Wednesday, October 31, 2012

Top 10 Best Speaker in Manchester...

Header lama

Pernah seorang folower aku tanya, kenapa aku asyik cerita pasal abang saja. Yang lain-lain tu (empat girls kat header blog aku tu) macam mana. Mereka tak jealous ke? Part jealous tu memang aku tak boleh jawab. Kena tanya girls tu. Lebih-lebih lagi Ojet. Yang tiga lagi tu anak saudara. Apapun aku pasti mereka tahu kenapa aku asyik cerita pasal abang mereka.

Aku banyak bercerita pasal abang sebab dia suka buat surprise. Seorang yang bercita-cita tinggi, yakin dengan kebolehan diri dan sentiasa mahu grand (meminjam kata-kata abang, he..he..he). Dalam kehidupannya sehari-hari ada saja perkara-perkara baru yang dilakukannya. Kadang-kadang tu pada perkara-perkara yang tidak aku jangkakan. 


Abang bersama team Sheffield di Manchester.

Semalam, dia postkan di akaun facebooknya "I'm listed as the Top 10 Best Speaker in Manchester...." dari 112 orang yang bertanding. Wow! pada aku hebatlah tu sebab abang baru dua bulan belajar di universiti Sheffield. Masa malam raya hari tu abang ada call dan beritahu dia akan menyertai debate universiti di Manchester. Dan dia antara wakil universiti Sheffield ke pertandingan itu. Sejak dari zaman persekolahan debate memang aktiviti kegemarannya. Menurut abang hanya dia satu-satunya pelajar Melayu dalam pertandingan itu.

Selepas ini abang dan teamnya akan ke Cardiff pulak. Mereka akan tour seluruh England untuk debate dan juga bakal ke German juga for debate tidak lama lagi.

Begitulah kalau hatinya suka dan moodnya tip top dia akan memberikan yang terbaik walau dalam apa perkara pun.

(Nota mak: Abang! debate ok, tapi study jangan lupa. Mak nak study pun grand juga.)

4 comments:

  1. Tahniah buat Abang. Tahniah buat maknya jugak.. Kejayaan anak2 adalah kebahagian kita.. betul tak?

    ReplyDelete
  2. Betul Sal, Melihat anak-anak berjaya, rasa macam hilang segala penat bila balik kerumah. Kadang2 tu senyum2 sendiri.

    ReplyDelete
  3. hebat, bukan jaguh kampung tu
    dah taraf international ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah Irfa... tapi itulah hobby dan antara cara dia memenuhi masa lapang di UK... dan baru semalam dia beritahu saya... dia dalam team A iaitu team yang best english dan fasih berdebate dlm english... Di UK mereka ada dua team... Team A selalunya dianggotai oleh pelajar2 kulit putih je.. payah nak dapat masuk team ni... dan Team B campur2.. yg tak begitu fasih BI mereka... yang di sertai oleh pelajar2 international.

      Delete