Friday, August 22, 2014

Seminar IMT-GT...

Ojet (tudung kuning) dan dua rakannya yang 
mewakili UiTM

Ojet dah ‘fly’ ke Indonesia pagi semalam.  Menghadiri seminar IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle) di Medan selama seminggu. Ini kali pertama aku melepaskan Ojet bergerak jauh dari aku. Lagipun dia di pilih sebagai wakil UiTM... mahu tak mahu aku kena akur dan relakan.

Risau tu tetap ada. Sampai ke saat dia nak berlepas pun aku masih mengingatkan dia itu ini. Dah sampai di Medan tengahari semalam pun aku masih lagi berpesan dengan dia di talipon.

“Jaga diri baik-baik. Jangan berjalan berseorangan. Kalau nak balik ke bilik penginapan minta tolong kawan yang sama datang dengan adik tu temankan.

Jaga beg duit. Kepit elok-elok. Pasport dan pas pelajar tu simpan dan bawak bila keluar ke mana-mana. Jangan bagi orang lain pegang. Ingat tu dik!

Waktu di airport jangan mahu kalau ada orang yang tak di kenali minta tolong pegangkan barang ke apa. Adik pun sama... jangan tinggalkan beg dekat sesiapa... takut dik... kita tak kenal orang tu siapa... macam-macam boleh jadi.”

Haih! kalau orang dengar memang rimas. Tapi orang yang ada anak perempuan je rasanya yang paham kenapa.

Malam tadi dia talipon... kedengaran suaranya happy je. Dah keluar dah jalan-jalan dan makan bakso. Katanya tak tinggal di hotel tapi menginap di asrama pelajar Universitas Sumatera Utara yang telah di sediakan oleh pihak penganjur.

Nota mak: Di mata aku dia kecik lagi. Masih di manja-manja. Dulu comot je. Dengan botol susu yang sering tergantung di mulutnya... kuat berpeluh, masam dan pelat. Tak pernah terfikir oleh aku dia akan belajar sampai di universiti, jadi pemimpin pelajar dan di pilih sebagai wakil universiti/Malaysia untuk seminar di luar negara. Siapa sangka kan... Ya! aku bangga dengannya. Masa di rumah cuti raya hari tu sampai ke subuh aku tengok menyiapkan kertas kerjanya. macam tulah ya... jadi YB! Dan alhamdulillah! result exam sem 4 pun cantik!

Wednesday, August 13, 2014

Final's best speaker award

Award dan trofi yang abang menangi dalam SIDEO 2014.

Aku tak tahu tang mana seronoknya berdebate dan joint aktiviti ni. Maksud aku masuk pertandingan ni. Masa sekolah dulu adalah sekali cikgu pilih aku sebagai peserta untuk pertandingan bahas antara kelas-kelas. Siang-siang aku tolak sebab malu. Tapi anak aku si abang minat sangat. Dari sekolah sampailah masuk universiti dan dua tahun lepas di letakkan dalam kedudukan sepuluh debater terbaik di Manchester. (link entry)

Tiga hari ke Ipoh rupanya bukan setakat jumpa rakan-rakan sekolahnya yang study di RCMP tapi menyertai pertandingan Seri Iskandar Debate Open 2014 (SIDEO) di UTP.

Abang dan rakannya (student RCMP) yang menamakan kumpulannya It's A Rainbow menjuarai pertandingan tu. Malah abang sendiri memenangi final's best speaker award.

Sampai je di rumah hari Ahad malam tu bukan main suka lagi dan tayang dengan Ojet trofi yang di menangi dan duit hadiah yang dia dapat.

Cerita abang dia popularlah kejap lepas pertandingan tu. Ramai student dan audiens termasuk sorang lecturer di UTP jumpa dan tanya abang ni student universiti mana sebab slanga english abang bunyi lain dan fasih sangat.

Mendengar ceritanya teringin pulak aku menengok dia berdebate. Tunggulah bila ianya di postkan di You Tube nanti.

