Wednesday, September 14, 2011

Biskut sepi...!

Raya tahun ini aku ‘tiba-tiba rasa rajin’ nak buat biskut. Aku memang jarang buat biskut untuk raya kerana kekangan kerja. Selalunya adik yang buatkan. Itupun bukanlah untuk hidangan para tetamu tetapi untuk anak-anak sebagai kudap-kudapan ketika mereka mengulangkaji pelajaran. Dan selalunya sebelum raya menjelang ada antara biskut-biskut tu dah habis dimakan anak-anak.

Berbeza dengan tahun ini, biskut-biskut yang aku buat tu tak berusik pun dan tinggal sebagai penghias meja saja.

MAMA CAREY
/2011/05/biskut-mama-carey.html. Terima kasih kak Wan.)

SUJI ARAB
(Teringat Ojet yang memang cekap buat biskut ni, sekejap saja
siap satu adunan dan kemas buatannya.)

BISKUT KACANG

HONEYFLAKE
(Dulu menjadi kegemaran anak lelakiku, Abang.)

ALMOND LONDON
almond-london.html. Terima kasih CMG.)

Kenapa begini...?

Lama betul aku tinggalkan dan tak masukkan entry dalam blog ni. Malas dan tak ada mood! Lately ni aku rasa hilang minat nak menulis. Masa yang ada banyak terbuang begitu saja. Pokok-pokok bunga yang aku tanam sampai ada yang layu dan mati tak berjaga dan bersiram. Aku jadi pemalas, tak bersemangat.... dan lebih banyak tidur.

Yang paling aku perasan sangat sekarang ni aku jadi cepat terguris dan penyedih. Silap cakap sikit aku mula terasa hati. Mungkinkah faktor umur! Aku cuba untuk jadi seperti dulu-dulu, “happy go lucky” dan tak kisah dengan hal-hal yang remeh temeh ni, tapi tak boleh.

Inilah fenomena yang melanda diri aku sekarang, sejak di ‘tinggalkan’ oleh anak-anak. Mungkinkah situasi ini bakal berlarutan untuk jangka masa tiga empat tahun lagi sehingga anak-anak kembali dari menyudahkan pengajian masing-masing.

Pun dalam malas-malas tu sempat juga aku buat biskut dan kek untuk raya lepas. Semuanya memikirkan anak-anak akan balik beraya aku jadi bersemangat.

(Tapi raya kali ini berbeza dari tahun-tahun yang lepas.
Anak-anak dah tak minat lagi nak makan biskut dan kek. Akhirnya
kek yang aku buat dibuang begitu saja dan biskut-biskut raya
terbiar sepi di dalam bekasnya hingga kini.)

Wednesday, July 6, 2011

Happy Birthday Dik Da...

Hari ini Ojet genab 18 tahun. Sudah anak dara. Pagi tadi aku dah hantar sms ucap “epi besday”. Kalau tidak nanti menangis, sebab lupakan birthday dia.

Kalau dikenang-kenang kembali masa kecilnya dulu, Ojet ni memang menguji kesabaran aku. Kuat menangis dan meragam. Pernah aku kata aku nak buang dia sebab dah tak tahan lagi dengan ragamnya, asyik menangis dan aku sendiri tak tahu apa nak buat. Tapi sekadar cakap je lah, sayang sebenarnya.

Tapi yang peliknya bila pak ngahnya (arwah) belai dan layan dia elok pulak. Kalau pak ngahnya beri dia susu, mahu pulak dia menghisapnya. Alih-alih aku pulak balik yang kena marah dengan arwah abang. Anak tu menangis sebab lapar. Tapi masalahnya bila aku yang beri susu dia tak mahu menghisapnya.

Sampai sekarang pun, aku dengan Ojet ni tak berapa nak ngam. Selalu saja berbalah pendapat.

Sunday, July 3, 2011

Rindukan anak-anak..

(Jeti Umbai untuk ke Pulau Besar.)

(Teringatkan anak-anak masa menjamah makanan ni.)

Sunyinya! Sejak Ojet masuk U dan tinggal di kolej aku jadi kesepian. Petang bila pulang dari kerja tiada lagi yang menyambut kepulangan aku di rumah. Tiada lagi yang bertanya, “awalnya mak balik hari ni?” Waktu abang dapat tawaran belajar luar negeri dulu aku tidaklah rasa sunyi sangat sebab masih ada Ojet di sisi.

Suasana di rumah pun terbiar dan tak terurus. Aku jadi malas dan lebih suka tidur untuk menghilang rasa sepi dan rindu pada anak-anak. Atau paling tidak setiap hujung minggu aku melepak je di rumah kakak. Adalah juga teman untuk borak-borak.

Ada juga aku suarakan rasa hatiku yang dilanda kesunyian pada husband, tapi tak ada respond pun. Sedih dan geram aku pada sifat tak kisahnya.

