Dah setahun aku tak jumpa dan tengok dia... Lepas aku pergi menjenguknya pertengahan Januari dan Februari tahun lepas... hanya suaranya saja yang dapat aku dengar dari corong talipon. Walaupun saban minggu dia menalipon tapi masih tidak dapat 'mentawarkan' rindu aku pada dia. Kalau boleh aku ingin daki ke puncak gunung yang tinggi dan jerit namanya. Biar dia dengar, "abaaaaang, mak rinduuuuu!"... dan airmata bergenang bila aku sebut namanya. Jantung hati... belahan jiwa.
Ada kalanya orang keliling-keliling macam hubby dan kakak akan ingatkan aku, jangan buat macam tu... usah sebut-sebut sangat namanya nanti dia pun jadi tak tenang dan resah. Tapi boleh ke aku buat macam tu...? Aku memang tidak boleh sembunyikan rasa rindu dan ingatan yang berlebihan pada abang... Lebih-lebih lagi bilamana minggu lepas abang call dan cerita serta beritahu aku tentang sesuatu... yang buat aku seolah-olah terbayang dan menggambarkan sendiri situasinya...
"Mak! tadi abang pergi universiti... tengok result exam autum... Lepas tu abang berlari balik rumah... tak sabar nak talipon beritahu mak. Abang dapat first class!"
"Oh! congratulations abang! mak happy... happy sesangat... tapi sorrylah mak tak dapat beri hadiah"
Kelakar kan. Kerana terlalu gembira dengan keputusannya... abang boleh berlari balik ke rumah sewanya semata-mata nak talipon dan beritahu aku... bukan ke boleh talipon dari universiti je...
Di pihak aku pula, aku membayangkan begini... aku sedang berdiri di tepi tingkap bilik rumah sewanya di Broomhall. Lepas tu aku dengar ada suara berteriak memanggil nama aku. Aku pandang ke bawah di hujung jalan arah dari universiti... abang berlari-lari dengan satu slip kertas dan melambai-lambai dan tunjukkan pada aku. Aku tunggu di muka pintu dan abang berikan slip tu pada aku dan cakap... "mak, abang dapat first class!"
Pemandangan dari tingkap bilik rumah sewa abang
kawasan perumahan Broomhall. Kalau berjalan sehingga
ke hujung jalan sana kita akan sampai ke bangunan
student union universiti Sheffield.
Kata abang setahun ada dua exam di UK. Exam autum dan spring. Dan degree di UK terbahagi pada dua: BEng - study 3 tahun dan MEng - kena study 4 tahun (yang ni kena tanya engineer dan pada yang pernah study engineering di UK apa maksud BEng dan MEng tu... aku tak berani nak explain takut silap). Menurut abang dia ada satu exam lagi iaitu spring exam bulan Jun ni Sekarang abang dalam tahun 3 dan abang hanya perlu mendapatkan markah beberapa peratus je lagi untuk lepas MEng.
Bulan September ni abang akan masuk tahun akhir iaitu tahun empat dan abang ada dua lagi exam iaitu autum dan spring. InsyaAllah! bulan Julai tahun depan abang akan keluar sebagai graduan dari Universiti of Sheffield dan dapat MEng tu dengan ijazah kelas pertama. Itu harapan... impian dan doa aku.
"Mak! abang ingat nak sambung buat Ph.D. Abang dah tanya MARA. Mereka kata boleh dan akan terus sambung biasiswa. Mak fikir macam mana?" Tak tahu apa aku nak cakap. Kalau jadi dia nak sambung buat Ph.D... bermakna aku kena tunggu lagi 3 tahun.
(nota mak: Mujurlah Ojet tidak belajar jauh sangat... kalau rindu-rindu aku masih boleh pergi jenguk dia. Dan setiap cuti semester Ojet pasti balik. Tapi abang?.. Tak mungkin aku boleh pergi menjenguknya setiap kali aku teringatkan dia.)
Acik pulak yang sebak membayangkan kerinduan ibu
ReplyDeleteBeginilah saya saban waktu acik... bergelut menahan kerinduan... cuma lega sikit bila saya dapat luahkan di blog ni...
Deletebuah hati pengarang jantung...nanti mak boleh ke UK lagi utk jengok abang sambil shopping2
ReplyDeleteKalau dia jadi teruskan buat Ph.D saya berhenti kerja dan pergi duduk terus dengan dia di UK Nieda... itu janji kami... dan Ojet pun bercadang untuk buat Master di UK juga.
Deletetahniah! suka dgr student Melayu dpt first class..semoga berkekalan hingga MEng dapat first class... sebak baca luahan perasaan akak...suruhlah abang balik summer holiday ni..
ReplyDeleteInsyaAllah, itulah doa saya setiap waktu agar kedua-dua anak saya dapat first class dalam study masing-masing.
DeleteYa, janji abang habis exam spring Jun ni dia akan balik... tak sabar saya nak cium pipinya kiri kanan.
Assalamualaikum kak, doakan mereka berjaya dalam study. in shaa Allah, berbaloi penantian akak menanggung rindu terhadap anak2~~~
ReplyDeleteW/salam! alhamdulillah setakat ni harapan saya kedua mereka konsistan dalam pengajian masing-masing...
Deletetahniah buat abang........
ReplyDeleteTerima kasih zana... cuti-cuti sekolah ni kemana bawak anak-anak zana?
