Wednesday, September 18, 2019

Grand Place... Warffle... Coklat... Curos... Agora dan Manneken Pis...

(catatan siri jalan-jalan Europe 21)

Hari ini memang badan rasa terlalu penat dan tak larat. Ikutkan hati memang tak mahu pergi ke Grand Place. Nak duduk saja dalam kenderaan dan lelapkan mata.

Pemandu kenderaan menurunkan kami di Boulevard de Berlaimont. Kemudian mak dan rakan berjalan menyusuri kaki lima kedai sejauh 600 meter untuk sampai ke Grand Place.

Bangunan Dewan Perbandaran Brussels yang berciri gothic, 
mewah dan klasik. Ketika berada di sini bermacam aksi pengunjung 
boleh di lihat di sekitarnya.

Mak nampak suasana di Grand Place amatlah meriah. Hidup sehidup-hidupnya. Lorong-lorong pejalan kaki di celah-celah bangunan yang bersimpang-siur.... semua nampak serupa. Silap-silap boleh sesat dan jauh perginya. Pejalan-pejalan kaki berdedai-dedai... berpuak-puak... berdua... berseorangan... Dalam kedai-kedai pun sama. Bersesak-sesak. Nak beli apa pun kena beratur... dan menunggu giliran.

Terdapat banyak cafe. Semuanya penuh dengan orang. Ada yang bersama keluarga, rakan dan teman istimewa barangkali. Berbual-bual... bergelak ketawa sambil minum-minum. Aroma hangat dan manis yang keluar dari dapur kedai menjual warffle sentiasa mengisi suasana. Menggoda selera.

Teringat pesanan ipar mak semalam. "jangan lupa makan warffle Belgium!"... dan mak berhenti di satu kedai menjual warffle. Beli jugak satu. Walaupun terpaksa menunggu. Kemudian mak pilih satu tempat yang agak 'strategik' di tepi tiang bangunan Dewan Perbandaran Brussles. Mak duduk berlunjur di situ dan makan warffle sambil memerhati gelagat pengunjung yang lalu lalang di sekitar Grand Place.

Rue du Marche aux Fromages yang sesak dengan orang ramai.

Menggoda selera.. pilih saja.. Harganya bergantung
pada pilihan topping.

Curos yang di celup coklat.

Dua beg coklat buat yang di tinggalkan jauh di tanahair..


Seperti yang diketahui coklat Belgium adalah yang terbaik. Dan sebagai buah tangan untuk anak-anak yang di tinggalkan jauh di tanahair... mak belikan coklat Belgium seperti yang di pesan. Mak beli Pelicaen... murah sikit tapi rasanya tetap sama seperti jenama Godiva. Mak beli lima kotak semuanya dan sebagai 'terima kasih' pekedai coklat hadiahkan mak sekotak coklat Godiva.

Lepas makan warffle mak round lagi. Mak masuk Agora Galerie. Di atas salah satu kedai dalam Agora ini mak dan rakan-rakan menumpang solat. Meriahnya jualan dalam Agora ini usah cerita. Kepada yang gemarkan fesyen dan jaket-jaket kulit... di sinilah tempatnya. Cantik-cantik! Harga pula boleh di tawar.

....  MANNEKEN PIS ....

Manneken Pis imej dan simbol cerita rakyat Brussel. 

Manneken Pis adalah arca tembaga di tengah-tengah Brussels yang menggambarkan seorang budak lelaki telanjang membuang air kecil. Manneken Pis adalah simbol paling terkenal di kalangan penduduk Brussels.

Manneken Pis terletak hanya lima minit berjalan kaki dari Grand Place iaitu di persimpangan pejalan kaki Rue du Chene dan Rue de l'Étuve. Setiap pelancong yang datang ke Brussels terutamanya di sekitar Grand Place pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di hadapan monumen ini,

Ada banyak kisah dan lagenda di sebalik terbinanya Manneken Pis ini. Antaranya yang selalu di khabarkan kepada pengunjung ialah... pada abad ke-14, Brussels berada di bawah kepungan musuh. Dan pihak musuh telah menyusun strategi untuk meletupkan kota ini.

Tanpa di sedari oleh pihak musuh... seorang budak lelaki bernama Julianske telah mengintip mereka, yang sedang bersiap-siap menyalakan api.

Setelah api di nyalakan dan musuh beredar budak lelaki tersebut telah membuang air kecil di sekeliling api dan api tersebut terpadam serta dengan itu menyelamatkan kota Brussels.

Imej Manneken Pis di perbuat dari coklat dalam dinding 
kaca yang menghiasi kedai coklat Pelicaen.

10 comments:

  1. Belgian waffle mmg sedap apatah lg di tempat asalnya...coklat..nyum, nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, rasanya amat berbeza dari warffle yang kita makan kat sini. Coklatnya pun mmg pure dan sedap sgt! Puas bila menikmatinya.

      Delete
  2. Selalu terbaca ttg keenakan Belgium Coklat ni..ada rezeki nti nak juga merasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Atie... Tak rugi berjalan kemudian kita dapat menikmati sesuatu yang lain dan tidak ada di negara kita.

      Delete
  3. Curos bercoklat 🌹🌹
    Coklat memang kesukaan🤗🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya cik Bunga, curos dan coklatnya sedap!... Belgium kan mmg terkenal dengan coklatnya yang super sedap!.

      Delete
  4. selalu tengok rancangan masakan kat tv je..churos coklat tu..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Curos Belgium ni rasa dia lain sikit dari curos yg di jual2 kat M'sia ni Hayati... dan coklatnya tu mmg superb...

      Delete
  5. Replies
    1. Mmg sedap mamam aryan. Coklat Belgium mmg yang terbaik.

      Delete