Thursday, April 28, 2016

Gigih seorang emak....

Inilah rupanya sponge cake yang dilapis dengan fruit 
cocktail, kemudian di topping dengan fresh cream dan di hias dengan 
buah-buah segar, kiwi, strawberry, nenas dan peach.

Kelmarin... ada yang nak makan kek sempena birthdaynya. Langsung mak pun berfikir nak buat kek apa... nak deco macam mana. Apa yang nak di masak sempena tarikh ‘bersejarah’ itu. Sebagai jamuan seisi keluarga.

Petang, selepas Asar... mak ‘lari’ balik rumah. 'Mengharung' jammed dan meninggalkan tugas di tempat kerja yang masih melambak. Lantaklah nak kena panggil dengan boss pun. Mak akan jawab nanti kenapa. Semuanya semata-mata nak balik untuk memasak dan buat kek.

Sampai rumah terus keluarkan ayam yang dah diperap belah pagi sebelum keluar ke tempat kerja. Terkocoh-kocoh mak. Baju pun tak sempat salin. Terus ke dapur... on kan oven. Laraskan suhunya. Kemudian potong bawang, halia dan segala macam yang di perlukan untuk rencah masakan. Kupas dan rebus kentang. Keluarkan butter dan telur dari peti sejuk. Biarkan ia dalam suhu bilik. Macam lipas kudung mak buat kerja petang tu. Cadangnya nak makan lepas Isyak.

Tengok oven dah panas, terus masukkan ayam. Set time... Panasnya ruang dapur usah cerita. Lebih-lebih lagi dalam cuaca yang membahang ketika ini. Sambil tunggu ayam masak, buat kentang putar. Sesekali jenguk dan kacau sos untuk ayam panggang yang masih atas tungku. Takut hangit. Siap kentang putar dan sos masak baru kupas buah.

Hampir Maghrib... azan kerkumandang. Mak lagi gelabah. Kek tak deco lagi. Masa ada lebih kurang satu jam lagi. Nasib baiklah kek dah di masak pada malam sebelumnya. Keluarkan kek dari acuan. Letakkan atas papan kek. Inilah satu kerja yang paling mak failed dalam sejarah buat kek. Memotong kek untuk dibahagikan kepada beberapa keping/lapis. Tapi mak gigih je... senget ke apa tak kisahlah. Dah di lapis dan di topping nanti tak nampak lapisan-lapisan yang senget tu. Mak pernah dengar ayat ni dari seorang chef terkemuka.

Lepas solat Maghrib putar fresh krim sampai kembang... dan mak mula menghias kek yang di hajatkan. Betul-betul lepas Isyak semuanya siap dan dapat makan sambil borak-borak.
Ayam panggang bersos cendawan, ketang putar 
dan kacang panggang.

(nota mak: kini menghitung bulan untuk menamatkan perkhidmatan sebagai pekerja di sebuah syarikat).

29 comments:

  1. acik baca pun ikut rasa kelam kabut..
    sedap makan air tangan sendiri kan sweetie.
    acik pun tak pandai nak potong kek tu..tu sebab kalau nak 3 lapis acik siap2 timbang adunan tu sama banyak..bakar dalam 3 acuan yang sama saiz..kalau nak potong2 memang fail

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang saya nak kawan-kawan/pembaca rasa bila baca catatan saya ni. Macam lipas kudung saya petang tu.

      Memang puas hati makan masakan sendiri. Saya tak ada pembantu rumah acik.

      Oven saya setingkat saja acik dan cuma boleh masuk satu acuan saja. Lagipun rasa macam membazir pulak beli 3 acuan yang sama saiz. Bila dah ada banyak2 tu tak ada tempat pulak nak simpan di kabinet dapur.

      Delete
  2. mmmmm sedapnya..... rajin mak.......
    Nak pencen ker???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bolehlah... dah kalau ada permintaan, rajin tak rajin gagahkan juga.

      Haah Zana... nak bersara awal.

      Delete
  3. rajinnya mak, sedapnya semua masakan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan selalu mama aryan. Kira oklah rasanya. hehehhe..

      Delete
  4. MACAM LIPAS KUDUNG MENYIAPKAN SEMUA HIDANGAN YA SWEETIE TAPI AMAT MEMUASKAN HATI SEMUA YG MENJAMU SELERA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. nak cepat PI... semua nak di buat serentak dan mesti siap sebelum Isyak. Kalau dah tengah malam sangat dah tak best pulak makan.

      Delete
  5. Dalam gambar je nampak cantik tu Diana. Lagipun bukanlah 'dahsyat' sangat pun deconya... sempoi je.

    ReplyDelete
  6. walaupun letih, terkejar-kejar, tapi puashati, bahagia, dpt masak yg special utk family..tinggi kek, 4 tgkt..ada cream, fruits..menarik dekorasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nohas, puas hati dan puas makan... kemudian tu dipuji.. sedap.

      Selalunya saya lebih gemar topping kek dengan fresh cream dan buah-buah segar. Tak berapa sukakan buttercream.

      Delete
  7. Pasti sedap dengan masakan air tangan sendiri walau kelam kabut.Kak zai pun suka kek yg ada buah2an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira bolehlah kak Zai... saya ni bukan pakar sangat dalam bab masak memasak ni.

      Delete
  8. Walaupun kelam kabut, menjadi juga hasilnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Azwar Syuhada. Nasib baik menjadi... masa buat tu tak fikir apa dah... janji siap on time je.

      Delete
  9. Gigih sungguh akak ni..
    Siap kek layer buah lagi..
    Pastu ayam panggang kentang putar..
    Mau tak selera makan sambil borak2 anak beranak...

    Nanti birthday saya buat camtu ke kak Sweety hahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..boleh... kena beritahulah date-nya... heheheh...

      Delete
  10. terliur dgn buah2 yg kat atas kek tu..

    ReplyDelete
  11. Bukan main gigihnya yer... nampak sangat kesungguhan dan kecekapan seorang ibu penyayang didapur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KN pempaham jelah... kita mak2 ni adakalanya sukar menolak permintaan anak-anak...

      Delete
  12. Masyaallah dalam pada menjadi lipas kudung dgn cuaca yg panas membahang, sempat pulak sediakan ayam ala ala Kenny Rogers dan kek sponge lapis buah tu.... Sedapnya. Awak mmg hebat Sweetie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu pulak saya di katakan hebat hainom OKje...

      Delete
  13. macam tula tiap2 hari lepas balik office..tak sempat tukar baju terus ke dapur terkejar2 masak

    ReplyDelete
  14. Wahhhh sedapnya kek...senget tu x nampak pon...hihi

    ReplyDelete