Sunday, June 17, 2012

Syukur!...


Menitis airmataku, saat mendapat panggilan talipon dari anak lelakiku Abang, memberitahu result peperiksaannya. Waktu tu aku tengah memandu dalam perjalanan pulang kerumah dari pejabat.

Permata hatiku, Abang.

Dengan keputusan itu, bermakna abang akan meneruskan pengajian tahun keduanya di Sheffield Universiti, UK. Begitulah selalu, sejak dari zaman persekolahannya lagi, abang akan sentiasa memaklumkan pada aku akan setiap keputusan peperiksaannya. 

Padaku, satu kebahagiaan dan kebanggaan apabila anak-anak cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam peperiksaan. Syukur dan doaku, Abang dan Ojet akan sentiasa beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian di universiti masing-masing.

6 comments:

  1. hai Sweetie..
    saya suka baca blog yang ibu2 punya anak2 berjaya dalam pelajaran dan hidup mereka.saya harao anak2 saya juga begitu.tahniah utk abang ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya doakan moga anak-anak Irfa juga berjaya dalam pelajaran. Aminnn!

      Delete
  2. tahniah untuk abang...semoga menjadi anak yg soleh!!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lieynanilaz. Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh! itulah yang diharapkan.

      Delete
  3. tahniah utk abang dan akak juga..

    ReplyDelete