Dengan sukatan sekilo tepung tu banyak dapatnya. Kalau untuk jualan rasanya boleh lepas modal. Lenguh jugak tangan mencanai dan mengelim tepinya. Sampai ada yang keluar tanduk. Dah penat ada yang kulitnya bocor bila di tarik-tarik masa mengelim tepinya. Aku buat jalan singkat je... tak mahu intinya keluar masa menggoreng... jalan yang mudah pada aku adalah dengan menampal pada bahagian yang bocor... hehehhe... Bila di goreng bahagian tampalan tu terangkatlah.
Sebelum ni memang tak pernah buat karipap pun.
Jadi abaikanlah rupa paras dan kelim tepinya yang huru hara tu.
Dah siap di goreng. Kira oraitlah, kulitnya licin.
Sekali lepas goreng ada yang keluar tanduk...
Tanduknya tu adalah tampalan yang aku buat pada bahagian
kulitnya yang bocor masa mengelim tepinya.
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan majerin
1 cawan air sejuk dari peti sejuk di campurkan dengan 1 sudu teh garam halus
Cara membuat kulit karipap:
1. Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan majerin
1 cawan air sejuk dari peti sejuk di campurkan dengan 1 sudu teh garam halus
Cara membuat kulit karipap:
1. Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
2. Simpan dahulu doh di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam. Selepas itu boleh di guna.
Bahan-bahan untuk inti:
1 keping dada ayam di potong kecil-keci / dicincang
4 ulas bawang merah,1 cm halia dan 2 ulas bawang putih - dikisar
2 labu bawang besar holland dipotong dadu
5 biji ubi kentang dipotong dadu
24 gm (bersamaan 1 peket) rempah kari daging
24 gm (bersamaan 1 peket) rempah kurma
1 tangkai daun kari
air, garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara membuat inti:
1. Campurkan rempah kari dan rempah kurma dengan sedikit air supaya jadi pes.
Bahan-bahan untuk inti:
1 keping dada ayam di potong kecil-keci / dicincang
4 ulas bawang merah,1 cm halia dan 2 ulas bawang putih - dikisar
2 labu bawang besar holland dipotong dadu
5 biji ubi kentang dipotong dadu
24 gm (bersamaan 1 peket) rempah kari daging
24 gm (bersamaan 1 peket) rempah kurma
1 tangkai daun kari
air, garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara membuat inti:
1. Campurkan rempah kari dan rempah kurma dengan sedikit air supaya jadi pes.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang di kisar sehingga wangi dan agak garing. Kemudian masukkan pes rempah dan daun kari. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam, bawang besar, ubi kentang, garam dan gula secukup rasa. Masukkan air untuk mengempukkan ubi kentang. Masak sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering. Angkat dan sejukkan.
(nota mak: Kira oraitlah resipi ni... Kulitnya garing dan gebu tapi secara jujurnya aku lebih gemar kulit karipap pastry rapuh dan rangup.)
Walau tak cantik rasanya tetap sedap kan.
ReplyDeleteLama kak zai tak buat karipap selalu beli yang frozen aje.
Rasanya boleh tahanlah kak Zai, tapi saya lebih suka yang pastry rapuh.
Deletekaripap bertanduk spesel tu..sedap ni..
ReplyDeleteMmg spesel PI... tak da sapa yg boleh buat, melainkan saya sorang saja... ;)
DeleteTak kisahlah kelua tanduk ke taring ke, yang pasti kegigihan untuk mencuba tu terserlah...KN pun dah lama tak buat karipap ni, selalu tau beli jer....
ReplyDeleteYelah KN, tapi lepas ni saya buat separuh adunan je... jenuh juga nak mencanai, mengisi inti dan mengelim 1 kilo tepung tu.
DeleteTanduk pun tanduk lah... janji sodappp.... tak pernah buat karipap. Teringin nak buat. Boleh jadikan projek hujung minggu ni..
ReplyDeleteLatifahFazri
Saya ni pun baru first time buat Latifah. Ikut resipi ni, kulitnya tu rangup dan gebu... ala-ala 'karipap dinosour' kat secret resepi tu. Saya lebih suka kulit karipap pastry rapuh.
Deleteacik pun dah lama tak buat karipap ni sweety bertahun dah rasanya.sejak2 dah ada jual karipap frozen ni acik tak pernah buat karipap
ReplyDeleteSaya ni kan acik tgh mencuba-cuba resipi karipap. So yg ni pada saya tak berapalah... saja2 memahirkan diri sebab ada rancangan nak buat jualan... baru merancang... jadinya tak tahu bila.
Deletesedapnya..homemade karipap...licin kulitnya..
ReplyDeleteBab menggoreng tu rasa dah pass nohas... kena perbaiki kelim tepinya tu je lagi...
Deletebnyak tu sekilo tepung sweety,apapun rajin juga sweety mengelim karipap ...kalau saya mesti guna acuan ,itupun kadang terbuka2 terpaksa juga kelim...tak kisahlah bertanduk janji puas buat sendiri .
ReplyDeleteMmg banyak Saniah, jenuh saya menghabiskannya.
DeleteComeiii apa karipap bertanduk ni kan kaksweetie..kihkihkih!
ReplyDeleteIna, saya sorang je yang 'mampu' buat karipap bertanduk ni.. hihihihi...
Deletetkyah nak kira tanduk segala, asalkan sedap karipap nya makan panas2 sekali dgn tanduk hilang dlm perut haha
ReplyDeleteEi malulah chef dah bersuara... ini keje orang malas kak Noor. Main tampal-tampal je... cam tampal baju atau kain koyak... hahaha
DeleteSaya ni baru belajar buat Diana. Huru haralah rupa paras termasuk saiznya. Yang bocor tok sah ceritalah... saya on kan dan tampal-tampal je dengan tepung. Tapi masa menggoreng, ok... tak de pulak meletup2.
ReplyDelete