Tuesday, August 5, 2014

Aku dah mula pasang angan-angan...

Dah sebulan abang pulang dan berada dengan aku di rumah. Cutinya hingga September nanti. Hanya tinggal setahun saja lagi baki pengajiannya. Result exam spring dah dapat. Alhamdulillah! seperti yang aku catatkan dalam entry (Autum... Spring... dan Ph.D) abang lepas buat MEng. InsyaAllah balik semula ke UK hujung September nanti abang akan menghadapi tahun akhir. Dan jika di izinkan Allah... aku ingin ke Sheffield lagi untuk tengok abang menerima ijazah Julai tahun hadapan. Kalau boleh kelas pertama. Itu doa dan harapan serta impian aku.

Masa bulan Ramadan yang lalu aku cuba pulang awal 
dan meredah kesesakan jalan raya untuk memasak dan 
berbuka puasa dengan abang...

...walaupun abang tak minta... tapi aku buatkan 
juga kuih-kuih kegemarannya ni.

Dulu masa dia dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara dan buat persediaan (foundation) aku sering berpesan, “abang buat sungguh-sungguh ya... ingat, dah buat persediaan ni resultnya mesti best baru lepas kalau tak nanti sia-sia saja...”

Lepas foundation dengan keputusan 3.96 baru tahu abang dapat universiti mana di UK dan harus mengikuti pengajian tahun pertamanya di UNIKL Micet sebab tawaran yang abang dapat tu program 3+1 di bawah skim pelajar cemerlang (SPC). Sekali lagi aku bimbang dan mengingatkan abang supaya bersungguh-sungguh belajar. Walaupun sebelum itu tak terlintas pun di fikiran aku mahu anak-anak belajar di luar negara tapi bila abang dah dapat tawaran tu aku pulak yang lebih teruja dan memasang angan-angan.

Walaupun aku percaya abang pasti berusaha untuk merealisasikan impiannya dan impian aku tapi aku risau juga. Lebih-lebih lagi setelah mendengar taklimat dari pihak MICET. Keputusan mesti 65% baru dapat meneruskan pengajian tahun ke dua di UK. Tinggi percentnya tu... pada aku rasanya susah juga nak dapatkan keputusan tu.

Macam-macam yang datang di fikiran. Andai kata dia gagal apa nak buat. Setiap masa aku sentiasa mengingatkan dia... “jangan main-main masa belajar. Jangan nak enjoy dan berkereta dengan kengkawan ke sana kemari. Belum lepas lagi... Ingat tu...”  Nampak macam aku presure dia tapi macam tulah aku dengan anak-anak dalam hal pelajaran ni.

Pesanku, “janji lepas je ke luar negara... lepas tu terpulanglah pada abang... kalau gagalpun abang dah dapat ke luar negara...  Tak dapat ijazah tapi dapat cop pasport...” Ya, memang ayat tak boleh blah betul. Tapi itu jelah yang aku mampu berikan.

Habis tahun pertama dan berjaya melepasi tanda aras 65% tu abang di wajibkan pulak ambil ujian IELTS. Sekali lagi aku risau. Takut dia tak boleh buat. Walaupun aku tahu dia boleh berbahasa Inggeris tapi belum tahu setakat mana kemampuannya. Penanda arasnya mesti band 6.5 ke atas. Walaupun result foundation dan tahun pertama bagus tapi kalau IELTS dapat bawah 6.5 peluang untuk ke oversea juga tertutup. Dan keputusan IELTS abang jauh lebih baik dari yang di wajibkan. Tak terluahkan oleh aku bagaimana leganya hati bila semua ‘pintu-pintu’ untuk berlepas ke luar negara itu telah berjaya abang ‘buka’ dan jayakan.(link entry)

Bila abang dah berjaya mendapat tempat di universiti luar negara aku mahulah dia balik dengan kejayaan... bukan takat dapat cop pasport macam yang aku cakapkan. Pesan aku di airport sebelum dia berlepas, “belajar sungguh-sungguh ya. Jangan main-main... Fikirkan macam mana susahnya nak dapat belajar ke luar negara ni.  Macam-macam ujian yang terpaksa di tempuh. Nanti mak pun teringin nak fly jugak” (link entry)

Dengan keputusan exam spring yang baru diterimanya... sekarang aku dah boleh menarik nafas lega sikit. Harapan nak tengok abang grad tahun depan semakin berkembang. Dan aku pun dah mula memasang angan-angan... dah cakap dengannya....

“Abang!.. lepas graduation day tu bawaklah mak jalan-jalan ke Paris ya!” Dan aku angan-angan lagi... "nanti abang bawak mak pergi Italy...abang dah tahu jalan-jalan kat Italy kan...eh! pergi Holand ke... Ooo tak.. tak... kita pergi Venice..."

