Ramadan telah pun sampai ke penghujungnya... dalam serangan covid yang entah bila akan berakhir...tiada siapa yang boleh memberikan jawapannya. Ini kali kedua kita menempuh ramadan dengan norma baharu. Ramadan yang akan datang belum tahu lagi bagaimana pula.
Walaupun telah hampir dua tahun hidup kita dibelenggu oleh pandemik ini... dan kita tidak lagi sebebas dulu ke sana ke sini... malah bazar ramadan tidak lagi semeriah dulu... namun ada cerita baharu pulak yang berkisar dalam hidup mak di ramadan tahun imi.
Tidak di sangka-sangka mak dapat beberapa tempahan kuih dari jiran dan rakan-rakan. Ini kali pertama tanpa sengaja mak berniaga kuih di bulan ramadan. Sekadar suka-suka berniaga dari rumah.
Antara kuih-muih yang mak buat ialah kuih lompang, kuih lapis, karipap, serimuka, nona manis, apam labu, koci pulut hitam dan cara berlauk. Alhamdulillah! feedback dari pelanggan semuanya berpuas hati.
Cantik-cantik hasil tangan Kak Sweetie...Mungkin boleh jadi pasif income lepas raya ni nanti....
ReplyDeleteInsyaAllah! sebenarnya saya tidaklah bercadang utk berniaga sebenarnya selepas menghadiri kelas memasak... tp kebetulan ada jiran yg tahu saya boleh memasak kuih muih... lalu mereka mengorder. Tak sangka pulak mendapat feedback yang bagus.
DeleteSALAM AIDILFITRI SWEETIE N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak PI.
Deletecantik kuih-muih Sweetie..klien pun puas hati..
ReplyDeleteapam labu kuning x pernah rasa..
Terima kasih nohas.
DeleteSedap apam labu kuning... lemak-lemak manis sebab bancuhannya dengan santan.
Semua nampak sedap..kalau dekat nak juga merasanya.
ReplyDeleteSemua kuih kuih yang saya jual tu ada saya letakkan resepinya di blog ini.
DeleteSrlamat hari raya maaf zahir dan batin
ReplyDeleteSelamat hari raya Nieda
DeleteSelamat hari raya sweetie 😘😘
ReplyDeleteAduiii rasa nak makan jew kuih muih tue😍😍
Selamat Hari Raya cik Bunga. Nak hantarkan jauh sangatla pulak... dah tu kena rentas2 negeri... Apa kata cik Bunga cuba je buat kuih2 tu. Resepi2nya semua ada diletakkan di blog mak ni...
Deletemak dh bole buat kuih muih mesti tangan mak dh ssmbuh kann..
ReplyDeleteselamat hariraya maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata ye... 😅
Alhamdulillah wak, tangan dah ok dah. Dah boleh buat kerja macam biasa. Selamat Hari Raya! Stay safe! Kita Jaga Kita ya.
Deletesedapnya kuih.teringin nak buat kuih macam ni.tapi kadang2 kerajinan tu tak ada.salam perkenalan kak.saya blogger baru.hi3.jemput singgah blog saya.
ReplyDeleteSalam perkenalan Syuhada. InsyaAllah nanti saya singgah di blog Syuhada
DeleteAlhamdulillah...seronoknya bila kita dapat buat apa yang kita suka dan orang suka kan
ReplyDeleteYa Fuzi. Asalnya cuma suka2 dan buat utk mkn sendiri dgn keluarga dan kadang2 hulurkan juga utk jiran2... tak sangka ramadan tahun ni ada pulak yg menempah.
Deletepandai buat kuih dan pandai berjual ...bollwh masyuk juga bidang ini
ReplyDeleteYa, kalau rajin...
Deletewry neck
ReplyDeletetangan kebas
sakit bahu
scoliosis malaysia
sakit leher
rumah pertama
ReplyDeletebeli rumah pertama
rumah mampu milik melaka
CH paling suka kuih lompang Tu..nak je Oder pd sweetie,
ReplyDeleteTq Yati... Tp kalau nak resepinya selak2lah halaman blog saya ni... Ada saya letak.
Delete