Monday, December 19, 2016

Tiga belas jam dari KL ke Alor Setar...

Minggu lepas sempena cuti Maulidur Rasul, aku terima satu undangan. Jemputan kenduri kawin dari sorang rakan blog. Jauh di utara sana... di Alor Setar, Kedah.

Perjalanan ke utara hari Sabtu 10 haribulan tu memang 'panjang'. Bayangkan aku sekeluarga keluar rumah pukul sebelas pagi dan sampai di Alor Setar pukul 12 malam. Tigabelas jam mengharung jammed dari Sungai Buluh hingga ke hentian RnR Bukit Gantang. Selama menggunakan lebuhraya, inilah kali pertama aku tersangkut dalam kesesakkan yang teruk.

Ini di Ipoh sebelum mendaki ke terowong 
Menora... hampir dua jam 'stuck' di sini.

Setiap kali sampai di hentian RnR keadaannya sangat sesak. Nak masuk ke toilet pun kena beratur panjang. Terutamanya bilik air perempuan. Bilik air lelaki ok saja. Ini yang buat aku tak faham. Apa yang orang perempuan buat lama-lama dalam bilik air ye?... sampaikan terpaksa berbaris menunggu giliran hingga ke luar kaki lima. Persoalan ini menjadi perbualan kami anak beranak dalam kereta sambil di sulami gelak tawa dan lawak jenaka sebagai pengubat letih dan mengantuk aku yang memandu sepanjang perjalanan.

Dan kalau dah bersesak-sesak di bilik air hentian RnR faham-faham sajalah. Keadaannya sudah tidak lagi terurus, kotor dan lecak. Ada satu bilik air sebuah stesen minyak.. sangat kotor. Setiap bilik tandasnya tersumbat dengan tisu dan entah apa-apa lagi. Air kotor bertakung dan najis penuh dalam mangkuk tandas dan di lantai. Orang tak 'flush' tandas lepas membuang ni memang begitu juga ke perangainya di rumah?

Dan satu lagi tabiat pengguna lebuhraya yang aku nampak... meletakkan kenderaan sesuka hati. Mana sempat saja hinggakan menghalang laluan jalan masuk ke RnR dan tempat letak kereta. Padahal, kalau terus masuk ke tempat letak kereta... keadaannya taklah sesesak mana. Masih ada lagi petak ruang untuk meletakkan kenderaan.

Aku ingat lagi, kejadian di hentian RnR Tapah dalam perjalanan pergi dan balik. Ramai pemandu kereta yang meletakkan kenderaan mereka di kiri kanan bahu jalan lorong menuju masuk ke pusat hentian. Mereka ni tak fikir pengguna lain ke? Dan apabila kenderaan besar seperti lori dan bas nak masuk memang tersekatlah.

Berkali-kalilah pemandu treler yang tersekat membunyikan honnya tapi tak siapa pun peduli. Aku pulak yang kesian dengan pemandu treler berkenaan. Bayangkan dia juga letih dan penat. Mungkin juga lapar atau dah tak tahan nak ke bilk air. Terpaksalah dia duduk di situ entah berapa lama... menunggu pemilik kenderaan datang dan mengalihkan kenderaan mereka. Akhirnya jammed berlaku bukan saja di kawasan RnR tapi juga membawa ke highway.

Oleh kerana jammed yang panjang dan kenderaan bergerak terinsut-insut, ramailah aku perhatikan yang menggunakan laluan kecemasan. Aku pelik dengan perangai manusia macam ni. Walaupun sudah berkali-kali diingatkan tapi masih ramai juga yang menggunakan laluan tersebut. Aku terfikir, mereka ni tak takut kena saman ke?... dan duit mereka banyak... jadi tak heran pun kalau kena saman setakat dua tiga ratus kerana menggunakan lorong kecemasan. Itu tak termasuk lagi yang suka potong-potong Q. Eh! kalau dah tahu nak cepat kenapa tak naik kapal terbang saja.

Apapun perjalanan aku sekeluarga ke Alor Setar minggu lepas selamat pergi dan balik. Tak di nafikan... jammed yang panjang dan lama sepanjang perjalanan pergi dan balik buat aku mengantuk dan hampir terlelap ketika sedang memandu.