(nota mak: Abang ni harapan dan tempat aku sandarkan impian masa depan. Takut ke gadis-gadis yang nak mendekati abang bila baca catatan aku ni!

Empat tahun dulu sebelum dia berlepas ke UK, satu malam kami menonton Harry Potter bersama... dalam filem tu ada adegan menaiki keretapi dan melalui satu kawasan ladang dan nampak cantik sangat! Abang terus menoleh dan bercakap dengan aku, "mak! nanti lepas abang grad dan kerja kita pergi jalan-jalan seluruh Europe dan naik keretapi camni...")

20 comments:

  1. Tak salah berangan tu sweetie..tsk de nya gadis2 takut.yang dejat lagi ada
    Acik yakin abang tahu tanggungjawab dia sebagai anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni memang kuat berangan acik... dan selalu ceritakan angan-angan saya tu pada anak-anak....

      Mudah-mudahan... begitulah yang kita harapkan dari anak-anak ya acik!.. mereka tahu apa itu tanggungjawab walaupun sorang kawan pernah beritahu saya.. "anak-anak ini bagai tetamu saja dlm hidup kita..."

      Delete
  2. wah bestnya angan2 mak. semoga angan2 menjadi realiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angan-angan saja Nieda... harap-harap abang jadikan ia satu realiti dalam hidup saya! Malah dia pun tahu ttg angan2 saya ni...

      Nak tuntut janji 4 tahun dulu...

      Delete
  3. Selamat hari raya kak...rindu nak baca blog akk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Yati... lamanya yati menyepi, saya tanya Zana, dia kata yati nak low profile!

      Delete
  4. Asalammualaikum Sweety...Selamat Hari Raya maaf zahir batin...
    tumpang gembira dgn kejayaan abang...dgn berkat doa seorg ibu yg penyayang anak mana yg tak kan berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam Leez... Selamat Hari Raya... terima kasih... baru dapat BEng je (3 tahun)... untuk MEng tu kena 'stay' setahun lagi baru pro dlm engineering! InsyaAllah doa saya tak putus-putus untuk kedua-duanya.. abang dan Ojet!

      Delete
  5. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin..semoga abang berjaya dpt first class..

    pergi dua2 sekali..Paris n Italy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya nohas, saya pun sama... mohon maaf andai ada terkasar bahasa yang menyinggung perasaan ketika saya meninggalkan komen di blog.

      Mudah-mudahan... kalau boleh nak pergi semua sekali... cuma duitnya ni tak ada... tapi kalau nak masuk Disneyland Paris sekejap bolehla kot lepas dia grad tu... saya tengok ramai parent2 yang buat mcm tu lepas tengok anak2 mereka grad di UK!

      Delete
  6. Insyaallah...semoga ia menjadi kenyataan dan pasti abg membawa kejayaan dan kebanggaan keluarga.

    ReplyDelete
  7. Setiap mak apa lagi yang dapat dibuat selain pesanan , nasihat dan doa yang mengiringi anak2 untuk berjaya dalam pelajaran dan hidup.
    Semoga abang berjaya...

    Salam lebaran untuk Sweetie dan keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah KN, kang kalau kita membebel lebih-lebih sangat bosan plak mereka... tapi kalau tak selalu diingatkan... nanti mereka alpa...

      Salam lebaran buat KN juga.

      Delete
  8. SHRMZB ye buat kaksweetie sekeluarga..moga abang beroleh kejayaan demi kejayaan yg cemerlang lagi selepas ini..insyaallah! (psst..xyah pikir lg psl pompuan takut ke idak nk ngorat abang sbb pompuan zaman ler ni semua daring2 kak..hahaha!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina! sekarang ni saya 'korek-korek' juga tanya dah ada girlfriend ke belum! Bukan apa beberapa orang kawan2 kat ofis saya cakap "abang ni anak emak!...tak berani pompuan nak dekat..." tapi saya tak kongkong abang!

      Delete
  9. Alhamdulillah...untungnya Sweetie...insyaAllah akan menjadi kenyataan, nanti update gambar2 cantik ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anganan je Linda... kalau jadi kenyataan, alhamdulillah! rezeki...

      Delete
  10. bakal isteri abang nanti harus berkongsi kasih dgn akak , hihi
    kena tapis betul2 nih
    bg anak lelaki, ibu adalah keutamaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terima je mana yang dia berkenan Irfa... Cuma mungkin sukar sikit untuk mengambil hati makcik-makciknya...abg ni kan buah hati keseluruhan keluarga saya.

      Delete