(catatan siri jalan-jalan Europe 24)
Kembara mak dan rakan di bumi Europe hampir berakhir. Setelah menjelajah ke tujuh buah negara dengan kos yang bukan sedikit... kami bakal kembali ke tanahair. Untuk 'mencukupkan' masa mak dan rakan ke Zaanse Schans yang terletak di Zaandam.
Perjalanan ke Zaanse Schans melalui kawasan pertanian. Kelihatan juga terusan-terusan kecil dan besar juga jambatan. Sepanjang di bumi Belanda ini mak melihat banyak terusan. Dan rumah-rumah penduduk termasuk hotel yang mak inap juga seolah-olah di lingkungi oleh terusan dan sungai-sungai. Malah kedudukan bumi Belanda terutama Armsterdam dan lapangan terbang utamanya iaitu Schiphol berada 4 meter di bawah paras laut.
Untuk sampai ke Zaanse Schans di Zaandam kenderaan kami
melalui De Tweede Coentunnel yang di bina untuk melintasi terusan
Laut Utara. Di atas tunnel ini pelabuhan dan laluan kapal.
Dalam perjalanan ke Zaanse Schans mak terpandang
rumah penduduk yang comel ini.
Terusan dan bot tidak dapat dipisahkan dari kehidupan di Armsterdam.
Ketika sampai di Zaanse Schans cuaca panas dan bahang mentari kian terik menggigit kulit. Badan mak rasa makin lesu. Untuk berjalan-jalan lagi rasanya seperti sudah tidak berdaya. Namun mak gagahkan juga diri.
Para pekerjanya yang berpakaian tradisional akan menunjukkan cara pembuatan coklat, cheese, ukiran dan terompah kayu serta beberapa lagi yang tak sempat mak kunjungi. Secara tidak langsungnya Zaanse Schans menjadi pusat warisan industri.
Rumah kayu bewarna hijau, kincir angin dan terusan
gambaran kehidupan suasana di abad ke-18.
gambaran kehidupan suasana di abad ke-18.
Pekerja di Catharina Hoeve menunjukkan cara membuat cheese.
Mak tertarik dengan penutup kepalanya... mcm topi kartun The Smurf.
Ada banyak pilihan dan rasa tapi mak pilih Goulda Cheese ini
sebagai buah tangan untuk yang di tinggalkan di tanahair.
Cuaca panas terik... dan berfoto berlatar belakangkan kincir
angin satu kemestian bagi yang berkunjung ke Armsterdam.
angin satu kemestian bagi yang berkunjung ke Armsterdam.
Cantiknya lah kak.. suka sgt suasana begini sbb masih melambangkan kg ciri tradisional & budaya.. kincir angin tu nampak klasik sgt
ReplyDeleteLuas kawasan ni Atie... Mmg cantik. Sejak menonton drama Aku Cinta Dia di TV tahun lepas yg membuat penggambaran di sekitar kawasan ni... saya terus berangan nak dtg sini. Ya, kincir angin tu mmg 'yg dulu-dulu' punya... dindahkan dari kawasan asalnya, dipulihara dan masih berfungsi.
Deletebestnya tempat ni..suka, suka..
ReplyDeleteDtg time autumm lagi best kot, sebab tak panas sangat. Masa saya di sini cuaca panas sgt... Tak tahan saya.
Deletecantik tempat ni..
ReplyDeleteYa, dan ramai pelancong di sini.
DeleteBackground macam zaman zaman dulu kala. Cantik nyer rumah tepi Sungai...oad tu bunga plak tumbuh melata.... Memang memukau pandangan😁😁
ReplyDeleteKawasan zaanse schans mmg dibina menyerupai ketika Belanda di abad ke-18 dulu.
DeleteKebanyakan kawasan rumah-rumah di Armsterdam ni begitulah cik bunga, ada terusan dan bunga-bunga tu pokok rapeseed... mereka buat minyak masak dari bunga rapeseed tu.