Tuesday, April 2, 2019

Mengisi masa lapang...

Agak lama juga tak membuat catatan di blog ini. Setahun rasanya. Entry terakhir tentang kegiatan mak Januari tahun lepas. Sekembalinya dari umrah adalah sedikit catatan dan... mak terus sepi. Banyak juga kisah dan cerita sepanjang perjalanan umrah itu tapi mak tak 'mampu' meneruskannya tika ini. Pertamanya kumputer riba mak meragam. Keduanya masa begitu 'cemburu' dan menghambat kehidupan lepas bersara.

Pun seperti yang mak beritahu sebelum ini, usia tua seakan-akan mengekang kelancaran kehidupan harian. Barangkali kerana sepanjang usia muda mak habis dengan berulang alik ke tempat kerja membuatkan apabila bersara semuanya jadi tidak teratur. Amat payah untuk mengatur rutin jadual harian. Semuanya seakan menjadi kelam kabut. Masa juga seperti berlari begitu pantas hinggakan mak tidak berdaya mengejarnya.

Sepanjang tahun 2018 ada juga beberapa aktiviti perjalanan dan kenangan yang sukar dilupakan. Yang boleh juga dimuat naik catatannya di sini. Antaranya mendaftarkan diri di kelas memasak. Belajar buat kueh koci dan karipap.

Lepas hadiri kelas buat karipap, rupa paras karipap mak 
lebih elok dari yang sebelum ini. Nak bandingkan cer tengok 

Yang susahnya buat koci adalah melipat daun 
pembalutnya agar nampak kemas. Tapi sekarang dah 
tak jadi masalah lagi... malah mak enjoy kalau
buat kueh koci ni.

Dan... kalau dah belajar tu... tentulah open order juga. Walaupun sekadar suka-suka paling tidak pun sebagai mengisi masa lapang.

Pada waktu yang lain pula mak cuba bertanam pokok-pokok sebagai riadah. Tapi buat seketika hobi itu terbantut kerana serangan tikus terhadap pokok-pokok yang mak tanam.


Pokok rose, kunyit dan pandan antara yang 
subur di pasu mak.


11 comments:

  1. cantik kelim karipap..nmpk kemas, kuih koci pun cantik...yg order mesti puas hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... bukan nak bangga tpi ramai yang kata cantik kelim karipap dan lipatan koci saya. Itulah hasil dari mengikuti kelas secara formal.

      Delete
  2. Memula taip ada error ..taip yg pendek hai tu keluar pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun gitu juga bila nak masuk blog nieda. Lama dah sana nak baca dan tinggalkan komen kat blog nieda tp tak boleh bukak.

      Delete
  3. Cantik kuih2 akk tu dan nmpk sedap. Dan bagusnya dah boleh bukak order, wow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Nor... bolehlah buat mengisi masa terluang.

      Delete
  4. sedapnya kuih koci, saya suka.

    cantiklah bunga rose tu

    ReplyDelete