Tapi aku berpesan juga dengan dia, dah lupakan debate-debate tu semua... tumpukan pada study tahun akhir... dan abang pun cakap macam tu jugak. Study pun makin susah katanya... dah tak ada masa nak ikuti latihan... dan mungkin menolak jika di calonkan sebagai wakil universiti.

Thursday, August 7, 2014

Ojet pulak demam...

Pagi semalam, “Abang! mak pergi kerja ya... Adik Da (Ojet) demam. Abang tolong tengok-tengokkan!

"Hmm!”

Ojet demam pulak.  Badannya panas. Kelmarin pergi berenang di rumah aciknya dengan abang. Membebel jugalah aku... tengah-tengah hari dalam cuaca panas sekarang pergi berendam dan berjemur di kolam renang.

Payah! membebel lebih-lebih kang sentap pulak... tapi dah besar-besar masih tak boleh nak fikir buruk baik... Aku ni tak boleh tengok anak-anak sakit... Biar aku sakit jangan mereka sakit. Kalau aku sakit, aku boleh duduk diam-diam dan baring atas katil. Tak ada orang nak jaga pun tak apa. Tapi kalau anak-anak sakit aku tak senang hati meninggalkan mereka sorang-sorang di rumah. Mahunya tak senang duduk di tempat kerja nanti!

Pagi tadi aku talipon adik suruh pergi tengokkan Ojet dan ambik bawak balik rumah dia pasal abang tak ada di rumah. Risau membiarkan dia sendirian di rumah. Dah pergi klinik dan ambik ubat tapi tak di makannya. Pagi tadi sebelum pergi kerja dah di kejutkan bangun dan makan ubat pun tak bangun juga. Risaulah... ni kan musim denggi. Pegang dan belek-belek juga lengannya...

Abang ke Ipoh bertemu beberapa orang kawan-kawan sama sekolahnya dulu yang study di Royal College of Medicine (RCMP) Ipoh. Dah ada kat M’sia dia ambik peluanglah nak bertemu dengan rakan-rakan lamanya. Lusa baru balik KL.

Tuesday, August 5, 2014

Aku dah mula pasang angan-angan...

Dah sebulan abang pulang dan berada dengan aku di rumah. Cutinya hingga September nanti. Hanya tinggal setahun saja lagi baki pengajiannya. Result exam spring dah dapat. Alhamdulillah! seperti yang aku catatkan dalam entry (Autum... Spring... dan Ph.D) abang lepas buat MEng. InsyaAllah balik semula ke UK hujung September nanti abang akan menghadapi tahun akhir. Dan jika di izinkan Allah... aku ingin ke Sheffield lagi untuk tengok abang menerima ijazah Julai tahun hadapan. Kalau boleh kelas pertama. Itu doa dan harapan serta impian aku.

Masa bulan Ramadan yang lalu aku cuba pulang awal 
dan meredah kesesakan jalan raya untuk memasak dan 
berbuka puasa dengan abang...

...walaupun abang tak minta... tapi aku buatkan 
juga kuih-kuih kegemarannya ni.

Dulu masa dia dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara dan buat persediaan (foundation) aku sering berpesan, “abang buat sungguh-sungguh ya... ingat, dah buat persediaan ni resultnya mesti best baru lepas kalau tak nanti sia-sia saja...”

Lepas foundation dengan keputusan 3.96 baru tahu abang dapat universiti mana di UK dan harus mengikuti pengajian tahun pertamanya di UNIKL Micet sebab tawaran yang abang dapat tu program 3+1 di bawah skim pelajar cemerlang (SPC). Sekali lagi aku bimbang dan mengingatkan abang supaya bersungguh-sungguh belajar. Walaupun sebelum itu tak terlintas pun di fikiran aku mahu anak-anak belajar di luar negara tapi bila abang dah dapat tawaran tu aku pulak yang lebih teruja dan memasang angan-angan.

Walaupun aku percaya abang pasti berusaha untuk merealisasikan impiannya dan impian aku tapi aku risau juga. Lebih-lebih lagi setelah mendengar taklimat dari pihak MICET. Keputusan mesti 65% baru dapat meneruskan pengajian tahun ke dua di UK. Tinggi percentnya tu... pada aku rasanya susah juga nak dapatkan keputusan tu.

