Ketika menunggu rawatan.
Kisahnya kerana takut dan ingin lari dari seekor lipas kaki mak tersadung di bendul bilik air dan jatuh tertiarap. Untuk menahan diri dan dagu dari bertembung dengan bibir bendul tangan kanan mak cuba menahan dan mengampu badan dari terhentak sepenuhnya ke lantai.
Selepas jatuh tak rasa sakit. Cuma tangan kanan rasa kebas. Ingatkan cuma salah urat. Panggil tukang urut. Tapi selepas diurut sakitnya semakin kuat.. Tangan tak boleh di angkat dan di gerakkan. Semalaman mak menangis menahan sakit.
Esoknya Ojet bawa ke hospital. Selepas di x-ray, doktor kata ada kalsium beku dan mengeras di sendi bahu. Lebih kurang bergitulah. Mak pun tak fokus sangat dengan apa yang doktor cakap masa itu kerana tak tahan menanggung sakit.
Sejak kejadian itu hingga kini tangan kanan tak boleh melakukan banyak sangat kerja. Itulah mulanya... sekitar bulan Julai tahun lalu. Sejak itu blog mak ini terbiar sepi. Walau dalam hati sebenarnya ingin sangat membuat catatan. Banyak sebenarnya yang ingin ditulis di sini sebagai kenangan di masa hadapan.
moga cepat sembuh ya agaknya ada tulang retak kot
ReplyDeletedoctor kat tulang ok.. tp kedudukan tulang sendi tu ada lari sikit... camtulah lebih kurang. Sebab tu ada rembesan kalsium keluar dan membeku di luar.
DeleteAllahu..moga cepat sembuh Sweetie..
ReplyDeleteskrg ni bolehlah gerak2kan cuma tak boleh bawa kerja kuat sangat.
DeleteAllahu..kak sweetie nnt bila habis pkp boleh pegi try berubat dgn master aleyh yusuf di kelantan, cuba akk tgk dulu camana cara dia buat kt youtube ada
ReplyDeleteInsyaAllah! nanti saya cari youtube tu.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesemoga cepat sihat Sweetie .
Deletekalau kat kampung ni , ada makcik yg pandai mengurut.
Tahniah blog semakin ceria, ada blogslist di sebelah . Boleh singgah tumpang baca juga.
saya tak terseliuh... tp kedudukan sendi bahu tu dah lari. Tak boleh urut Nieda.. nanti bertambah sakit.
DeleteMoga cepat sembuh aweetie💪💪
ReplyDeleteSakitnya dah tak ada cik bunga... Tp tangan ni dah boleh buat kerja kuat2 sgt. Memandu pun sakit.
DeleteCikbunga datang ziarah 🌹🌹
ReplyDeleteTq cik Bunga
DeleteMoga dah semakin baik ya sweetie, dah 9 bulan kan. Take care dear & selamat menyambut ramadhan
ReplyDeleteAlhamdulillah, ok dah sekarang!
Deletemugo cepat sembuh ye mak.. jahat betolla lipas itu 😅
ReplyDeleteYa, alhamdulillah! dah setahun berlalu, ok dah ni.
Delete