Sebelum balik aku dan Aleesya bergaya sekejap
di hadapan pelamin. Tak sempat menunggu pengantin
datang sebab nak rushing balik KL.
Jemputan kenduri kawin yang aku terima tiga minggu lepas memang surprise. Sebaik dapat saja undangan tu, aku terus decided nak pergi. Walaupun jauh tapi aku ingin sangat bertemu dengan rakan maya ini. Lebih-lebih lagi sekarang dah tak bekerja dan tak ada apa nak buat. Jammed panjang dari Sungai Buluh hingga ke RnR Bukit Gantang yang aku harungi tak buat aku rasa penat pun. Dalam hati rasa happy sangat.
Mulanya aku rancang nak pergi berdua saja dengan kakak. Tapi bila anak-anak dapat tahu mereka pun nak ikut termasuk anak saudara aku Aleesha. Tahu time ni cuti sekolah dan cuti Maulidur Rasul, aku awal-awal lagi dah tempah bilik hotel. Takut kalau main terjah saja tak ada bilik kosong.
Akhirnya kami bersua muka. Pemilik blog
zackohzack.blogspot.my di hari pernikahannya.
Aku mengenali blogger yang mengundang aku ke majlis kawinnya ini, tujuh tahun dulu. Waktu itu dia masih menuntut di University of Wellington, New Zealand. Aku tak ingat macam mana aku boleh terjumpa link ke blog dia. Sejak dari tarikh itu aku selalu 'skodeng' blog dia dan tanya pasal biasiswa/penajaan untuk belajar ke luar negara. Sambil tu aku 'selak-selak' juga entry dia yang lepas-lepas untuk mengenali siapa dia.
Ingat lagi satu entry dia tentang adik lelakinya yang sedang mempersiapkan diri untuk menghadiri temuduga Khazanah Scholarship. Macam-macam aku tanya dia. Kebetulan pulak cikgu sekolah abang pun ada hantarkan nama abang untuk scholarship tu. Tapi tak dapat surat panggilan temuduganya. Aku rasa frust jugak.
Tapi dia beritahu aku, selain Khazanah ada banyak lagi biasiswa/penajaan yang aku boleh mohon, Dan seingat aku, setiap kali aku meninggalkan komen di blognya aku akan tutup link ke blog aku. Aku segan kalau dia baca blog aku.
Satu hari tu, selepas aku tinggalkan komen di blog dia, aku terlupa nak tutup link ke blog aku, Akhirnya dia 'sampai' juga ke blog aku dan terus jadi follower. Sejak itu kami sering berbalas komen dan berchating.
Dan tak sangka setelah tujuh tahun menjadi rakan maya akhirnya kami bertemu untuk pertama kali di majlis pernikahannya pada hari Ahad, 11 haribulan 2016. Kurus, tinggi lampai dan cantik sangat orangnya kalau dibanding dengan dalam gambar.
Asalnya dia cuma mengundang aku ke majlis persandingannya di pusat Kraftangan, Hutan Kampung, Alor Setar. Tapi bila tengok aturcara majlis, pasangan mempelai akan bersanding pada pukul 2 petang. Aku pulak lepas makan pukul 12 tengahari nak rushing balik ke KL. Sebab takut hari hujan dan gelab di highway. Lalu aku tanya... kalau dia ada apa-apa cadangan supaya kami boleh bertemu.
Bila dapat tahu aku akan sampai di Alor Setar pada hari Sabtu 10 haribulan, dia terus pelawa aku ke majlis akad nikahnya di masjid Tuan Hussin, Titi Gajah., selepas Asar.
(nota mak: semoga persahabatan yang terjalin ini akan kekal selamanya.)
cantik orangnya...lama tu tujuh tahun..semoga ukhwah yg indah ini kekal terjalin..
ReplyDeleteYa, kalau dia jadi model mesti meletup jugak mcm Neelofa. Dia ni kawan sekolah Neelofa di MRSM Langkawi...
DeleteYa, dan saya harap suatu hari nanti saya dapat bertemu dengan rakan2 blog yang lain.
7 tahun persahabatan maya terjalin lama tu sweety...Alhamdullilah akhirnya dapat bersua juga dengan gadis cantek tu ....semoga ukhwah berkekalan.
DeleteSemoga juga satu hari nanti kita boleh bertemu :-)
Setakat ni saya dah bertemu dengan tiga orang rakan blogger Saniah. InsyaAllah, sapa tahukan kita di pertemukan pulak nanti.