Macam-macam yang datang di fikiran. Andai kata dia gagal apa nak buat. Setiap masa aku sentiasa mengingatkan dia... “jangan main-main masa belajar. Jangan nak enjoy dan berkereta dengan kengkawan ke sana kemari. Belum lepas lagi... Ingat tu...”  Nampak macam aku presure dia tapi macam tulah aku dengan anak-anak dalam hal pelajaran ni.

Pesanku, “janji lepas je ke luar negara... lepas tu terpulanglah pada abang... kalau gagalpun abang dah dapat ke luar negara...  Tak dapat ijazah tapi dapat cop pasport...” Ya, memang ayat tak boleh blah betul. Tapi itu jelah yang aku mampu berikan.

Habis tahun pertama dan berjaya melepasi tanda aras 65% tu abang di wajibkan pulak ambil ujian IELTS. Sekali lagi aku risau. Takut dia tak boleh buat. Walaupun aku tahu dia boleh berbahasa Inggeris tapi belum tahu setakat mana kemampuannya. Penanda arasnya mesti band 6.5 ke atas. Walaupun result foundation dan tahun pertama bagus tapi kalau IELTS dapat bawah 6.5 peluang untuk ke oversea juga tertutup. Dan keputusan IELTS abang jauh lebih baik dari yang di wajibkan. Tak terluahkan oleh aku bagaimana leganya hati bila semua ‘pintu-pintu’ untuk berlepas ke luar negara itu telah berjaya abang ‘buka’ dan jayakan.(link entry)

Bila abang dah berjaya mendapat tempat di universiti luar negara aku mahulah dia balik dengan kejayaan... bukan takat dapat cop pasport macam yang aku cakapkan. Pesan aku di airport sebelum dia berlepas, “belajar sungguh-sungguh ya. Jangan main-main... Fikirkan macam mana susahnya nak dapat belajar ke luar negara ni.  Macam-macam ujian yang terpaksa di tempuh. Nanti mak pun teringin nak fly jugak” (link entry)

Dengan keputusan exam spring yang baru diterimanya... sekarang aku dah boleh menarik nafas lega sikit. Harapan nak tengok abang grad tahun depan semakin berkembang. Dan aku pun dah mula memasang angan-angan... dah cakap dengannya....

“Abang!.. lepas graduation day tu bawaklah mak jalan-jalan ke Paris ya!” Dan aku angan-angan lagi... "nanti abang bawak mak pergi Italy...abang dah tahu jalan-jalan kat Italy kan...eh! pergi Holand ke... Ooo tak.. tak... kita pergi Venice..."

(nota mak: Abang ni harapan dan tempat aku sandarkan impian masa depan. Takut ke gadis-gadis yang nak mendekati abang bila baca catatan aku ni!

Empat tahun dulu sebelum dia berlepas ke UK, satu malam kami menonton Harry Potter bersama... dalam filem tu ada adegan menaiki keretapi dan melalui satu kawasan ladang dan nampak cantik sangat! Abang terus menoleh dan bercakap dengan aku, "mak! nanti lepas abang grad dan kerja kita pergi jalan-jalan seluruh Europe dan naik keretapi camni...")

Monday, August 4, 2014

Mood, memang ke laut....

Salam raya... dah seminggu kita di bulan syawal... Seminggu juga aku duk bergolek-golek je di rumah. Tak buat apa-apa pun. Nasib baik tak kuat makan... kalau tak mahu montel jadinya. Tak tahulah kenapa raya tahun ni aku jadi macam penat dan lesu.

Hari ni start kerja semula... Mood memang zero. Malas sangat... rasa macam nak ‘memencenkan’ diri je. Nak buat kerja pun malas... Dari pagi sampai la ni (dah petang dah ni) satu apa pun tak jalan... duduk melayan Internet je...  hahaha...

Salam Aidilfitri semua (follower dan yang mungkin singgah di blog sweetmemory ni) Maaf zahir dan batin!