DeleteTahniah buat dak Abang dan moga beliau sihat dan kuat di sana hendakNYA.
ReplyDeleteTerima kasih Zamia... InsyaAllah! dia sihat dan dapat menyesuaikan diri... dah tiga tahun dia di sana.
DeleteTahniah kat abang kerana mendpt keputusan yg cemerlang & tahniah Sweety kerana membesarkan anak yg cemerlang.
ReplyDeleteBerbaloikan semua usaha & penat lelah kita melahirkan..,& membesarkan anak2 kita apatah lagi bila mereka dah bekerjaya...syukur alhamdullilah!
Terima kasih Leez, syukur atas anugerah yang berikan oleh Allah ni...
DeleteKak Sweetie,
ReplyDeleteTahniah....u berjaya mendidik abang menajdi anak yang baik dan tahu tanggungjawab sebagai seorang anak dan pelajar.
tengaok gambar rumah dari bilik abg tuh mengingatkan kan i pada ashford st di tempat i belajar dulu.....tak jauhhh mana pun dari tempat abg...midlands.
Terima kasih Sara... semoga begitulah hendaknya sifat abang sampai bila-bila.
DeleteKalau macam tu Sara mesti tahu selok belok jalan kat Sheffield ni. Saya suka suasana di Sheffield... dan masa duk di rumah abang selama 3 minggu di sana... saya berjalan ke pasar, supermarket dan naik tram ke medowhall.
Sweetie,
Deletei tak pandai area sheffield nih....pergi pernah lah sweetie. sheffield northeaast frm midlands. kalu drive less than 2 hours.
Rindunya i kat sana....
Betul sara... saya pun suka jalan2 kat sheffield dan kawasan2 sekitarnya... terutama area2 peak districk... Kalau dah rindu apalagi pi lah jalan-jalan ke sana... menjejaki kenangan lalu kan....
DeleteKalau ikutkan hati nak jer terghobang esok...hahahahahah
DeleteSaya ikut!
Deletejom jom :P
DeleteTAHNIAH ABANG..
ReplyDeleteTerima kasih KN!
DeleteSabaq ya sweetie...abang membina masa depnnya..
ReplyDeleteYalah kak Sarah... tapi hati emak kan... tak tahan rasanya dengan rasa rindu tu... kadang2 bila talipon berbunyi dan tengok namanya yang tertera di screen pun dah buat saya terlonjak gembira...
DeleteSinggah lagi ...
ReplyDeleteTerima kasih KN... jemput-jemput.. singgahlah bila-bila masa... saya mengalu-alukannya.
Deleteadoiii...sayu bila baca kak...congratulations abang..berbelah bahagi perasaan seorang ibu...tapi tak pe kak susah2 dahulu senang2 kemudian..hanya doa ibu sahaja yang akan makbulkan segalanya...semoga semua dipermudahkan...amin...
ReplyDeleteInsyaAllah Bitt, moga segalanya di permudahkan dan abang berjaya memperolehi ijazahnya dalam bidang kejuruteraan kimia tahun depan.
Deletetahniah buat anak dan ibu,giliran akak bulan sep ni..anak ke 3 bakal ke university manchester UK slama 4 tahun ...4 tahun!!....lama tu..tak tahu la pulak macamana akak nnti,anak perempuan,..sudah semestinya sedikit risau
ReplyDeleteTahniah juga buat Kak Tie... Kalau di kira-kira memang terasa lama 4 tahun tu.
DeleteKawan saya ramai yg study oversea. Biasa saya dengar kawan2 asyik cakap rindu nak balik malaysia, rindu kat parents. Tapi ni first time saya dengar luahan rindu dari seorang ibu.
ReplyDeleteTahniah untuk abang.
Hati seorang emak Teena... manakan tak rindu... sembilan bulan mengandung dan bertarung nyawa melahirkannya... membesarkan... melayan telatah dan kerenahnya... hai macam2... bila dah besar dia pergi belajar jauh pulak...
DeleteTerima kasih Teena atas ucapan tu...
Bila saya terbaca tentang anak yang berjaya di Sheffield saya ingin mengata 'syabas' . Semoga terus berjaya. Seorang anak saya belajar disana. Lama sudah. Sekarang dia berangan angan giliran seorang anaknya kesana tidak lama lagi. Kita bersyukurlah atas pemberian NYA. Kita renunglah mereka yang tidak bernasib baik dan berilah apa sumbangan yang kita mampu. Itu lah, kepada saya, satu tanda kesyukuran kita kepada NYA.
ReplyDeleteTerima kasih tuan... ya saya bersyukur kerana di kurniakan anak-anak yang bijak. Dari segi kehidupan harian, saya bukanlah dari golongan yang berada... anak-anak saya juga dibantu (biasiswa/tajaan) oleh MARA dan JPA. Alhamdulillah! tapi bukanlah begitu mudah juga untuk mereka mendapat bantuan tersebut dimana saya sebelum itu sentiasa mengingatkan mereka agar perform dan cemerlang supaya mudah serta tiada sebab untuk pihak yg berkenaan menolak permohonan mereka (anak-anak).
DeleteInsyaAllah jika saya boleh dan mampu saya akan tlg anak-anak yang memerlukan bantuan sepertia yang tuan ceritakan dalam blog tuan tu.