(nota mak: Tiga belas jam... itu masa penerbangan dari KL ke Heathrow... :) )

14 comments:

  1. Betul2 perjalanan yang panjang tu sweety....dah tentu meletihkan.
    Yalah sweety agaknya mereka2 tak heran saman2 tu ,janji dapat cepat...hmmm macam2 ragam pengguna lebuhraya ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua hari saya keletihan lepas balik dari Kedah tu. Mungkin usia yang semakin senja ni dah tak boleh nak memandu jauh2 mcm tu lagi.

      Sapa yang memandu tahulah macam mana Saniah...

      Delete
  2. tandas awam kalau berbayar ok...tapi klu yg free sesak nafas juga nak guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya sikap pengguna tu yang kena berubah Nieda. Cuba sama-sama jaga kebersihan, macammana kita jaga kebersihan bilik air dirumah, hendaknya macam tu jugalah bila kita guna bilik air awam. Yang berbayar tu sebab ada tukang cucinya, sebab tu bersih... mungkin yg menggunakannya pun tak flush sebab dia pikir kalau dia flush nanti tukang cuci tandas tu takde keje pulak, makan gaji buta... ada manusia yang mcm tu Nieda.

      Delete
  3. selalu kena time balik raya..kalau boleh tahan, mmg tak nak berenti..

    masing2 nk senang diri sendiri, tk fikir org lain..sampai highway pun boleh jam jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu, saya bawak anak buah saya yang umur 6 tahun, budak mana boleh 'tahan-tahan' nohas.

      Betul, masing2 selfish, janji diri dia lepas sudah... org lain "lantak kaulah", itulah yang ada dalam fikiran mereka.

      Delete
  4. Memang geram sangat dengan orang yang potong q dan salah guna lorong kecemasan. Di UK kalau jem teruk pon tak lah terasa letih sangat sebab boleh katakan hampir 100% pemandu sabar menunggu. Entah macam mana lah nak didik rakyat Malaysia yang selfish sangat2 supaya memandu secara bersopan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentaliti sebilangan besar rakyat M'sia ni mmg teruk Naflyna. Penguatkuasaan pulak tak tegas. Setakat bayar saman je mereka tak heran... dan boleh minta pengurangan pulak tu.

      Cer buat mcm kat UK, sapa yang melakukan kesalahan lalulintas, bukan setakat bayar denda tapi kena masuk kelas memandu semula. Bukan tak ada yang melanggar peraturan di sana tapi jaranglah. Saya pernah tersekat dalam kesesakan di highway dlm perjalanan dari Sheffield ke London. Betul, semua pemandu tetap sabar dan tetap berada di lorong masing2. Kenderaan besar pulak tetap berada di lorong yang di tetapkan untuk mereka. Dan mereka sentiasa mematuhi peraturan yg di tetapkan, kalau kata tempat tu kelajuan yg di benarkan 40km/j... mereka ikut dan perlahankan kenderaan. CCTV pulak merata untuk memantau pemandu2 kenderaan yang mungkin melanggar peraturan.

      Delete
  5. Melaka pon jamamed , biler cuti , pengsan dalam keta dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh katakan semua highway keluar KL. Masa berhenti diRnR Bukit Gantang, saya borak2 ngan satu family tu dari Johor Bahru... 17 jam dari JB sampai RnR Bukit Gantang. Mereka nak ke Penang.

      Delete
  6. JALAN KE UTARA KALAU MUSIM CUTI NI MMG SESAK N JAM SWEETIE...SEPATUTNYA LBH CPT PRJLANAN DI LBUHRAYA TAPI JADI SEBALIKNYA PULA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya dlm 6/7 jam untuk ke Alor Setar, itu saya bawak perlahan... 100km/j PI.

      Delete
  7. PSL toilet pompuan selalu Q panjang sbbnye xde toilet kencing berdiri mcm lelaki., hahar2 tp rasanya dh org design buat utk toilet kencing berdiri utk pompuan., naper, mkcik x pecaye?

    ReplyDelete