Tuesday, March 26, 2019

Rasa tua...

Bagi yang belum melaluinya tak akan tahu bagaimana rasanya menjadi tua. Dengan tenaga dan keupayaan yang kian berkurangan adakalanya seperti nak marah pada diri sendiri. Cepat semput bila buat kerja walaupun cuma menyapu dan mengemaskan rumah.

Sendi-sendi rasa sakit terutama bahagian lutut. Siksa rasanya bila duduk dan mahu bangun semula. Penglihatan juga tidak lagi 'tajam'. Ketika usia muda dan masih bekerja dulu banyak juga anganan dan impian yang ingin dilaksanakan apabila bersara. Tapi nampaknya tak kesampian.

Menjadi suri rumah sepenuh masa pada usia tua bukan sesuatu yang menyeronokkan. Ianya tidaklah seperti yang diimpikan. Banyak perkara yang tidak mampu di lakukan. Malah daya ingatan berkurangan. Berfikir juga boleh membuatkan rasa penat apalagi berjalan.

Adakalanya seperti mahu menangis memikirkan keadaan diri yang seperti ini. Tapi apakan daya sudah begitu aturan dan kitaran hidup ini.

20 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan akk..

    kita semua, Inshaa Allah, akan melalui nya jg jika umur pjg..

    ReplyDelete
  2. Sememangnya semua akan merasainya sweetie. Semoga kuta dpt melaluinya dengan mudah.insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mengharapkan begitu Nieda, tidak menyusahkan anak-anak dan sentiasa sihat.

      Saya banyak kali nak enter baca post nieda tapi saya tak boleh masuk ke blog nieda. kenapa ya.

      Delete
  3. Replies
    1. Begitulah kak PI, makin tua makin kurang kekuatan dan tenaga.

      Delete
  4. semoga semua baik2 saja insyallah =)

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan segala urusan.. follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ejulz, saya dah follow, terima kasih follow dan jadi sahabat blog saya.

      Delete
  6. apakan daya kan sweetie memang dah kitaran hidup kita.Saya juga merasanya...walaupun xde masalah lutut tapi saya rasa cepat penat dan x cukup bafas bila banyak buat kerja terutama bila suami ajak berkebun waktu petang untuk keluarkan peluh sekejap je dh penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya dapat berkebun Saniah, saya teringin tapi duk di bandar ni mana ada tanah nak berkebun.

      Delete
  7. saya juga semakin tua dengan keadaan sekarang ini, saya amat mengerti. Semoga segala urusan kita Allah permudahkan hendaknya.

    ReplyDelete
  8. Semua orang akan melalui fasa itu...nikmatilah hidup ini dengan penuh syukur dan gembira...semoga dipermudahkan urusan kita semua....InsyaAllah .aminnรฑn

    ReplyDelete
  9. Tanam pokok bunga sebagai terapi๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat dah... tp cik ti ramai sgt dtg berkunjung.. habis tanah2 dlm pasu pun di kumbahnya... eih geram plak saya.

      Delete
  10. Semoga terus berblogging ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

    ReplyDelete