“Jo kita g Umbai!” bagai pucuk di cita ulam mendatang. Bila adik mengajak aku tidak menolak. Sekurang-kurangnya terhibur juga sikit hati. Dan kami bercadang nak makan ikan bakar di sana. Tapi dalam perjalanan topik perbualan kami tak lari dari kenangan dan cerita-cerita tetang anak-anak ku, abang dan Ojet. Sememangnya aku tidak akan jemu-jemu bercerita tentang anak-anak. Mereka seperti denyut nadi jantungku.

(Pemandangan dari jeti.)

Tuesday, May 24, 2011

Apa saja demi anak-anak..

(Mee rebus yang aku buat sempena meraikan Ojet yang akan
ke UiTM mengikuti pengajian Asasi Tesl.)

(Bahan-bahan rencah mee rebus.)

Aii penat betul! Menguruskan hal anak-anak. Badan pun rasa sakit-sakit. Rasa macam nak demam pun ada.

Sekarang ni musim pelajar-pelajar lepasan SPM 2010 masuk IPT. Alhamdulillah, Ojet dah pun dapat tempat di UiTM Shah Alam. Pendaftaran pada hari Sabtu, 21 Mei lepas. Inilah yang membuat aku sibuk sepanjang minggu lepas membantu Ojet membuat persiapan. Hantar ke klinik buat medical check-up, pergi bank buat akaun, pergi supermarket beli barang-barang keperluan, ke sekolah dan banyak lagi.

Rasa sedih pulak berpisah dengan Ojet. Risau pun ada. Boleh ke dia menguruskan dirinya sendirian di asrama. Mana nak basuh baju, makan, belajar. Semuanya terkejar-kejar. Aku takut dia tak sempat melakukan semua tu. Bayangkan dari kecil sampai berumur 17 tahun dia tak pernah berpisah dari aku dan banyak perkara yang aku bantu.

Food 4 d whole orientation is free!! breakfast, dinner n supper. Jimat duit, hehe. Sekarang baru pas solat, pas ni smbg orientasi.” Message yang dihantar Ojet pada hari pertama. Nadanya gembira, lega sedikit hati aku.

“Mak datang hari Sabtu ni, belah pagi ambil baju-baju kotor adik! Ok!” Janji aku pada Ojet. Memang aku tak sampai hati biarkan dia buat sendiri. Selagi terdaya dan mampu aku akan lakukan apa saja demi anak-anak!

Masuk hari ini dah empat hari Ojet tinggal di asrama. Rasa tak sabar aku menunggu hari Sabtu nak berjumpa dan mendengar cerita serta pengalamannya sepanjang minggu orientasi. Diam-diam aku mula rindukan Ojet!

Sunday, May 8, 2011

Lepak-lepak di cafe sempena Hari Ibu...

(Sandwich tuna)

Sempena hari ibu Ojet hantar pesanan ini...

Today is to celebrate you because make my life brighter...
Today is to celebrate you because you make me feel love & special...
Today is to celebrate you because you
deserve to have a very Happy Mothers Day...

dan...
kami lepak-lepak di satu cafe...
dan pesan sandwich tuna, adik belanja.
Thanks!

Wednesday, May 4, 2011

Tiba-tiba rumah seakan berputar...

(Aku baru saja habis menyiapkan tempahan tart ni
bila aku rasa rumah seakan-akan berputar ligat.)

"Dik Da cepat! tolong mak!" tiba-tiba je aku rasa keadaan dalam rumah bagaikan berpusing dan berputar ligat. Kepala pulak pening dan pandangan mata jadi kabur. Tekak rasa meloya dan nak muntah. Waktu itu aku sedang menonton tv dan baru saja lepas menyiapkan tempahan cheesetart.

"Dik Da, dik Da!" dan Ojet berlari-lari datang mendapatkan aku. Oh! kenapa ni, Hanya aku berdua saja dengan Ojet di rumah ketika itu. Waktu itu jam sudahpun pukul 12.00 malam

"Tolong bawakan baldi kecil, mak nak muntah!" Ojet berlari ke bilik air dan datang dengan satu baldi kecil. Perut bagaikan bergelombang. Aku muntah.

"Talipon acik!" aku betul-betul rasa takut. Janganlah jadi apa-apa padaku. "Ya Allah! panjangkanlah umur ku! Berilah aku peluang mendidik dan melihat anak-anakku berjaya".

Tak lama adik dan kakak datang menghantar aku ke klinik. Nasib baik tak ada apa-apa. Kata doktor cuma angin. Tapi kejadian yang menimpa memang menakutkan aku. Tidak ada yang lain tergambar dalam fikiranku ketika itu selain dari wajah anak-anak yang masih memerlukan perhatian. Syukur! Hari ini kesihatanku kembali pulih seperti sediakala.

(Sempat juga buat cheesecake untuk kakak sempena
birthdaynya pada petang sebelum di serang pitam.)