Walaupun dia agak serba salah dan hampir tidak mampu untuk menolaknya... namun melihatkan keadaan situasi dalam negara ketika ini, mak tidak mahu dia kecewa dimasa akan datang. Sungguhpun dia menyakinkan mak bahawa dia bukan seperti enam tahun dulu... tapi sebagai mak yang melahirkannya kebimbangan itu tidak mampu mak hindarkan.
Pada mak dia terlalu muda untuk tugas tersebut. Senang cerita permata hati mak masih bujang. Girlfrend pun tidak ada lagi. Sudah tentu bila dia menerima jawatan tersebut jadual masanya akan terlalu sibuk. Dan jika tidak kerana covid barangkali keluar negara juga. Mungkin mak sendiri jarang dapat bersua muka kerana kesibukkannya.
"Kenapalah tawaran ini datang ketika dalam keadaan begini!.." begitulah keluhannya. Nasihat mak padanya, jika telah tertulis sejak azali rezekinya ada dibidang itu... tawaran serupa akan datang lagi. Buat masa sekarang fokus saja pada kerja yang sedia ada.
Apapun terima kasih kepada YB menteri yang tidak ragu-ragu dan menaruh kepercayaan pada permata hati mak. InsyaAllah jika 'berjodoh' permata hati mak pasti sanggup untuk memikul tanggungjawab tersebut.
wow dpt lamaran menteri tu tapi ampak lantikapolitik ni terlalu bsr dugaannya..
ReplyDeleteYa kak PI. Kalau menteri tu jatuh semua staf lantikan politiknya pun ikut 'jatuh' sama.
Deleteya, betul..jika sudah ditulis rezekinya, InshaaAllah, akan ada lamaran di masa depan..semoga tercapai cita-cita permati hati sweetie..
ReplyDeleteMudah-mudahan nohas.
Deletewow ...jawatan apakah itu?
ReplyDeleteBiarlah rahsia, lagipun dia tak terima jawatan tu.
DeleteSEmoga terus diberikan kemudahan kpd permata hati mak. In shaa Allah, semuanya yang berlaku itu terkandung hikmahnya.
ReplyDeleteYa, mungkin ada yang lebih baik menunggu di hadapan. Allah sedang mengatur... ini baru permulaan. InsyaAllah!
DeleteSemoga Allah SWT permudahkan segala urusan anak sweetie.. InshaAllah ada yg lebih baik Allah SWT janjikan..
ReplyDeleteInsyaAllah!
Delete