DeleteSelamat pengantin baru kpd blogger yg cantik manis itu..perhubungan yg terjalin lama meningkatkan mesra n saling mengenalli.
ReplyDeleteYa PI, mudah-mudahan persahabatan ini kekal berpanjangan.
Deleteselamat penganti baru!
ReplyDeletesemoga persahatan diberkati Allah jua..
InsyaAllah Husna..
Deleteseronokkan bila dapat bertemu dengan rakan alam maya, moga persahabatan terus berkekalan
ReplyDeleteMmg seronok mama aryan. Kalau selama ini cuma berbalas komen dan tengok gambar saja di blog... dan dia kata dalam gambar saya nampak garang tapi bila bersua katanya saya ni 'sweet' heheheh.
DeleteHarap-harapnya begitulah, persahabatan ini kekal selamanya.
Gigihnya sweetie melawat sahabat, baca pun dah terharu dgn sikap baik ni (nampak dak i dok angkat ibu jari??)
ReplyDeleteOrang menjemput kena pergi McK, lagipun dia hantar kad... pepatah orang tua-tua, rezeki jangan di tolak... kannn.
DeleteTerima kasih beri pujian, tak nampak!... saya pejam mata dan bayangkan.... :)
Setelah 7 tahun baru bertemu ye kak Sweetie..
ReplyDeleteIndahnya ukhwafillah ini..
Semoga berkekalan jua..
Harap-harap begitulah Yati.
DeletePertemuan rakan-rakan dari blog ni memang mengujakan kan? 7 tahun kenal di alam maya... memang lama la... moga persahabatan terus berkekalan.
ReplyDeleteBetul Nora... dapat bercakap di talipon atau bermesej pun dah rasa seronok sgt.
DeleteAlhamdulillah dapat jugak bertemu kan sweetie.cantik pengantinnya
ReplyDeleteYa acik, setelah lama 'berkenalan' di laman blog.
DeleteAlhamdulillah...moga ukhwah yangterjalin berkekalan selamanya..Aamin
ReplyDeleteInsyaAllah! mudah-mudahan Wa.
Deleteinilah ceritanya 13 jam di lebuh raya?
ReplyDeletesaya pun pernah ke blog cikgu zack ni....dah kahwin ye. tahniah semoga berbahagia hendaknya
Iya Nieda, pasal nak bertemu dengan cikgu z@ck ni saya tabah mengharung jammed 13 jam. Walaupun kami tak sempat berbual panjang. Bukan saja dapat bertemu dengan dia malah dengan adik-adiknya, maklong dan pengasuhnya serta seluruh keluarga termasuk mak mertuanya yang sangat peramah.
DeleteRupanya cikgu zack org kedah noo
ReplyDeleteIngat tk masa first time kita jumpa dulu
Malu ai lah
Alhamdulilah semoga sweetie dan cikgu berpanjngan ukhwahnya ameenn
Aah! kak Noor, z@ck ni orang Kedah.
DeleteEh mestilah saya ingat sampai bila-bila saat pertama kali kita bertemu. Kak Noor sebut nama saya dari atas pentas... tajam betul mata kak Noor.
Bukan saja persahabatan dengan z@ck ni, dengan kak Noor juga malah semua rakan-rakan blog... moga persahabatan kita kekal terjalin selamanya.
bila dah jodoh tu, dari alam maya pun boleh bertemu. kuasa Allah kan. hehe :)
ReplyDeleteBetul Ain!
DeleteSELAMAT TAHUN BARU SWEETIE
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru PI... terima kasih.
DeleteSalam Tahun Baru 2017 Sweetie :)
ReplyDeleteSalam 2017 Linda.
DeleteLananya tak buat entry baru.
ReplyDeleteTakde moodlah skrg Adam.
Deletebermula dari kenal di alam maya terus mnjadi sahabat,
ReplyDeleteYa, tak sangka kan... mana tahu suatu hari kita berdua pulak bersua muka.
DeleteSeronok kan dapat berjumpe rakan maya.. Semoga ukhuwah berkekalan till Syurga. Lady baru knl sorang.. Hihi..
ReplyDeleteSaya pulak setakat ni dah bertemu tiga org rakan blog saya.
DeleteAlhamdulilah....satu lagi ikatan silaturahim telah terjalin.
ReplyDeleteMmg seronok dpt berjumpa dgn sahabat alamaya ye Sweetie tp tulah nak mengatasi rasa malu tu yg kadang kadang cancel nak jumpa huhu
Nak malu kenapa pulak Nom.
Delete