Wednesday, June 24, 2020

'Confirm' Jadi...

#covid-19
#PerintahKawalanPergerakanPemulihan
#Dudukrumah
#patuhiSOP

Seorang rakan kenalan memberi resepi kuih ni. Kami berkenalan ketika sama-sama menghadiri satu kelas masakan di Shah Alam beberapa tahun lalu. Sejak itu hubungan kami kian rapat. Dia bekas jururawat... berhenti kerja semata-mata ingin berniaga kuih muih di samping dapat memberikan perhatian pada keluarga terutama anak-anaknya.

Sejak berkenalan dengannya kami saling bertukar pandangan, pendapat dan resipi. Kuih bakar ini antara kuih yang sering mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pelanggannya. Rasanya yang lemak manis dengan aroma pandan yang harum memang menggamit selera. Anak bujang mak pun antara penggemar kuih bakar ini. 

Senang sangat nak buat kuih bakar bijan ni. Aroma pandan, 
santan dan telur dalam adunannya membangkitkan selera.

Bahan-bahannya:
4 biji telur
2 cawan Santan
7 helai daun pandan
1 cawan air
1 1/2cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam dan sedikit bijan

Cara-caranya:

1. Kisar daun pandan dengan air dan tapis. Satukan semua bahan yang lain... adun rata sehingga tepung serta gula larut dan tiada lagi adunan yang bergentel. Tapis lagi sekali.

2. Sapu sedikit minyak pada acuan. Tuangkan adunan ke dalam acuan... tabur sedikit bijan di atasnya (jika tidak ada acuan kuih bakar boleh guna loyang yang bersesuaian dengan kuantiti aduanan...)

3. Bakar dalam suhu 180 selama 35 minit atau kuih bakar kelihatan perang...

29 comments:

  1. sedapnya bengkang betawi niharum aroma pandannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh kak PI panggil bengkang betawi... saya tau namanya kuih bakar pandan je.

      Delete
  2. Replies
    1. bukan saja buat sodap tapi aroma tu juga menggamit selera.

      Delete
  3. Replies
    1. ya... kita yang buat... terpulang pada kita sendiri nak tambah telur lebih ke, nak manis lebih ke... kan!

      Delete
  4. suka kuih bakar yg lembut, wangi..

    ReplyDelete
  5. antara kuih yang saya suka !! cantik kejadiannya..
    sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih yg paling simple dan senang nak buat ni Siti.

      Delete
  6. Hi sweetie 😃
    Terima kasih resepi nyer ✌️
    Semoga sweetie sihat dan ceria selalu🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cik Bunga..
      Sama2, trylah buat. senang je mengadunnya...
      Alhamdulillah, terima kasih.

      Delete
  7. InsyaAllah... Tapi cikbunga lom buat lagi🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin2kan diri mencubanya cik bunga... lebih2 lagi skrg ni kita tak di galakkan sgt keluar rumah... apa lagi.. meh kita mencuba resepi.

      Delete
  8. sedap yer...kueh kegemaran ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai yang gemarkan kuih ni Ana. Saya salah sorang darinya.

      Delete
  9. Confirm jadi ye. anak bujang i semuanya suka sis. boleh lah mencuba nanti.

    ReplyDelete
  10. wahh nampak sedap

    singgah sini


    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    ReplyDelete
  11. Singgah Khamis, harap swetie sihat selalu 🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cik bunga... Saya kurang sihat nak update blog skrg ni.

      Delete
  12. Ya, betul Diana... Saya pun di rumah ni pun sama... Ni buat saya sorang je mkn... Sebahagian lagi hantar ke rumah kakak...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Terima kasih share resepi. Saya harap saya dpat buat suatu hari nanti. (kena tunggu mood mai, hehhe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam. Takpa, share-la... resepi kuih2 kat 'rumah'saya ni simple2 je dan senang.

      Delete
  14. Lawanya bingka pandan yang sweetie buat...kemas dan cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, bakar dalam loyang dan leak dlm oven saja tu.

      Delete