Tuesday, March 10, 2026

Lapar...

Sungai Kodara... Ketenangan di Gujo yang mendamaikan.

Keindahan perkampungan Ogimachi di Shirakawa-go benar-benar memukau. Rasa enggan melangkah pergi. Tidak puas menikmati suasananya. Dengan saljinya yang tebal memutih dan berkilau bila di sinari matahari.

Apapun kami harus meninggalkan Oghimachi untuk ke tempat lain pula. Sudah tengahari dan perut mula terasa lapar. Kami bergerak menuju ke Gujo Hachiman. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam empat puluh minit. Jalan yang kami lalui untuk ke Gujo melalui lereng-lereng gunung, hutan-hutan yang tebal...dan nun jauh di bawah kelihatan sungai-sungai yang separuh membeku, tasik yang pasti dingin airnya dan empangan.

Sampai di pekan Gujo, suasana sunyi dan hening. Tidak ada kenderaan. Selepas meletakkan kereta di kawasan parking, mak dan kawan-kawan berjalan menyusuri deretan kedai di sekitar pekan Gujo. Tapi kebanyakkan kedai makan tidak dibuka. 

Pada penglihatan mak, bangunan dan kedai-kedai di pekan Gujo Hachiman masih mengekalkan tradisi senibina tradisional.

Suasana pekan Gujo yang sunyi.

Akhirnya setelah penat menyusuri dari satu lorong ke satu lorong... kami jumpa satu kedai kecil yang menjual sandwich. Peniaganya sepasang wargamas. Tanpa berfikir panjang kami masuk dan memesan lima pinggan sandwich telur bakar. Mungkin kerana terlalu lapar kami merasakan sandwich telur tersebut sangat sedap. Ditambah pula dengan aromanya yang di bakar di atas kayu arang.

Sandwich telur dan air lemon panas yang sedap.

Aiskrim dalam waffle berbentuk muncung ikan.

Selepas makan dan badan kembali rasa bertenaga, mak dan kawan-kawan berjalan disekitar rumah penduduk di Gujo dan kami menyaksikan parit-parit di belakang rumah penduduk di penuhi ikan-ikan koi.

Tarikan di Gujo... longkang dan parit di belakang rumah penduduk 
di penuhi ikan-ikan koi.

Ikan-ikan berenang bebas dalam aliran air parit yang jernih 
di belakang rumah penduduk.

9 comments:

  1. jernih air parit boleh bela ikan koi mmg rajin org jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka sukakan keindahan dan kebersihan kak.

      Delete
  2. Replies
    1. Mcm mana kita tgk drama Oshin tu... mcm tulah suasana kampung org Jepun ni. Mmg cantik dan tenang dan jauh di pendalaman.

      Delete
  3. Wahh bestnya kak sweetie. SHRMZB ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Ina. ya, jalan2 sebelum ramadan haritu.

      Delete
  4. Bestnya kak, selamat hari raya maaf zahir dan batin

    ReplyDelete