Tuesday, June 16, 2020

Memang 'Menjadi'...

#covid-19
#PerintahKawalanPergerakanPemulihan
#Dudukrumah
#Stayathome
#syawal1441H

Bulan puasa yang berlalu baru ini mak kerap buat kuih-kuih untuk juadah berbuka. Lebih-lebih lagi ramadan tahun ini tiada bazar ramadan seperti tahun-tahun sebelumnya ekoran wabak covid-19.

Maka rajinlah mak menyemak resepi dan mencubanya... resepi yang simple dan senang-senang saja... yang tak banyak guna bahan dan sentiasa ada dalam kabinet dapur. Kalau nak keluar membeli... memang tidaklah.

Prosedur nak keluar rumah itu saja sudah cukup untuk mak berfikir sepuluh kali... memang kalau tak penting sangat rasanya mak tak akan keluar rumah sekarang ini. Barang-barang keperluan dapur pun pandai-pandai anak bujang mak saja yang membelinya.

Kuih lapis ini rupanya senang saja nak buat... tak banyak 'ragam.' Sebelum ini mak pernah cuba... tapi tak jadi... resepinya mak dapat dari satu blog... biarlah mak rahsiakan nama blog tu. Tak pastilah samada penulis blog tu tersilap tulis sukatan bahan atau apa... Bila mak try... memang tak tak jadi.

Resepi yang mak dapat kali ini memang 'menjadi'. Lembut dan boleh 'buka' sekeping-sekeping lapisannya. Mak puas hati dan simpan resepinya di sini.

Kuih lapis simple dan mudah sangat membuatnya.

Bahan-bahannya:
Campurkan 2 cawan santan dan 2 cawan air
2 cawan tepung beras cap teratai
1 1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung ubi/tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air pandan
secubit garam
2 sudu minyak masak jika menggunakan santan kotak

Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan, gaul rata dan sebati. Kemudian tapis untuk mengasingkan jika terdapat ketulan2 tepung yang tidak larut.

2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan satu bahagian letak warna.

3. Didihkan air dalam kukusan dan panaskan loyang. Kemudian baru masukkan adunan putih. Kukus lebih kurang 5 minit. Tuang pula adunan berwarna di atasnya. Dan kukus lagi 5 minit. Ulangi proses ini sehingga adunan habis dan kukus hingga masak.

(untuk sukatan adunan di atas mak guna loyang saiz 7 x 3 bulat dan setiap lapisan mak sukat 3/4 cawan utk dapat ketebalan lapisan yang sama.)

(nota mak: terima kasih pada yang empunya resepi. Maaf! lupa di mana 'jumpa' resepi ni... rasanya di youtube)

20 comments:

  1. sepanjang PKP, PKPB, semua ni ammi cuma buat savoury type of food je. jenis2 ni manis ni kalau buat mesti ammi kene habiskan sorang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang ramadan itu hari saya buat satu hari satu jenis kuih. Pun sama... ada ketikanya saya sorang saja yg makan. Sebab tu buat dalam kuantiti yang sikit.

      Delete
  2. Salam kak. Lama tx menyapa kita kan. Selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Yati. Ya tp saya ada juga berkunjung ke blog yati. Selamat Hari Raya.

      Delete
  3. Anak saya suka kuih lapis ni..
    TQ share resepinya.. nanti nak Cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylah yati... senang dan simple... kuih lama-lama kan... sukatan gulanya tu pun rasanya ok tak manis sgt.

      Delete
  4. CANTIK MENJADI MESTI SEDAP TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak PI! ada rasa lemak-lemak santan.

      Delete
  5. cantik..Alhamdulillah, seronok bila kuih mnjadi...nmpk ada kuih kasui jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pun sedap, lemak2 manis dan 'kenyal' owh itu bukan kasui tapi onde-onde keledek ungu nohas.

      Delete
  6. Cantiknye kak..saya msh lagi berasa kurang berani nak buat kuih lapis ni. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini cubaan pertama saya Ina... tgk resepi yang saya dpt tu mcm simple dan kebetulan bahan2 tu ada, saya cuba. Alhamdulillah! jadi.

      Delete
  7. kuih favorite ni...saya pernah buat kuih ikut resepi dari blog ternama tapi tak menjadi..frust tapi bila fikir balik pasti sukatan cawan dia dan cawan kita tak sama..jadi tu buatkan kuih yg kita buat tu tak menjadi..wallahuallam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pun mengalami perkara yang sama... sebab tu kalau jumpa resepi di blog saya tengok betul-betul sukatan2 yang di beri tu. Agak2 kalau meragukan mmg saya tak cuba buat.

      Delete
  8. Replies
    1. Kuih-kuih lama ni tak macam-macam bahan.. gula tepung santan je.

      Delete
  9. hehe part makan kuih lapis ni paling best time makan satu layer ke satu layer. comel jeee.. penah tolong makcik buat.. tuang2 adunan ikut warna pun menarik juga rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... bila makan bukak selapis selapis. Dulu mak ingat susah sangat nak buat kuih ni, rupanya senang simple je.

      Delete
  10. Cikbunga selalu save resepi, belum ade kekuatan nak buat lagi🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buatlah... resepi2 kat blog saya ni semuanya resipi2 yang mudah dan senang nak buat.

      Delete