Diam tak diam dah setahun setengah berkurung. Cepat sungguh masa berlalu. Hampir dua tahun kita hidup dalam suasana pandemik.
Ingatkan dulu wabak covid ni paling lama pun mungkin empat lima bulan saja. Rupanya berlarut-larutan hingga ke saat ini. Entah bila akan berakhirnya. Dan hingga ke saat ini entah berapa banyak pula nyawa yang terkorban.
Dalam minggu ini saja mak mendapat perkhabaran empat kematian di kalangan jiran-jiran mak. Sukar untuk mempercayai tapi itulah hakikatnya. Semalam kita nampak masih sihat. Masih tersenyum dan melambai-lambaikan tangan pada kita dari pintu rumah mereka... tapi hari ini mereka hilang. Tidak kelihatan lagi. Tahu-tahu dapat perkhabaran mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Mudahnya kematian.
Bukannya tak rimas berkurung saja begini... tapi mahu buat macam mana lagi. Selagi penawarnya belum di jumpai, selagi itulah kita terpaksa patuh pada 'tata cara kehidupan ketika ini'. Ikutkan hati... telah lama meronta-ronta untuk keluar berjalan-jalan di luar sana tanpa topeng muka.
Mak pun sudah lengkap dua dos vaksin. Hari ini anak dara mak Ojet pergi melengkapkan dos vaksinnya ditemani siabang. Masa mak pergi untuk suntikan vaksin pun anak bujang mak juga yang temankan. Sampai duduk disebelah masa suntikan vaksin itu di buat.
Memang pada mulanya mak takut untuk dapatkan suntikan itu. Melihatkan jarum suntikan pun sudah menggeletar satu badan. Bila anak-anak tanya sudah daftar ke belum... mak cakap mahu tunggu dan lihat saja dulu. Dalam hati ketika itu mengharapkan wabak ini akan segera berakhir.
Tapi harapan mak itu tinggal harapan saja. Melihatkan ramai rakan-rakan semasa bekerja dulu sudahpun mendapatkan suntikan vaksin masing-masing mak beranikan diri mendaftar. Dan anak bujang mak janji akan menemani mak ketika suntikan itu dilakukan.
Tidak lama, seminggu selepas pendaftaran awal bulan Jun kelmarin mak dipanggil ke PPV Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) Seperti yang di janjikan anak bujang mak si abanglah yang menemani mak ke sana. Hingga selesai dos kedua si abang juga yang bawa mak ke PPV.
Sekarang, walaupun sudah lengkap dua dos tapi mak masih berkurung juga di rumah. Sampai bila? Hanya Allah saja yang tahu.
Alhamdulillah..dah settle 2 dos...
ReplyDeleteentahlah sampai bila, sekrg muncul pula mcm2 jenis covid yg lg ganas..
Ingatkan da habis dah... tp muncul lagi.. lagi.. dan lagi. Betullah dunia nak akhir zaman.
DeleteAllah maha mengetahui. Sama samalah kita terus berdoa. Semoga Allah makbulkan doa kita semua. InshaAllah kita akan dapat kembali hidup normal. Alhamdulillah dah lengkap 2 dose. Semoga baik baik je. Aaaminnn...
ReplyDeleteMacam tulah hendaknya. Moga doa kita semua di angkat, diterima dan dimakbulkan oleh-NYA.
DeleteSalam, alhamdulillah dah dapat vaksin, menunggu tiada tarikh akhirnya, hanya Allah swt yang maha nengetahui.. Innalillahiwainahirojiun buat kenalan-kenalan bonda..
ReplyDeletew/salam! ya, entah bagaimana pula pengakhiran hidup kita ini kelak. Mungkinkah virus ni akan terus memusnahkan kehidupan manusia di muka bumi ini, hanya Allah yang maha mengetahui.
DeleteWalaupun ramai yang sudah kena vaksin ...namun timbul pula varian Delta yang boleh lawan vaksin.
ReplyDeleteakan datang akan ada suntikan yang ketiga pula
Itulah yg merisaukan skrg ni... virus semakin kuat tp penawarnya masih belum ditemui lagi.
Deletetak tahu bila akan hilang virus ini kan, moga cepatlah hilang
ReplyDeleteYa mama aryan, ni dah dtg pulak virus baru, omicron... habis omicron ni nanti ntah apa nama lagi pulak yg dtg.
DeleteAlhamdulillah... Sweet jew🌹🌹
ReplyDeleteAlhamdulillah skrg covid bukan lgi pendemik ..syukur..
ReplyDeleteskrg dh okey, ia bukan satu pandemik. tp still kena berjaga2 sebab sekali kena sakitnya tu amatlah perit
ReplyDelete