Monday, October 28, 2019

Panik di Schiphol dan...

(catatan siri jalan-jalan Europe 26)

Perjalanan menuju ke lapangan terbang Schiphol.

Selamat tinggal Eropah... selamat tinggal Armsterdam. Pukul empat petang mak dan rakan telahpun berada di Schiphol Airport. Pemandu kami mengingatkan supaya berhati-hati. Jaga beg dan barang-barang terutama duit dan pasport. Kami diberitahu, telah banyak kes kecurian beg di airport Schiphol.

Mak memang tak bawa banyak beg. Cuma sebiji beg pakaian, satu hand luggage yang dibeli ketika di La Vallee Village [link], Paris dan di dalamnya mak masukkan semua sourviner yang mak beli sepanjang kembara ini dan beg tangan yang mak silangkan di bahu.

Tapi tiba-tiba sorang kawan mak memulangkan semula satu beg yang mulanya dia nak pinjam dari mak untuk isi barang-barangnya. Apalagi jadi kelam kabutlah nak berkemas semula. Bukan apa... mak risau kalau luggage mak terlebih berat yang di benarkan. Mana ada duit lagi nak bayar semua tu... Itu pun hand laggage mak dah lebih dari sepuluh kilogram.

Mengenangkan kami semua akan singgah di Dubai mak berdoa dalam hati supaya 'lepas' tanpa apa-apa bayaran tambahan terutama ketika di airport Dubai. Anak lelaki mak, abang pernah cakap, di Dubai kadang-kadang mereka timbang hand luggage kita jika mereka rasa beratnya melebihi yang sepatutnya.

Siap packing semula barang-barang mak pun berbaris untuk daftar masuk. Dalam hati memang rasa gembira sangat untuk pulang ke tanahair. Dalam seronok bercerita sambil berbaris itu, tiba-tiba mak baru perasan hand luggage mak tak ada.

Apalagi ke hulu ke hilir mak berlari mencari dan mengagak di mana beg itu tertinggal. Nak meraung pun ada sebab dalam beg itu penuh dengan souviner yang mak beli sepanjang kembara ini. Dah banyak duit habis untuk semua itu.

Dalam hati memang rasa ralat, "kenapalah careless sangat ni... dahlah masa di Belgium telekung mak tercicir... [link] "

Dalam merungut dan menyesali atas apa yang terjadi... mak terpandang beg yang di cari atas troli salah sorang rakan mak yang beratur jauh di belakang. Huh! nasib baik.

Ketika sampai di kaunter daftar masuk dan ketika semua rakan mak telah melalui pintu pengimbas untuk ke bording... mak di beritahu pekerja yang bertugas, mereka cuma memberi boarding pass saja tapi tempat duduk akan di tentukan kemudian. Mana yang kosong mereka akan letakkan mak di situ.

Lagi sekali mak panik. Macam mana kalau semua tempat penuh dan mak terpaksa menunggu penerbangan yang lain dan terpisah dengan rakan-rakan. Sudahlah badan rasa kurang sihat dan lemah... macam-macam pulak perkara yang terpaksa mak lalui.

Beg yang 'nyaris hilang' di Schiphol airport.

Besar sungguh kapalterbang Emirates ini. Tempat duduk penumpang 
di bahagi kepada lima zon iaitu A dan B di tingkat atas manakala ekonomi 
iaitu C, D dan E di bahagian bawah. Semua tempat duduk penuh.

Di pintu masuk mak tunjukkan bording pass dan pelayan kapal membawa mak ke satu tempat duduk yang masih kosong. Tepi pintu kecemasan. bersebelahan dengan seorang wanita Nepal. Dan sepanjang penerbangan menuju ke Dubai mak rasa tidak selesa. Badan rasa lesu dan panas. Ketika makanan di hidangkan mak langsung tidak menjamahnya.

6 comments:

  1. Alhamdulillah..semua dipermudahkan..suspens gak bila ticket dlm waiting list..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masa ni bukan suspens je tapi takut... takut tinggal sorang... naik Emirates ni menurut sorang penumpang yang saya kenali masa dlm penerbangan ni kata, seminggu lepas kita beli/booking online... kita buka webside-nya dan pilih tempat duduk. Kalau tak kena macam saya nilah.

      Delete
  2. Berbagai dugaan ya sweetie...saya yg baca pun ikut cemas .Apapun Alhamdulilah twlah selamat semuanya.
    Anak sulong saya pun waktu ni sedang berada di Armsterdam ada seminar...risau gak saya maklum lh first time dia ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah! tak ade apa-apa Saniah. Jgn risau... ok je... selamat... cuma saya ni cepat gabra sikit... hehheh... Skrg ni musim luruh di Armsterdam/europe... tak panas... sedap-sedap je berjalan tu.

      Delete
  3. seronoknyee ke Europe. semoga CT pun ada rezeki kembali ke sana. oooh.. kite ada pengalaman yang sama di Schiphol. masing2 kena kemas beg last minit disana. sedih kena tinggalkan few things hanya sebab salah faham komunikasi. mujur yang di boarding gate baik hati.. lepaskan juga.

    ReplyDelete