Thursday, October 17, 2019

Pesona tulip...

(catatan siri jalan-jalan Europe 23)

Ketika mak melangkah masuk ke dining room Veenendaal 
hotel ini, mak terpukau dengan hiasan dalamannya. 

Mak terbangun dari lena ketika sinar suria mengintai dari balik langsir tingkap kaca. Cerah dan bahang panasnya terasa menyentuh kulit. Allahuakhbar! Lena sungguh mak tidur.

Mak bingkas bangun. Membersihkan diri... dan bersiap. Mak sarung kain bunga-bunga merah yang mak beli di Bandung untuk di padankan dengan baju kurung dan tudung warna putih mutiara. Kemudian bersolek ala kadar. Semuanya di lakukan sepantas mungkin. Nasib baik sebelum tidur semalam mak dah kemaskan semua barang-barang dan di masukkan ke dalam beg.

Setelah pasti semuanya dan tidak ada apa yang tertinggal mak heret beg keluar dan kunci bilik. Ketika sampai di lobby suasana lengang. Tak jumpa pun rakan-rakan lain.

Mak tinggalkan beg pakaian di lobby hotel untuk bersarapan. Tidak ramai orang dan kelihatan beberapa orang rakan mak yang sudah turun awal sedang menikmati sarapan pagi mereka. Tapi mak seperti tidak ada mood untuk bersarapan. Ada tidaknya cuma menghirup secawan kopi. Tekak seperti tidak boleh lagi menerima apa yang terhidang di meja bufet. Tubuh terasa semakin lesu.

Ketika matahari semakin terik memancarkan sinarnya mak dan rakan-rakan telah bersedia dalam kenderaan untuk meninggalkan hotel Veenendaal dan bergerak menuju ke taman tulip terbesar di Keukenhof. Pastinya pagi ini kami begitu teruja...

Perjalanan menuju ke taman tulip di Keukenhof.

Ketika kenderaan yang di naiki melewati ladang tulip kelihatan 
jaluran pokok-pokok tulip yang saujana mata memandang.

Ladang tulip merah.

Ketika mak dan rakan sampai di Keukenhof kelihatan ratusan kenderaan telah memenuhi ruang petak tempat letak kereta. Juga deretan bas-bas pelancung. Sebaik saja pintu di buka ratusan pelawat berpusu-pusu masuk. Masing-masing tidak sabar untuk melihat keindahan bunga tulip dan mengabadikan foto di celah-celah bunga tulip yang berbagai warna.

Ratusan pengunjung sedang menunggu pintu Keukenhof di buka.

Putih, purple dan light pink.

Merah jambu... warna kesukaan mak.

Mak terasa seolah berada di taman istana yang 
digambarkan dalam filem Melayu dulu-dulu.

Mak memang merancang memilih baju kurung putih 
ini untuk dipakai ketika melawat Keukenhof dan bergambar 
berlatar belakangkan bunga-bunga tulip.

18 comments:

  1. best nye mak...saya suka bunga tulip cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka yg masih kuncup tu... masa saya dtg ni kebanyakkannya dah kembang tp bau harum mama aryan

      Delete
    2. Maaf mak... Boleh saran kan?
      Pasang tombol share medsos supaya mamang mudah share artikelnya

      Delete
    3. Hurmmm! nantilah di fikirkan... lagipun blog saya ini tidak ada apa yg menarik pun untuk dikongsi artikelnya sekadar catatan kehidupan seharian seorang emak saja.

      Delete
  2. Pemandangan sepanjang jalan pun dah cantik sgt kak..sejuk mata...cantiknya bunga Tulip, pakai baju putih di kelilingi bunga pelbagai warna tu, cantikk sangatt..i is sukaaaa...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisse kalau tak silap nama tempat ni... ya cantik dan mmg sepanjang perjalanan menuju ke Keukenhof ladang tulip sesaja kiri kanan.

      Mmg dah plan dari M'sia lagi nak pakai baju kurung di Keukenhof dan jln2 di Armsterdam.

      Delete
  3. Kalau lah depan rumah kita cam tue kan 🌷🌷

    ReplyDelete
  4. wah senangnya bisa jalan2 ke europe.... salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana singgah di blog saya.

      Ya... ada masa dan duit apa salahnya kita jalan2... reward untuk diri sendiri.

      Delete
  5. WAW....
    Taman tulip nan indah nian, andaikanlah surga pasti lebih indah daripadanya.

    Alhamdulillah mak sudah menikmati taman tsb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentulah di syurga lebih cantik dari ini... Ya, taman tulip dan kawasan sekitarnya mmg cantik ML.

      Delete
  6. cantiknya...dulu time study, mmg giler dgn bunga tulip, yg plastik nye...mmg sesuai pakai putih background colourful..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulanya akak plan nak pakai gaun labuh kembang... tp 'shape' dah lari... hehheh... Ojet suka gambar akak berbaju kurung di Keukenhof ni.

      Delete
  7. i don't really like flowers..tp melihat pada barisan tulips tu alahaiiii indahnya

    ReplyDelete