suaminya ada hubungan dengan B. Kenapa dia biarkan. Pernah ada jiran yang menegur perbuatan mereka, tapi tak diendahkan oleh pasangan. Si A pula katanya dia redha. Akhirat nanti dapat payung emas. Dalam pada tu dia 'sasau' jugak.

(nota mak: walaupun di janjikan payung emas, walau bumi terbelah dua... kalau aku... tetap tidak merelakan. Kata-kata redha itu hanya di mulut...)

31 comments:

  1. semoga usaha untuk turunkan berat badan berhasil, selain turun berat badan kita juga sihatkan sweetie..seronok juga aktiviti berjalan macam tu, macam2 boleh kita perhatikan, kalau berkereta dapat tengok sepintas lalu sajakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap saya berjaya dalam #misiturunkanberatbadan ni mama aryan. Kalau berkereta kena fokus pada pemanduan.

      Delete
  2. Seronoknya la xtvt berjalan sweetie macam2 boleh nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... kebetulan nampak acik, pandang, tengok... naluri semulajadi kan.

      Delete
  3. Kalau berjalan kaki persekitaran dapat kita lihat dengan teliti kan...
    Kalau cuaca redup ok juga berjalan sweety...kalau panas berdenting dah tak pandang apa2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Saniah, kalau panas berdenting tak kuasa saya berjalan kaki ke pasar, baik bawak kereta.

      Delete
  4. Macam2 kisah sepanjng jln kehidupan yg dilalui kan sweetie

    ReplyDelete
  5. sepanjang jalan penuh dgn kisah kehidupan..kisah mengorat janda tu yg paling hot..

    tahniah..berjaya turunkan 1 kg..in shaa Allah, cita2 akan termakbul jua..maintain the exercise..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi bualan hangat jenjiran... selama ni saya bekerja pergi pagi balik malam jadi ketinggalan banyak kisahnyanya nohas.

      Harap2 saya berjaya turunkan 4 kg lagi.

      Delete
  6. Saya kerap berjalan kaki sebab tak ada kenderaan. Motor cup chai dah lama rosak. Hari2 macam2 saya nampak. Bila moment yg indah atau yg buruk menjelema di depan mata minda saya me-nyenap-nya. Tersimpan di otak. Nak snap dgn hp, hp tak ada kamera. Dah Rosak.

    Harap2 moment yg tersimpan di memory saya akan jadi panduan, either for good or for bad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Adam, apa-apa yang jadi dan yang dilihat sehari-hari di sekeliling kita boleh dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan ini. Semoga ianya menjadi sempadan agar kita tidak tersasar dari landasan.

      Delete
  7. Saya pun kena ada misi berjalan ni... kena kurangkan kg. kalau dekat boleh buat geng jalan pagi2... 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahkan! kalau dekat boleh kita jogging/berjalan mengeluarkan peluh sama-sama.

      Delete
  8. Ni yang jeles ni dah turun 1 kg.
    Makchaq ni azam ada tapi will power kurang...
    Makchaq kalau dapat turun 5kg boleh lompat bintang happy...

    Paling win nampak jiran mengorat tu..... sampai jiran boleh tau.. kiranya bukan rahsia lagi la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berpuli-puli jugak saya nak turunkan 1 kg tu makchaq. Kalau tak jaga tu, dia boleh mendadak naik balik terus 2 kg.

      Bab ngorat tu, sebenarnya dah heboh satu taman... saya je yang ketinggalan sebab selama ni kerja dan jarang bercampur dengan jiran-jiran.

      Delete
  9. Momen yg tak dapat jumpa kalau naik kereta ke pasar ye Sweetie....
    Badan pun sihat...
    Aduh.... bab payung emas tu mmg susah nak terima Sweetie.Takut juga kalau diuji ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanyalah perempuan mana pun Hainom... tak kan ada yang sanggup. Nama pun nakkan payung emas... tentu 'mahal harga' untuk mendapatkannya...

      Delete
  10. Bunda pun nak kena bersenam balik ni.. baru2 ni dah naik 58 kg ko.. tak pernah tau.. paling tinggi pun 54kg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak naiknya tu... saya ni cuba nak kurangkan 4 kg je lagi... kurang dari tu mmg saya tahu takkan boleh.

      Delete
  11. Aduhai.. payung emas ye..
    entah ye.

    ReplyDelete
  12. Wa pun tak naklah payung emas hahaha.... tapi lumrah kita ni pompuan suka benda yang cantik..apa yang kita nampak cantik...yang tulah kita nak buat..kan Sweetie..samalah dengan Wa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyinyer mmg sedap... berpayung emas... tapi mcm Wa jugak, sapa pun tak tak nak hehehhe...

      Itu mmg sifat semulajadi org perempuan... semuanya nak cantik dan serba sempurna.

      Delete
  13. Assalammualaikum, eh!! macam kawasan rumah kita la..kita duduk belakang kondo mewah tu..laluan turun dan naik klu nak ke LRT tu ikut sebelah petronas. satu kariah la kita yea kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh yer ke. Next time kalau terserempak dgn saya tgh jogging tegur2lah yer.

      Delete
  14. ermmm, payung emas... susah sebenarnya bab ni. mulut cakap redha tapi hati pulak sebaliknya

    ReplyDelete
  15. dulu lalaun ni sy lalu tiap2 hari, tapi sejak dah pindah terpaksa lalu bulatan pahang pulak..

    ReplyDelete