Monday, December 20, 2010

"Mak dah gemuk la..."

(Banana cup cakes untuk kakak ipar sempena majlis tahlil
di rumahnya hari Sabtu lepas.)

(Masih dalam oven.)

(Dah masak.)

“Eii! buruk betullah. Pakai apa pun tak kena, terbuncit sana, terbuncit sini. Bencilah!”

“Ha.. ha.” Abang ketawa.

“Tengok body mak dah tak cantik. Perut buncit. Dari tengah hari semalam mak makan banyak betul. Eiiih!”

“Tau pun. Masa makan tak beringat. Salah mak. Ntah-ntah mak mengandung!”

“Tak da mananye!” Dan si abang ketawa lagi. Tak berhenti.

Aku perasan, sejak akhir-akhir ni badan rasa berat-berat. Dan selera makin bertambah. Perut nampak buncit. Tak boleh jadi ni.

“Hei kau buat apa kat rumah!”

“Duduk je.”

“Meh lah sini, datang rumah aku, kita cerita-cerita lepas tu kita keluar minum nak.”

“Ok, aku datang!” Malam tadi, kami (aku, adik, kakak, abang dan Ojet) keluar ke Ampang Waterfront.

“Aku nak minum jus kiwi.”

“Makan?”

“Tak nak!”

“Betul?”

“Betul!”

“Nanti jangan nak rasa sikittt...!”

“Tak!”

“Ei! betul-betul ni!”

“Ya, aku dah gemuk, perut pun buncit!”

Dan hari ini aku puasa. Betul, aku takut gemuk. Sebelum husband bersuara baik aku diet!

2 comments:

  1. ampang waterfront? aik... macam dekat aja. hahahaha.... huhuhu. nak cupcakes satu

    ReplyDelete
  2. yalah kak, sy pun nak diet jugak, tp ntah bila...

    ReplyDelete